Wednesday 30 January 2013

DAP Ingin Guna Anak Raja Untuk Hapuskan Institusi Raja?

Dalam usaha DAP untuk kekal relevan dalam masyarakat dan politik Malaysia, parti itu tidak pernah menyatakan secara terus-terang akan prinsip mereka yang menentang Institusi Raja-raja Melayu.

Namun, bagi mereka yang sedia maklum mengenai sejarah DAP akan sentiasa waspada mengenai prinsip utama perjuangan DAP yang menentang Artikel 153 di mana termaktub di dalamnya hak-hak Melayu dan Islam yang dilindungi Institusi Raja-raja. 

Walaupun ianya dikaburkan oleh pemimpin-pemimpinnya, tetapi prinsip DAP dapat dilihat di dalam komen-komen oleh penyokong tegar mereka di laman-laman sosial yang jelas membenci segala-galanya yang ‘berbau’ Melayu. 

Ia juga terserlah dalam tindakan DAP yang senantiasa mencuba untuk melemahkan atau melenyapkan terus apa-apa saja yang berkaitan dengan Melayu. 

Antaranya, bahasa dan juga budaya, yang mana membawa kepada kes wakil DAP enggan memakai pakaian adat di dalam Dewan atas alasan ia bercirikan Melayu-Islam. 

Dolak-dalih konon berpegang kepada perlembagaan dan enggan mengaku menentang Institusi Raja-raja, terkantoi apabila kepimpinan tertinggi parti itu menempelak Datuk Ngeh Koo Ham dan Datuk Teng Chang Khim yang telah menerima anugerah Darjah Kebesaran oleh Raja-raja Melayu kerana tindakan itu dikira melanggar prinsip parti. Alasan kononnya atas faktor ketelusan. 

Namun, tidak semua rakyat begitu mudah terpedaya dan kita sedia maklum bahawa prinsip itu dibuat berasaskan penolakan DAP terhadap Raja-raja Melayu. 

Apabila terdedah bagaimana DAP pernah cuba memancing Tunku Zain Al-'Abidin Tuanku Mukhriz untuk menyertai DAP dengan dijanjikan jawatan Menteri Besar, maka ia menunjukkan betapa DAP tidak pernah menghormati Institusi Raja-raja. 

Biarpun penyertaan seorang Putera Sultan ke arena politik bukan sesuatu yang salah walaupun ia jarang berlaku, namun perlakuan DAP yang memancing dan menjanjikan jawatan kepada baginda adalah perlakuan biadap.

Apatah lagi dengan prinsip utama DAP yang tidak mengiktiraf Institusi Raja-raja, maka tindakan tersebut membawa makna bahawa DAP hanya ingin memperalatkan baginda untuk meraih undi Melayu semata-mata dengan keyakinan yang mereka dapat membonekakan baginda sekiranya strategi ini berjaya. 

Mungkin ramai yang masih ingin menepis hakikat ini dan menuduh penulis sebagai rasis dan paranoid. 

Namun, tidak salah kita mengambil sikap berhati-hati memandangkan sehingga ke saat ini, kita masih tidak mendapat jaminan yang DAP tidak akan meneruskan agenda menghapuskan Artikel 153, sekali gus Raja-raja Melayu sekiranya PR memenangi PRU. 

Dengan keadaan PAS yang begitu lemah dan PKR yang terlalu bergantung kepada rakan sekutunya untuk hidup, DAP akan mempunyai kuasa mutlak jika PR berkuasa. 

Malah, hari ini juga kita melihat DAP mempunyai kuasa mutlak, cumanya ia tidak ditunjukkan secara terang-terangan kerana perlu kekal relevan dalam suasana politik dan masyarakat Malaysia demi memenangi pilihanraya. 

Justeru, seperti yang disebut tadi, tawaran DAP kepada Tunku Zain adalah bertitik tolak kepada strategi untuk memenangi pilihanraya semata-mata. Kedudukan Tunku Zain dan seluruh kerabat diRaja selepas pilihanraya yang dimenangi PR pula, tentunya belum pasti.


read more »

Wednesday 23 January 2013


SEREMBAN - Penyokong pembangkang yang bergerak secara senyap di dalam jabatan kerajaan untuk mendapatkan rahsia, dinasihatkan agar segera menghentikan perbuatan tersebut.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan ketika mendedahkan perkara itu berkata, individu terbabit harus sedar bahawa perbuatan mereka melibatkan soal maruah dan integriti kerana telah membelakangkan taat setia kepada kerajaan.

"Ini bukan soal mereka tidak berpuas hati dengan dasar kerajaan ataupun mereka ini dikategorikan sebagai pengundi senyap. Tetapi mereka ini memang secara terang-terangan penyokong tegar pembangkang dalam agensi kerajaan.

"Walaupun perkara ini melibatkan soal demokrasi dan mereka boleh berbuat apa sahaja, tetapi mereka perlu ingat jangan sampai tertangkap dan didakwa di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA)," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di Wisma Negeri dekat sini hari ini.

Mohamad turut mendedahkan ada kalangan penyokong tegar pembangkang dilihat amat baik ketika berada di dalam kerajaan tetapi menyimpan dendam sebaik sahaja bersara dengan menyerlahkan taring dalam parti pembangkang.

"Mereka adalah kumpulan minoriti, tetapi tindak tanduk mereka boleh mengancam keselamatan, lebih-lebih lagi soal berkaitan rahsia kerajaan," katanya.

Beliau turut menyelar segelintir pegawai tinggi pihak berkuasa tempatan di negeri ini yang pernah menjawat jawatan tinggi tetapi kini bersikap seperti gunting dalam lipatan.

"Golongan sebegini tidak tahu bersyukur dan mereka yang bersikap sebegini merupakan individu yang ada kepentingan," tegasnya.

Tegas Mohamad, apa yang berlaku adalah amat serius dan semua kakitangan kerajaan dinasihatkan tidak melanggari taat setia mereka.

Sumber © Utusan Melayu (M) Bhd
read more »

Sunday 20 January 2013

DAP terus menerima tekanan daripada ahli-ahlinya berhubung keputusan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu baru-baru ini yang disifatkan mereka mengandungi unsur-unsur manipulasi.

Terbaharu, dua lagi pemimpin DAP negeri ini hari ini, membuat laporan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) di negeri ini, supaya siasatan terperinci dibuat terhadap keputusan pemilihan tersebut.

Setiausaha DAP Cawangan Ladang Regent, Tampin, K. Chelvam berkata, pihaknya mendesak kepimpinan tertinggi DAP mengadakan semula pemilihan itu demi mengembalikan kredibiliti parti. “

Saya sudah lama dalam DAP dan telah ke Pulau Pinang, tetapi tidak dapat mengundi. Saya tidak puas hati dengan apa yang berlaku. Dahulu memang saya percaya kepada DAP," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di pejabat ROS negeri di sini.

Pada 10 Januari lalu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mencabar mana-mana ahli yang tidak berpuas hati dengan pemilihan CEC parti itu membuat bantahan secara rasmi.

Sebelum ini, DAP secara terbuka mengakui berlaku kesilapan pengiraan undi dalam pemilihan parti itu yang diadakan bulan lalu.

Setiausaha Politik kepada Guan Eng yang juga Ketua Menteri, Zairil Khir Johari pada mulanya mendapat 305 undi diumumkan memperoleh 803 undi selepas pengiraan semula dilakukan, sekali gus meletakkannya di kedudukan ke-20 dalam CEC.

Menurut Chelvam, beliau kesal dengan pendirian Guan Eng, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang tidak mengendahkan rasa tidak puas hati ahli-ahli parti berhubung perkara tersebut.
read more »

Monday 14 January 2013

Ni bukti video, saksikan!


KATA SUMBER:  
Sungguh kurang ajar Chegu Bard dan anak buahnya menyamakan sebuah kenderaan sama taraf dengan Yang Teramat Mulia Seri Paduka Baginda..Bagi MKP ini dah tahap menghina YDP Agong iaitu Ketua Negara.Apa punya kurang sopan...Pihak berwajib tolong siasat?MKP minta tolong harap ada tindakkan yang sepatutnya....

Artikal selanjutnya 
KLIK URL DIBAWAH:
read more »

Tuesday 8 January 2013

YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Hj Yassin
berucap di Majlis Bersama Pemimpin di Padang Awam Bahau, Jempol, hari ini.

JEMPOL - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengingatkan rakyat betapa perlu dan pentingnya untuk terus menyokong dan mendukung usaha yang dilakukan kerajaan sedia ada bagi menentukan hala tuju sebenar negara.

Beliau berkata hasil pimpinan dan dasar-dasar yang dibawa kerajaan, rakyat Malaysia hari ini menikmati pelbagai kebaikan termasuk hidup dalam negara yang aman dan tenteram selain keadaan ekonomi yang baik.

Berucap pada majlis pemimpin bersama rakyat di Padang Awam Bahau di sini Selasa, beliau berkata walaupun keamanan yang dikecapi mungkin dianggap ringan bagi sesetengah pihak, namun ia sebenarnya suatu yang sukar dicapai dan hanya dinikmati menerusi dasar kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mewujudkan kerjasama dan perpaduan antara kaum.

"Lahirnya kerjasama dan persefahaman antara kaum di negara ini di bawah dasar kerajaan sedia ada, negara kita telah kekal aman selamat untuk selama lebih 55 tahun (merdeka) ini," katanya yang dalam rangka lawatan kerja sehari ke negeri ini.

Muhyiddin berkata dasar dilaksanakan kerajaan untuk membangunkan ekonomi terbukti berjaya dengan Malaysia kini diiktiraf antara negara di dunia yang ekonominya paling pesat berkembang .

Katanya, pendapatan perkapita rakyat juga semakin meningkat dengan ketika ini mencecah USD9,700 dan dijangka meningkat sehingga USD15,000 menjelang 2020.

Beliau berkata sokongan berterusan rakyat juga penting bagi menentukan segala yang telah dibina sejak merdeka seperti institusi kehakiman, Polis Diraja Malaysia dan institusi pilihan raya dapat dipertahankan dan tidak diganggu-gugat oleh mana-mana pihak.

Asas negara ini yang dibina atas sokongan dan dukungan rakyat yang selama ini faham dasar kerajaan mesti diteruskan, katanya dan menurutnya ia penting kerana menjelang pilihan raya akan datang, banyak fitnah dan dakyah yang akan dilemparkan pembangkang untuk menidakkan segala usaha kerajaan dan mahu melihat segala yang dibina kerajaan BN gagal.

"Baru-baru ini Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam laman YouTube, cakap Malaysia muflis, tapi ini suatu pembohongan yang dilemparkan kerana Malaysia tidak muflis.

"Kita mempunyai sumber-sumber yang cukup dan yang terkini Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) menyebut tahun lalu kita mengumpul jumlah cukai yang amat tinggi berbanding tahun-tahun sebelum ini iaitu lebih kurang RM125 bilion, jadi sebab itu negara kita bukan hanya tidak bankrap tapi ada dana yang amat banyak," katanya.

Justeru, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno mengingatkan rakyat untuk sentiasa berhati-hati terhadap fitnah pembangkang terutama menjelang pilihan raya umum akan datang agar tidak mudah terpengaruh.

Pada majlis yang dihadiri kira-kira 15,000 orang itu, Muhyiddin turut mengumumkan peruntukan RM4.1 juta bagi pembangunan infrastruktur di kawasan Parlimen Jempol.

Kemudiannya pada majlis minum petang bersama penjaja dan masyarakat, Timbalan Perdana Menteri mengumumkan peruntukan RM3.5 juta untuk pembangunan semula pusat penjaja Bahau.



-- BERNAMA
read more »

My Blog List

 
Powered by Blogger