Saturday 30 March 2013

Ramai yang seakan sedar dengan perubahan sikap dan emosi yang sedang melanda Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim ketika ini. Walau dia masih cuba bersikap tenang terutama di hadapan media dan khalayak umum namun pada hakikatnya, Anwar sedang dilanda sindrom takut untuk berdepan dengan bermacam-macam kemungkinan yang akan melanda khususnya kehilangan sokongan dalam pilihanraya umum yang akan datang.
read more »

Tuesday 26 March 2013


SEREMBAN - Rata-rata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) berpuas hati amanah yang dipegang selama lima tahun dapat ditunaikan kepada rakyat.

ADUN Serting, Datuk Shamsulkahar Mohd. Deli berkata, beliau amat berpuas hati kerana dapat melaksanakan tugas sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dalam portfolio Pendidikan.
read more »

SEREMBAN: Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai sehingga tengah malam Rabu esok sekiranya beliau mahu menyeru pilihan raya umum ke-13 sebelum penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) yang pertama tamat.

Sama ada beliau akan berusaha untuk membubarkan Dewan Rakyat sebelum itu adalah persoalan lain walaupun pemerhati percaya beliau akan berbuat demikian.
read more »

Saturday 23 March 2013

SEREMBAN - Pembangkang terus menabur pelbagai janji sehingga ke hari ini walaupun sekadar bercakap 'kosong' sehingga tiada perubahan dan janji yang ditunaikan sejak menguasai Dewan Undangan Negeri (DUN) Lobak dekat sini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, perkara itu dapat dibuktikan apabila tiada sebarang pembangunan mahupun kemajuan dijalankan oleh pembangkang di kawasan berkenaan.

Sebaliknya Mohamad menegaskan, semua pembangunan dan kemajuan bagi DUN Lobak dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lobak pernah berjanji bahawa akan mengadakan pusat khidmat bergerak kerana tidak mahu menyusahkan rakyat dan akan membela isu rakyat tetapi sehingga kini masih tidak ditunaikan.

"Oleh itu, saya tidak mahu tunggu dan lihat lagi, maka saya terus ambil keputusan untuk membantu rakyat dan bawa pembangunan di kawasan Lobak, selepas melihat wakil rakyatnya tidak melaksanakan tanggungjawab," katanya ketika berucap dalam majlis ramah mesra pemimpin bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan rakyat di sini malam tadi.

Lebih 2,000 penduduk kawasan berkenaan hadir dalam program tersebut dan Menteri Besar turut menyampaikan sumbangan kepada beberapa persatuan penduduk bagi membangunkan taman mereka.

Tambah Mohamad, apa yang dilakukan oleh wakil rakyat di kawasan berkenaan hanya mencemuh pemimpin kerajaan dan membuat tuduhan.

''Kerajaan BN adalah kerajaan yang prihatin dan tidak pernah mengabaikan nasib rakyat walaupun berada di kawasan pembangkang, yang mana semua rakyat merasa setiap pembangunan yang dibawa oleh kerajaan.

"Kejayaan hari ini juga hasil daripada perpaduan antara kaum yang diamalkan selama 56 tahun kita merdeka," katanya.

Jelasnya, apabila kita semua bersatu, kerajaan dapat meneruskan agenda pembangunan dan membantu rakyat, malah pelabur juga berminat untuk melabur di negara kita.

''Saya mahu mengingatkan agar rakyat tidak terus terpengaruh dengan janji yang ditaburkan oleh pembangkang, kerana apa yang dilakukan adalah untuk kepentingan diri," katanya.

Sumber © Utusan Melayu (M) Bhd
read more »

Friday 22 March 2013


SEREMBAN - Barisan Nasional (BN) dilihat mampu memenangi sekurang-kurangnya 25 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Negeri Sembilan pada pilihan raya umum ke-13, sekali gus mengekalkan kedudukan sebagai parti pemerintah di negeri ini.

Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, ramalan itu berdasarkan usaha dan pembangunan yang dilaksanakan kerajaan negeri BN yang telah banyak memberi faedah kepada rakyat.

"Saya yakin daripada 36 kerusi DUN (di Negeri Sembilan), kerajaan negeri mesti menang dan mendapat (memenangi) sekurang-kurangnya 25 kerusi," katanya semasa berucap pada Program Mesra Pemimpin Bersama Rakyat dan Kenali Jiran di perkarangan Rumah Pangsa Tun Dr. Ismail di sini hari ini.

Rais yang juga Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan berkata, justeru itu, bagi memastikan masa depan yang lebih baik, rakyat pada PRU-13 perlu memilih calon yang dapat bekerjasama dengan kerajaan negeri supaya segala masalah dapat diselesaikan dengan mudah.

"Kalau kita lihat, apa yang telah dilakukan oleh Ahli Parlimen dan ADUN di kawasan (diwakili pembangkang)? Mereka tidak bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan, justeru banyak masalah rakyat seperti longkang tersumbat, tangki bocor dan sebagainya tidak dapat diselesaikan," katanya.

Rais berkata, rakyat juga tidak boleh mengundi calon yang hanya memperjuangkan nasib sesetengah kaum sahaja sebaliknya memilih calon yang mampu memperjuangkan nasib seluruh masyarakat.

Selain itu, katanya, rakyat perlu sedar bahawa pembangkang sememangnya kerap mengajak menukar kerajaan, namun ia hanya cakap kosong yang tidak cukup untuk menjamin masa depan rakyat jika mereka memerintah.


RAIS Yatim beramah mesra bersama penduduk sempena Program Mesra Pemimpin Bersama Rakyat, Kenali Jiran di pekarangan Rumah Pangsa Tun Dr. Ismail, Lobak dekat Seremban hari ini.


- BERNAMA
read more »

Pembangkang di negara ini tidak pernah terlintas di hati mereka untuk membela nasib rakyat jelata.

Mereka suka membuat janji-janji yang lebih manis daripada gula dan madu, dan apabila mereka berjaya mempengaruhi rakyat lalu diberi kepercayaan untuk memerintah, pembangkang selalu pula gagal menggotakan janji.

Rakyat kecewa tetapi lebih mengecewakan tempoh lima tahun memerintah yang diamanahkan disalahgunakan untuk mengukuhkan kuasa politik, menimbun kekayaan peribadi, keluarga dan kroni.

Negeri yanbg ditadbir ketinggalan ke belakang dari segi pembangunan sosio-ekonomi kerana pembangkang sibuk berceramah ke sana ke sini siang dan malam tanpa menyedari tugas utama mereka ialah kepada rakyat bukannya mendendangkan lagu politik tanpa henti.

Itulah fungsi sebenar pembangkang yang inginkan kuasa tetapi tidak tahu apa yang hendak dilakukan dengan kuasa yang ada di tangan kecuali menggunakan untuk kepentingan diri dan parti.

Bukti pemimpin pembangkang tidak serius menjaga kebajikan pengundi ialah kegemaran mereka untuk melompat dari satu kawasan ke satu kawasan bagi kepentingan politik mereka bukannya rakyat.

Khabarnya di Permatang Pauh, Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim tidak tentu arah seperti cacing kepanasan kerana beliau mendapat tahu kerusi tradisinya tidak lagi selamat pada Pilihan Raya Umumn ke 13 nanti.

Walaupun sudah menyandang sebagai ahli parlimen di Permatang Pauh sejak 1982 (kecuali dari tahun 1999-2008), Anwar sudah lagi peduli pengundi di kawasan itu yang setia bersamanya.

Yang lebih penting bagi Anwar ialah menyelamatkan karier politiknya bukan membela rakyat yang menyokong.

Alasan bodoh yang diberikan oleh seorang yang bergelar Ketua Pembangkang untuk menjustifikasi tindakan untuk bertanding samada di Perak atau Selangor adalah atas permintaan rakyat di kawasan terbabit!

Begitu juga dengan Penasihat Parlimen Dap, Lim Kit Siang yang bakal meninggalkan kerusi Ipoh Timur dan mahu bertanding di Gelang Patah, Johor pula.

Kit Siang lebih banyak melompat daripada Anwar bermula dari kawasan parlimen Bandar Melaka pada tahun 1969 kemudian berhijrah ke Kota Melaka pula lepas sepenggal.

Dari Melaka beliau bertanding pula di kerusi Petaling Jaya pada 1978 dan empat tahun kemudian balik ke Kota Melaka.

Oleh kerana terlalu yakin Pulau Pinang jatuh ke tangan Dap, Kit Siang lari ke Parlimen Tanjong pada 1986 dan akhirnya apabila partinya tewas dengan teruk, terus meloncat ke Ipoh Timur pada 2004.

Melihat kepada kronologi penghijrahan pemimpin pembangkang yang kerap bertukar kerusi, terbuktilah mereka hanya menjadikan rakyat sebagai batu loncatan untuk memajukan diri sendiri dalam politik.

Ini berlainan pula dengan wakil-wakil rakyat UMNO dan Barisan Nasional yang kekal di kawasan masing-masing dan berkhidmat kepada rakyat tanpa henti sehinggalah mereka meninggal dunia atau bersara daripada politik atau tidak dicalonkan lagi.

Hakikatnya ahli-ahli parlimen dan dewan undangan negeri BN bukannya seperti katak-katak pembangkang yang suka melompat ke sana ke sini asalkan ada kolam yang enak untuk mereka berenang.

Dalam pas ada juga pemimpin yang seperti kera melompat dari satu dahan ke satu dahan yang lain seperti Mat Sabu.

Pad mulanya beliau memenangi kerusi parlimen Nilam Puri, Kelantan walaupun berasal dari Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

Dari Nilam Puri, Mat Sabu lari pula meninggalkan pengundinya di situ ke Kubang Kerian pada tahun 1999.

Kemudian beliau melompat pula ke kerusi Kuala Kedah dan menang tetapi seperti tupai yang pandai melompat akhirnya kecundang juga apabila bertukar angin ke kerusi Kuala Terengganu pada PRU ke 12.

Kini bekas wakil rakyat yang pernah ditangkap khalwat dengan isteri orang itu mahu balik ke Kedah atau bertanding di Selangor pula.

Semua pemimpin pembangkang sudah tahu kerusi yang mereka tandingi dahulu sudah tidak selamat dengan kebangkitan sokongan rakyat terhadap BN yang amat mengkagumkan.

Sebab itu mereka kini bercemperai lari lintang pukang mencari kawasan selamat untuk berlindung daripada taufan BN yang bakal meranapkan pembangkang.

Malah Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayob yang kini mewakili parlimen Kubang Kerian sudah siap sedia untuk berhijrah ke Johor pula.

Kesimpulannya pemimpin pembangkang seperti Anwar, Kit Siang, Mat sabu dan Salahuddin hanya pentingkan periuk nasi politik mereka sahaja dan tidak peduli samada nasib pengundi atau rakyat di kawasan yang mereka wakili terbela atau tidak.

Bagi pembangkang yang penting, survival politik perlu diutamakan dan kepentingan peribadi wajib didahulukan.
read more »

Tuesday 19 March 2013


KETIKA Datuk Seri Najib Tun Razak menuju ke dewan jamuan di Sekolah Menengah Tanah Merah 1, Tanah Merah Kelantan pada Jumaat lalu selepas selesai memberikan ucapan dalam Majlis Bekwoh Bersama Perdana Menteri, secara kebetulan ribut dan hujan lebat melanda.

Kejadian itu diambil kesempatan oleh penyokong-penyokong pakatan pembangkang untuk menabur fitnah dengan menyatakan ia bala daripada Allah SWT.

Hakikatnya, apa yang berlaku hanyalah secara kebetulan kerana suasana cuaca yang sama melanda seluruh negara termasuk di negeri-negeri dikuasai pembangkang seperti Pulau Pinang, Kedah dan Selangor.

Tetapi itu bukanlah fakta yang mahu didengari oleh puak-puak pembangkang, bagi mereka kalau sesuatu perkara yang berlaku kepada Barisan Nasional (BN) dan UMNO itu bala Allah, kalau berlaku kepada puak-puak mereka itu ujian Allah.

Namun kita boleh faham kenapa penyokong pakatan pembangkang begitu marah dengan majlis yang mencatatkan jumlah kehadiran tertinggi dalam sejarah lawatan Perdana Menteri ke Kelantan tersebut.

Selain jumlah kehadiran mencecah 50,000 orang, Perdana Menteri ketika berucap pada majlis anjuran UMNO Bahagian Tanah Merah itu juga, menyenaraikan tujuh dosa besar pakatan pembangkang kepada seluruh rakyat Malaysia.

Berikut penulis senaraikan tujuh dosa besar yang dinyatakan oleh Najib dan hujah yang memungkinkan penyokong pembangkang terpaksa menabur fitnah bagi mengelakkan rakyat menyokong kenyataan Perdana Menteri.

n Dosa pertama yang dilakukan ialah para pemimpin pembangkang terutama Pas telah gagal mempertahankan kesucian agama Islam daripada dihina kerana sangat mengimpikan Putrajaya. Pas tidak mempertahankan kalimah Allah.

- Pas tidak boleh menafikan hakikat ini kerana cadangan supaya membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah datang daripada sekutu mereka, DAP.

Apa yang berlaku biar pun Majlis Syura Ulama Pas menolak cadangan itu tetapi kegopohan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menandatangani persetujuan dengan pakatan pembangkang telah menyebabkan parti itu tersepit. Sehingga ke hari ini tidak ada pendirian rasmi daripada Pas, keputusan mana yang dipatuhi sama ada yang dibuat oleh Majlis Syura Ulama atau Abdul Hadi.

Tindakan Pas itu boleh mendatangkan dosa kerana ia membuka laluan kepada perbuatan mencemarkan kalimah Allah seperti mana pernah dihujahkan oleh Timbalan Mursyidul Am, Datuk Haron Din.

n Dosa kedua, dakwaan pemberian tanah kepada pemimpin DAP.

- Isu ini tidak dijawab dengan jelas oleh kerajaan Pas Kelantan biar pun didesak oleh pelbagai pihak.

n Dosa ketiga ialah apabila hutan di Kedah dan di Gua Musang, Kelantan dibotakkan untuk diambil balaknya.

- Perbuatan yang dianggap memusnahkan alam sekitar bagi memberikan pendapatan kepada kerajaan di kedua-dua negeri itu bukanlah isu baru. Tetapi biar pun diasak supaya menghentikan pembalakan rakus tersebut, namun tiada tindakan tegas diambil oleh kerajaan Pas di Kelantan dan Kedah.

Tindakan ini dilarang oleh Islam kerana kerakusan memusnahkan bukit bukau akan mengakibatkan pasak bumi terancam dan sekali gus boleh mengundang bencana alam seperti banjir. Keadaan ini sudah dialami oleh penduduk-penduduk di kawasan-kawasan terlibat.

n Dosa keempat keceluparan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua dalam isu pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu.

- Walaupun perbuatan Tian Chua itu mengguris perasaan dan membangkitkan kemarahan seluruh rakyat Malaysia, namun tiada tindakan tegas diambil oleh PKR. Malahan DAP dan Pas juga tidak memberi tekanan supaya Naib Presiden PKR itu dikenakan tindakan.

Pas juga hanya mendiamkan diri apabila pemimpin-pemimpin PKR terus membuat kenyataan memperlekehkan kerajaan dalam menangani isu pencerobohan itu.

Apa yang kita saksikan, untuk meredakan kemarahan rakyat kepada pakatan pembangkang yang mempolitikkan isu itu, Pas dilihat bercelaru dalam pendiriannya apabila menubuhkan Tabung Perajurit Lahad Datu melalui Dewan Pemuda Pas tetapi dalam masa tidak mendesak sekutu mereka supaya melihat pencerobohan itu adalah soal kedaulatan dan keselamatan negara.

n Dosa kelima yang dilakukan pembangkang ialah tidak menunaikan janji mereka dalam manifesto pilihan raya umum 2008 di negeri-negeri yang telah ditadbir pakatan pembangkang.

- Ini bukan tuduhan tetapi satu fakta yang sama sekali tidak boleh dinafikan oleh pakatan pembangkang. Demi hendak meraih undi pada pilihan raya umum lalu, mereka telah menaburkan pelbagai janji bagi meraih undi tetapi apabila kuasa sudah dimiliki alasan yang diberikan, "itu bukan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri" dan alasan paling klasik, "manifesto bukan satu perjanjian".

Sebagai sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam sudah tentulah pemimpin Pas lebih faham apa hukumnya orang yang memungkiri janji dalam Islam.

n Dosa keenam, apabila Pas menipu rakyat dalam soal tahaluf siyasi serta kegagalan parti itu mengekalkan matlamatnya menubuhkan negara Islam.

- Pas tidak boleh menafikan fakta ini kerana parti itu sendiri sudah mengubah haluan perjuangannya daripada negara Islam kepada negara kebajikan.

Pas melakukan tindakan itu semata-mata kerana hendak memastikan matlamat menubuhkan negara Islam itu tidak menjadi halangan dalam kerjasama dalam pakatan pembangkang khususnya dengan DAP.

Ia memandangkan DAP menentang keras dan sentiasa konsisten sejak dulu lagi tidak menerima perjuangan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud oleh Pas.

n Dosa ketujuh yang digariskan oleh Perdana Menteri ialah mempermainkan matlamat kononnya negara Islam, lepas itu negara kebajikan, apabila dekat pilihan raya timbul pula hudud tetapi apabila terbit manifesto, hilang negara Islam hilang hudud.

- Ini satu lagi fakta yang tidak boleh dinafikan oleh Pas. Semua orang tahu bagaimana Pas bukanlah dominan dalam pakatan pembangkang. Pelaksanaan hukum hudud yang sering dimainkan oleh parti itu menjelang pilihan raya hanyalah semata-mata untuk meraih sokongan umat Islam dan memberi isyarat kononnya Pas tidak meninggalkan perjuangan Islam.

Tetapi dalam masa yang sama, umat Islam juga amat memahami betapa selagi Pas berada dalam pakatan pembangkang selagi itulah, perjuangan Islam oleh itu parti itu hanyalah sekadar modal menghadapi pilihan raya.

Berdasarkan apa yang disenaraikan adalah jelas tujuh dosa besar atau kesalahan pakatan pembangkang itu seperti mana dinyatakan oleh Perdana Menteri bukanlah satu fitnah atau tohmahan sebaliknya ia adalah fakta.

Pakatan pembangkang mungkin boleh berhujah apa sahaja, namun senario politik selepas pilihan raya umum 2008 jelas membuktikan bahawa pakatan pembangkang bak kata Perdana Menteri, "…Perlu dihukum dan tidak layak mentadbir negara ini selepas Pilihan Raya Umum Ke-13."


- Utusan
read more »

Thursday 14 March 2013


Sikap biadab dan provokasi keterlaluan penyokong pembangkang pada ceramah Pas yang melontarkan telur ke arah penceramah Barisan Nasional (BN) di pentas berasingan kira-kira 20 meter dari situ, mencetuskan suasana tegang dalam kejadian di Felcra Ayer Hitam di sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.15 malam itu, ketegangan itu bermula apabila lebih kurang 15 penyokong Pas bertindak membaling telur ke arah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungi Lui, Datuk Zainal Abidin Ahmad di pentas ceramah BN.

Selain terkena lengan zainal, ia juga terkena badan Presiden Pertubuhan Gerakan Memartabat Perjuangan Negara (GMPN), Mejar (B) Razali Zakaria yang turut sama berada di situ.

Ekoran kebiadaban dan provokasi keterlaluan penyokong-penyokong Pas itu, para penyokong BN pula membalas dengan membaling botol mineral dan objek lain.

Akibatnya, pihak polis terpaksa memanggil pasukan dari Unit Tindakan Ringan (LSF) untuk mententeramkan keadaan di lokasi tersebut.

Kira-kira 30 minit kemudian, polis telah mengarahkan ceramah di kedua-dua pentas tersebut dihentikan dan semua penyokong diminta bersurai.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jempol, Supritendan Hamzah Alias berkata:

"Saya minta kedua-dua ceramah ini dihentikan serta-merta. Penyokong Pas diminta bersurai terlebih dahulu dan tinggalkan lokasi. Saya minta semua bersurai untuk elak kekecohan berterusan," tegasnya.

Ceramah anjuran Pas di sini sepatutnya dihadiri oleh Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua. Bagaimanapun kelibatnya tidak kelihatan sehingga ceramah itu diarah dihentikan.


Sumber © Utusan Melayu (M) Bhd
read more »

Sunday 10 March 2013

MANIFESTIPU RAKYAT
 
Kenaikan harga barang yang mencanak mengurangkan kuasa beli kepada warga emas. Kesempitan hari tua menjadi igawan ramai rakyat Malaysia.

Pakatan Rakyat akan meluaskan Skim Bonus Warga Emas yang telah dilaksanakan di Pulau Pinang ke seluruh negara. Setiap warga emas berusia 60 tahun keatas akan menerima bonus bernilai  
RM1000
setiap tahununtuk membantu beban sara hidup mereka.

Kato WN9:
Nah... RM1000. Bagi duit kan...
Siapa 'lembu' siapa 'ayam' ???  

 

read more »

My Blog List

 
Powered by Blogger