Tuesday 23 April 2013

Semalam PAS...Malam tadi, giliran PKR & DAP tanggung nasib serupa!

Malam tadi, giliran PKR & DAP pula menerima nasib serupa di tanggung PAS semalam ketika berkempen di Negeri Sembilan. KLIK SINI

Ternyata rakyat sudah bosan dengan sikap pemimpin pakatan pembangkang yang begitu gemar menabur janji dan memburukkan orang lain berbanding bercerita tentang kebaikan yang boleh ditawarkan,
menyebabkan ceramah anjuran parti itu tidak mendapat sambutan rakyat.


Buktinya, dalam ceramah Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Sungai Chenaam hanya dihadiri kira-kira 30 orang sahaja..

Walaupun dengan kehadiran Pengerusi PKR negeri, Datuk Mansor Othman, ia masih belum cukup untuk menarik kehadiran orang ramai.

Sementara itu di Kampung Sri Penchala, Taman Tun Dr. Ismail (TTDI), Selangor pula, DAP menghadapi masalah sama apabila ceramah calon Parlimen Segambut, Lim Lip Eng hanya dihadiri kira-kira 50 orang penyokong tegar parti itu.

Lip Eng seolah-olah sudah kering modal untuk berceramah apabila sepanjang 45 minit ceramah tersebut dia hanya menghentam Barisan Nasional dan tidak ada satu perkara pun menyentuh tentang perjuangan parti untuk mensejahterakan rakyat. 

Sumber - UTUSAN ONLINE



0 comments:

Post a Comment

My Blog List

 
Powered by Blogger