Saturday 22 September 2012


SEREMBAN - Lebih 7,000 peluang pekerjaan bakal diisi sepanjang Karnival Kerjaya Pemuda Barisan Nasional (BN) 2012 peringkat Negeri Sembilan selama dua hari mulai 29 Sept di Dataran Senawang dekat sini.
   
Pengerusi penganjur karnival itu, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata program dari pukul 10 pagi hingga 5 petang itu bertujuan membantu golongan belia mengisi jawatan yang ditawarkan oleh lebih 70 majikan dari sektor awam dan swasta.
   
"Program dua hari itu menawarkan perkhidmatan percuma bagi membolehkan pencari kerja memilih dan memohon kerja yang sesuai," katanya.
   
Katanya semua tawaran kerja pada karnival itu berdasarkan kepada kekosongan jawatan dan perlu melalui proses temuduga.
       
Program itu terbuka kepada golongan siswazah, penganggur dan lepasan sekolah, katanya. 

- Bernama
read more »

Tuesday 18 September 2012


Ternyata DAP memang tak ambil peduli perasaan umat Islam dalam isu filem yang menghina Nabi Muhammad ini. Negera seperti Russia pun mahu mengharamkan filem ini. DAP seolah-olah tunjuk perli dengan keputusan bantahan oleh umat Islam di negara ini.

Amacam PAS? Ada berani ka hentam DAP pasal kenyataan Ngeh yang biaDAP ini? Boleh dia anggap bantahan umat Islam sebagai membuat masa... Memang dah melampau pemimpin parti chauvinis ini!

Baca la ni!!!

Petikan dari Sinar Harian


Paparan Twitter Khairy Jamaluddin
SHAH ALAM - "Kami Pemuda Umno dah biasa dengan sikap DAP yang tidak menghormati perasaan umat Islam."

Demikian reaksi Ketua Pemuda Barisan Nasional, Khairy Jamaluddin mengulas mesej Twitter Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham dari DAP kelmarin mengenai perhimpunan yang bakal diadakan Jumaat ini.

Kata Khairy, "Jelas tweet Ngeh menunjukkan bahawa beliau dan DAP keseluruhannya amat tidak sensitif dengan perasaan umat Islam dan membuktikan bahawa mereka tidak memahami langusung perasaan umat dan juga kedudukan Nabi (Muhammad) SAW dalam Islam."

Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno berkata, perkara tersebut amat malang sekali memandangkan beliau seorang rakyat Malaysia tetapi masih tidak mempunyai pengetahuan asas tentang Islam dan juga sensitiviti Muslim.

"Saya harap Pas sebagai rakan kongsi DAP dapat mengecam kenyataan Ngeh sebab apa yang dia kata itu dituju juga kepada Pas dan takkan Pas nak terima penghinaan seperti itu," kata beliau lagi.

Mesej Koo Ham antara lain berbunyi, "Khairy mahu Muslim protes membantah Sam Bacile. Bagi Islam atau bagi kepentingan politik? Adakah Muslim membuang masa dan tenaga dalam berhubung perkara ini?"

Kelmarin, Khairy memberi kenyataan bahawa Pemuda Umno sedang merancang mengadakan demonstrasi membantah filem Innocence of Muslims Jumaat ini.

Pergerakan itu turut mempelawa Pemuda Pas agar sertai bersama.
read more »

Thursday 13 September 2012

ANARKI dalam bahasa mudahnya ialah keadaan yang tidak tertib, luar daripada kelaziman dan cenderung kepada perubahan tanpa mengikut urutan sejarah dan budaya malah agama. Daripada perspektif Barat ia adalah pancaran faham liberalis dan pluralis.
read more »

Tuesday 11 September 2012

Melihat video di bawah, maka kita semakin tidak hairan kenapa penyokong-penyokong PR samseng-samseng belaka.  Jelas bahawa budaya samseng memang sengaja diterapkan oleh mereka sehingga Anwar sanggup membiarkan pengawal peribadinya menghalakan pistol kepada rakyat yang tidak bersenjata.

Bukannya Anwar sedang menghadapi bahaya akan dicederakan atau dibunuh tetapi hanya di’ganggu’ secara verbal sahaja, itu pun dari jauh.  Tetapi, nampaknya Anwar benar-benar seorang pengecut sehingga tidak dapat menahan walaupun gangguan ‘verbal’ dan memaksa pengawal peribadinya mengugut untuk menembak rakyat dengan pistol.

Ironi sekali seorang pejuang demokrasi yang warak dan terbuka tidak dapat bersikap tenang bila dicabar atau diejek. Sedangkan di masa yang sama Anwar mengajar penyokongnya berbuat yang sama iaitu mencabar dan mengejek pihak berkuasa, pemimpin kerajaan dan sesiapa sahaja yang tidak sehaluan dengannya.

Pun begitu, tidak sekali pun Dato’ Seri Najib atau mana-mana pemimpin kerajaan pernah mengugut untuk menembak penyokong Anwar kerana sering mengejek mereka walaupun pemimpin kerajaan mempunyai segala akses kepada pasukan bersenjata.

Melihat tindakan pengawal peribadi Anwar, kita menjadi gerun membayangkan jika Anwar benar-benar menjadi Perdana Menteri.  Jika baru diejek sudah diugut akan ditembak, apatah lagi jika dikritik dengan berfakta dan lantang?  Tidak mustahil Anwar sanggup ‘menghapuskan’ sesiapa sahaja yang berani mengkritiknya ketika itu.

Anwar telah secara langsung memperlihatkan sikap dwistandardnya jika beliau menjadi Perdana Menteri di mana rakyat yang tidak menyokongnya tidak akan dibela malah akan dilayan dengan samseng dan kejam.  Berbeza dengan kerajaan BN yang melayan semua rakyat sama rata termasuk penyokong PR.

Sebagai manusia yang sanggup melakukan apa sahaja untuk berkuasa, Anwar tentu sanggup melakukan lebih lagi untuk mengekalkan kuasa.  Apatah lagi dengan kuasa yang ada, beliau mampu mengawal segala-galanya.

Namun begitu, apa yang menjadi buah mulut rakyat sekarang ialah bukan sahaja mengenai tindakan pengawal peribadinya yang samseng tidak bertempat, tetapi juga mengenai hak, kemampuan dan motif Anwar untuk mempunyai pengawal peribadi yang sebegitu ramai.

Anwar, diketahui bebas ke mana sahaja di dalam Malaysia dan serata dunia, malah mahkamah juga telah melepaskannya walaupun bukti begitu kukuh untuk mensabitkannya.

Oleh itu, walaupun Anwar cuba membayangkan yang beliau diancam tetapi tiada siapa yang percaya.  Jika benar kerajaan ingin menghapuskan Anwar, tentu sekali beliau sudah pun disumbat ke dalam penjara atau mungkin juga telah terhapus lama dahulu.  Ini tentu mengurangkan beban kerajaan untuk melayan karenahnya yang tidak jemu-jemu cuba mengkhianati, mengsabotaj dan menghuru-harakan negara saban hari.

Tetapi kerajaan tidak pernah mengancam Anwar kerana Anwar bukan siapa-siapa.  Beliau hanyalah seorang bekas banduan, peliwat dan penzina yang terus bermimpi untuk menjadi Perdana Menteri walaupun partinya sendiri sudah nyawa-nyawa ikan dan hanya hidup atas kebodohan PAS serta kebijaksanaan DAP yang ingin memperalatkannya.

Justeru, kenapa Anwar perlukan pengawal peribadi yang sebegitu ramai?  Khabarnya sehingga 7 orang untuk satu-satu masa dan bertukar pula mengikut syif tertentu.  Apakah dan siapakah yang Anwar takutkan?   Atau apakah mereka hanya diupah Wan Azizah agar memastikan Anwar ‘tidak kecundang’ lagi?  Dan dari mana Anwar mendapatkan wang mengupah sebegitu ramai pengawal peribadi bersenjata?  

Anwar sebenarnya cuba memperlihatkan kepada dunia bahawa beliau amat berpengaruh sehingga menyebabkan nyawanya dalam keadaan bahaya kerana kononnya kerajaan melihatnya sebagai ancaman dan perlu dihapuskan.

Namun, rakyat melihat sebaliknya.

Rakyat kini melihat Anwarlah sebagai ancaman kepada mereka.   Imej negara tidak aman yang ingin dipamerkan Anwar sebenarnya memakan diri.  Walaupun ia mampu meraih minat dan sokongan asing, tetapi ia hanya menipiskan lagi peluang Anwar untuk menang dalam PRU kali ini.

Rakyat tidak suka dengan corak negara tidak stabil yang ingin diwujudkan Anwar dan di masa yang sama rakyat memandang sinis sifat pengecut di sebalik sifat samseng yang ditonjolkan melalui tindakan pengawal peribadinya.

Kesimpulannya, lebih ramai pengawal peribadi yang diupah Anwar, lebih sinis pandangan rakyat terhadap Anwar dan lebih takut mereka kepadanya.  Rakyat takut tertembak jika dekat dengannya.

read more »

Friday 7 September 2012

RANTAU - ‘‘Cukup dengan menunjukkan gaya dan lagaknya selama ini yang jelas mencerminkan bahawa dia sememangnya tidak pernah menghormati bangsanya sendiri. Tak perlulah dia datang ke mari untuk memecahbelahkan tempat kami pula,”.

Demikian gesaan Firdaus Aziz, Presiden MAYC Negeri Sembilan mewakili
read more »

Thursday 6 September 2012

Hentikanlah tabiat gemar merayau di tengah malam untuk mendengar ceramah politik yang menghentam kerajaan.

Menteri Besar, Dato' Seri Utama Hj.Mohamad Hj.Hasan berkata, semua itu membuang masa dan adalah lebih baik waktu itu digunakan untuk
read more »

Monday 3 September 2012


Sambutan kemerdekaan ke 55 pada tahun ini dianggap sungguh bermakna bagi rakyat kerana negara bakal menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13 tidak lama lagi.

Ini memberikan rakyat peluang sekali lagi dalam tempoh lima tahun untuk memilih sebuah kerajaan yang kuat, komited untuk terus membangunkan negara serta sentiasa mendahulukann rakyat dalam semua dasar dan programnya.

Kerajaan tersebut tidak lain tidak bukan adalah pentadbiran yang telah diterajui oleh Barisan Nasional di bawah teras kepimpinan Umno selama lebih setengah abad.

Tidak ada parti politik di dunia ini yang mampu menandingi kehebatan gagasan Umno-BN memimpin sebuah negara yang berbilang kaum dalam keadaan penuh keamanan, keharmonian dan kestabilan secara berterusan sejak mencapai kemerdekaan.

Ini disebabkan kekuatan formula kesepakatan,  kesefahaman serta kerjasam antara kaum yang telah dicapai oleh tokoh-tokoh pengasas kemerdekaan pada tahun 1957.

Formula dan pendekatan yang sama telah berjaya mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan getir untuk sampai ke tahap di mana ia berada sekarang.

Kejayaan Umno-BN mentadbir sebuah negara yang penuh dengan keunikan serta dilandasi adunan resipi yang hebat tidak mungkin mudah untuk dikalahkan dengan cubaan formula baru yang ingin dikemukakan oleh pihak pembangkang.

Inilah yang berlaku di ambang sambutan kemerdekaan di persekitaran Dataran Merdeka apabila penyokong Pakatan Rakyat cuba mengalihkan keghairahan rakyat yang menunggu detik 12 malam pada 31 Ogos dengan mengadakan himpunan haram Janji Demokrasi.

Malang bagi pembangkang seruan mereka di atas platform ketelusan proses pilihan raya sebagai sambungan kepada rusuhan jalanan Bersih 1.0 dan Bersih 2.0 tidak mendapat perhatian rakyat.

Rakyat tidak lagi menghiraukan jerit pekik dan tiupan vuvuzela penyokong  pembangkang yang dilihat sebagai golongan gila dan hilang akal.

Pakatan Rakyat telah membuktikan bahawa mereka adalah golongan minoriti yang berkelakuan seperti kera sumbang.

Apa tidaknya, hanya kerana mereka bencikan Umno dan BN, Pakatan Rakyat telah hilang pertimbangan rasional dan logik kerana tidak tahu membezakan antara semangat patriotik dan politik.

Dengan tujuan untuk menghilangkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan, pembangkang melihat setiap sesuatu mesti dipolitikkan hatta sambutan kemerdekaan sekali pun perlu diserang dan dikorbankan.

Atas mentaliti membangkang segala sesuatu yang dilakukan kerajaan untuk kebaikan rakyat, pembangkang sanggup merosakkan acara gemilang yang amat bermakna bagi negara dan rakyat Malaysia.

Kerana takut kepada tema Janji Ditepati, pembangkang membuat keputusan untuk mengadakan sambutan kemerdekaan secara berasingan dengan slogan dan logo yang berlainan.

Slogan Sebangsa, Senegara, Sejiwa hanya indah khabar dari rupa kerana tidak mencerminkan keadaan sebenar yang berlaku di dalam pakatan pembangkang.

Pergolakan merebut kuasa, penyelewengan dana awam, pertelingkahan antara pemimpin pembangkang serta kegagalan menunaikan janji kepada rakyat hanyalah sekelumit daripada kemelut dan masalah yang membelenggu mereka.

Maka slogan tersebut dengan sendirinya menjadi tidak bermakna dan kosong daripada keikhlasan dan nilai penghayatan.

Sikap bodoh yang ditunjukkan oleh Pakatan Rakyat tersebut secara langsung telah mendedahkan kelemahan mereka sendiri bahawa pembangkang tidak mampu berpegang kepada prinsip hidup bersatu padu antara kaum dan mengekalkan keharmonian masyarakat majmuk yang sedia terjalin.

Pembangkang berfikir dengan mengadakan sambutan kemerdekaan ke 55 secara tersendiri dengan mengasingkan  daripada sambutan arus perdana mereka boleh mendapat sokongan untuk ke Putrajaya.

Malang seribu malang bagi mereka, perbuatan tersebut sebenarnya telah memecah tembelang siapa pembangkang sebenarnya.

Jika mereka sanggup mencemarkan keagungan nilai kemerdekaan negara, apa agaknya yang mereka akan lakukan jika mereka berkuasa di Putrajaya.

Dengarnya sudah ada rancangan untuk menukar bendera kebanggaan negara Jalur Gemilang dengan bendera versi Pakatan Rakyat.

Malah lagu Negaraku yang berkemundang di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957 selepas Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj melaungkan teriakan keramat Merdeka! juga mahu diganti dengan lagu baru.

Nampaknya pembangkang berhasrat mahu menukar dan meroboh segala institusi atau simbol yang menandakan kejayaan Umno-Bn sejak 55 tahun lalu.

Bangsa Melayu tidak akan selamat di bawah Pakatan Rakyat kerana kejayaan Umno membela orang Melayu mahu dilupuskan dan diganti dengan 'Agenda Rakyat'.

Sebenarnya pembangkang bukan mahu mengagungkan rakyat tetapi sebaliknya memangsakan mereka dengan menjadikan rakyat sebagai alasan untuk membuat perubahan yang bakal merugikan bangsa Melayu dan negara.





read more »

Saturday 1 September 2012

Syawal belum pun berlalu, Aidilfitri masih lagi segar, semangat persaudaraan dan bermaaf-maafan terus terasa dan semakin kuat dengan diikuti sambutan Hari Merdeka.

Namun, suasana dan semangat yang sama ternyata tiada dalam puak-puak penyokong dan pemimpin Pakatan Rakyat. Jika itu belum cukup jahat lagi, mereka cuba pula mengganggu dan menghalang rakyat Malaysia yang lain dari menikmati suasana dan semangat yang murni itu.
read more »

My Blog List

 
Powered by Blogger