Sunday 18 November 2012


KALAU sudah terbawa-bawa pendekatan ekstrem, hal yang mengarut dan bercanggah dengan Islam pun boleh dilakukan.

Sebab itu, tidak terkejut dengan doa Pas yang meminta Allah SWT agar menjahanamkan Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

Doa itu dibacakan selepas solat hajat sempena Muktamar Pas di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam kelmarin.

Sepatutnya doa itu ditumpukan kepada membina perpaduan ummah, lebih-lebih lagi umat Islam yang baru menyambut Maal Hijrah. Alangkah baiknya juga jika perhimpunan itu mengambil kesempatan mendoakan keselamatan rakyat Palestin yang kini menghadapi serangan besar-besaran tentera Israel.

Atau berdoa bagi menangani isu-isu kritikal yang mengancam umat Islam seperti penyebaran meluas fahaman pluralisme, liberalisme dan gejala lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang menjadi-jadi.

Pada WN9 juga, doa Pas itu sekali lagi mencerminkan cara berpolitik parti tersebut yang merugikan umat Islam. Parti dan kaum lain berpolitik tetapi tidak sampai menyalahgunakan agama.

DAP tidak pernah berdoa untuk menjahanamkan MCA dan Gerakan. Sebenarnya tiada parti politik berlabel Islam di dunia yang bertindak seperti itu melainkan Pas.

Ramai yang masih ingat bagaimana pemimpin Pas mengeluarkan fatwa mengkafirkan sesama orang Islam. Seperti yang dijangka Presiden Pas, Hadi Awang mempertahankan doa tersebut.





Renung-renungkan lah yo...





read more »

Saturday 17 November 2012


MUKTAMAR Tahunan Pas Kali Ke-58 akan bermula hari ini di Kota Bharu, Kelantan. Bagaimanapun tiada apa-apa kejutan yang diharapkan akan berlaku dalam muktamar tersebut.

Walaupun ramai yang ternanti-nanti apakah pendirian Pas dalam pelbagai isu berkaitan dengan Islam termasuk terbaru melibatkan kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar, namun sudah jelas Pas tidak akan melakukan apa-apa dalam soal itu.

Jika apa yang berlaku dalam muktamar Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat diambil kira adalah jelas Pas sudah menanam tekad bahawa sepanjang muktamar ini isu-isu yang boleh menjejaskan hubungan parti itu dengan PKR dan DAP dalam pakatan pembangkang tidak akan ditimbulkan.

Malahan Dewan Ulama sendiri sudah membuat pendirian bahawa mereka tidak menganggap isu Nurul Izzah sesuatu yang benar sebaliknya tumpuan adalah menumbangkan Barisan Nasional (BN) dan Umno dalam pilihan raya umum.

Selain itu, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib dalam ucapan perasmian di muktamar dewan itu meminta para ulama di dalam Pas agar mempertahankan ijtihad Tahaaluf Siyasi (persefahaman politik) termasuk mengarahkan semua ahlinya mengundi calon-calon bukan Islam di kalangan pakatan pembangkang.

Kalau Dewan Ulama sudah berpendirian demikian, sudah pasti Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat tidak akan melepasi apa yang diputuskan.

Tidak kisahlah sama ada pemimpin-pemimpin PKR akan mengeluarkan kenyataan kontroversi berkaitan Islam atau DAP akan terus menentang hukum hudud, yang pasti Pas tidak akan berkata apa-apa dalam muktamar kali ini.

Ucapan dasar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga dijangka selari dengan keghairahan Pas untuk memburu kuasa bersama-sama kedua-dua parti berkenaan.

Dalam masa yang sama 'serangan' beliau ke atas Umno dan BN tidak akan berakhir ketika merasmikan dewan Muslimat sahaja. Abdul Hadi akan terus menyerang parti pemerintah itu dengan pelbagai hujah bagi menu jukkan kononnya Pas lebih baik daripada Umno dan pakatan pembangkang 'lebih mulia' daripada BN.

Sememangnya dalam berhadapan dengan pilihan raya, Pas tidak akan mempunyai keberanian untuk menegur kepincangan pakatan pembangkang. Pas tidak mahu sebarang teguran dilihat memberi peluru kepada musuh politik mereka, biar pun hakikatnya sebagai sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam, mereka harus bercakap atas dasar kebenaran.

Tetapi kita harus ingat, ahli-ahli Pas termasuklah para ulama mereka bukanlah individu bebas apatah lagi pertubuhan bebas yang tiada mempunyai apa-apa kepentingan dalam memburu kuasa politik.

Perjuangan Islam hanyalah platform untuk mereka meraih kuasa politik jesteru sudah pastilah apa juga tindakan yang bakal mereka lakukan ia berlandaskan kepada perhitungan sama ada boleh mendatangkan keuntungan politik kepada pas ataupun tidak.

Oleh itu mana-mana pihak khususnya orang melayu hanya akan bermimpi di siang hari jika mereka mengharapkan dalam muktamar kali ini, Pas akan bersuara tegas sebagai sebuah organisasi yang memperjuangkan Islam.

Tumpuan Pas ialah memenangi pilihanraya, matlamat Pas adalah untuk menawan Putrajaya bersama-sama PKR dan DAP.

Pas semakin lemah untuk bergerak sendirian sebagai sebuah parti politik, sebab itulah kita akan saksikan dalam muktamar kali ini, Pas terus berusaha menjaga hati sekutunya termasuk akan menunjukkan kepada mereka bahawa Pas adalah kawan paling setia.

Pemimpin-pemimpin Pas tidak akan berani menyinggung perasaan Datuk Seri Anwar Ibrahim kalau mereka bercakap soal Nurul Izzah, pemimpin Pas tidak akan berani menegur pemimpin-pemimpin DAP yang menentang hukum hudud kerana kalau kedua-dua tindakan itu dilakukan 'alamatnya' terlepaslah peluang PAS untuk berada sekapal dengan kedua-dua parti itu menuju Putrajaya.

Sebab itulah, ramai yang meramalkan bahawa muktamar kali ini dianggap paling hambar dan tidak akan membawa sebarang erti dalam menonjolkan Pas sebagai parti yang memperjuangkan Islam.

Sebaliknya apa yang bakal disaksikan ialah kesetian Pas untuk menjadi 'pak turut' dalam pakatan pembangkang dan seterusnya menjadi alat terbaik bagi PKR dan DAP untuk meraih kejayaan cemerlang dalam pilihanraya umum nanti.

Sudah pasti sikap Pas dalam muktamar nanati akan mengembirakan PKR dan DAP kerana mereka bangga apabila sebuah parti yang sebahagian dianggotai oleh ulama akan menurut sahaja apa yang bakal mereka lakukan.

Harapan orang Melayu untuk melihat ketegasan Pas dalam mempertahankan soal-soal berkaitan orang Melayu dan umat Islam hanya tinggal harapan.

Pas tidak akan mempedulikan semua itu kerana apa yang penting ialah menjaga 'tahaluf siyasi' bersama PKR dan DAp bagaikan menatang minyak yang penuh.

Tentulah tidak ada mana-mana perwakilan yang berbahas berani membangkitkan apatah lagi mempertikaikan hubungan ini kerana nanti mereka akan dituduh membawa suara Umno dalam muktamar Pas.

Oleh itu apa yang bakal kita saksikan ialah sekelompok ahli politik yang kononnya menguar-uarkan mereka pejuang Islam akan berhujah mempertahankan kerjasama tersebut.

Apa pun mereka perlu faham, orang melayu dan umat Islam tidak kisah jika Pas beranggapan bahawa menjalin kerjasama dengan PKR dan DAP akan mampu memenuhi impian mereka untuk memperoleh kuasa politik.

Tetapi apa yang orang Melayu tidak mahu lihat ialah bagaimana Pas terlalu taksub dengan kerjasama tersebut sehingga soal-soal berkaitan dengan orang Melayu dan Islam sanggup diketepikan atau bertolak ansur.

Mungkin Pas tidak akan memperdulikan fakta ini kerana mereka mahu menjaga hati PKR dan DAP. Pas hanya berani menyerang pemimpin-pemimpin Umno dan BN tetapi kecut perut apabila berhadapan pemimpin PKR dan DAP.

Begitulah nasib Pas kini yang ditubuhkan oleh sekumpulan ulama dengan matlamat untuk menegakkan syariat Allah di bumi bernama Malaysia ini.

Sikap kemaruk untuk berkuasa dan terlalu teruja untuk menggantikan Umno telah menyebabkan Pas sanggup mengorbankan segala-galanya hatta prinsip perjuangan sendiri.

Kepada ahli-ahli dan penyokong Pas yang hadir ke muktamar berkenaan teruskanlah berusaha untuk memperkukuhkan hubungan dengan PKR dan DAP tetapi percayalah jika Pas tidak berhati-hati mereka hanya menjadi alat kepada kedua-dua parti untuk meraih kuasa.

Ahli dan penyokong Pas perlu faham bahawa tidak salahnya untuk parti itu bekerjasama dengan mana-mana pihak bagi mencapai kejayaan dalam pilihanraya tetapi biarlah ia dalah situasi 'menang-menang'.

Tetapi apa yang sedang kita saksikan sekarang ialah Pas sebuah parti yang dilihat jauh lebih beribawa daripada PKR dan DAP bagaikan melukut di tepi gantang. Kalau pemimpin Pas menafikan fakta ini, zahirkan resolusi dalam muktamar kali ini meminta supaya PAs diberi peluang untuk menjadi parti paling dominan dalam pakatan pembangkang buka sekadar pak turut. Soalnya beranikah pemimpin Pas berbuat demikian.

read more »

Friday 16 November 2012

Di Jalan Rahang Seremban
Apa nak jadi dengan puak-puak PAS ni!!!

Dah takde kerja lain ke?

lihatlah kerosakan yg dibuat oleh "pihak2" yg kita sedia maklum....dan akhirnya mrk akan salah kan pihak2 lain...belajar kat mana buat hal2 mcm ni...inilah hasil ceramah2 haram tepi jalan yg korang PR hari2 dgr....rasa bangga ke buat mcmni....hebat ke...?apa yg cuba nk dibuktikan..?..kesian...inilah tahap pemikiran puak2 ni rupanya....ada cai-cai PR bole jawab..?
read more »

Wednesday 14 November 2012


PAS tidak lagi mampu menutup masalah dalaman parti itu yang semakin hari semakin kronik. Masalah parti itu bukannya masalah biasa seperti pertelagahan atau pertentangan pendapat antara pemimpin, tetapi ia adalah jauh lebih serius kerana ia melibatkan prinsip dan pendirian yang membawa kepada jati diri dan hala tuju parti.

Masalah PAS bermula apabila parti tersebut bekerjasama dengan DAP dan menjadi semakin parah apabila kumpulan Anwarinas mula menguasai. Dari situ, roh Islam PAS yang sedia celaru menjadi haru-biru apabila jin liberal dan kafir harbi mengambil-alih parti. Hari ini, PAS adalah umpama jasad tanpa roh kerana telah dirasuk sepenuhnya oleh Anwar dan juga DAP.

Hakikat ini semakin terserlah apabila Timbalan Pesuruhjaya III PAS Selangor, Khalid Samad secara terang-terangan ‘menganjing-kurapkan’ ahli-ahli PAS hanya kerana mereka mengkritik parti dalam wacana “Mengembalikan PAS ke Landasan Asal”.

Khalid Samad
Menurut Khalid, PAS tidak pernah tersasar dari landasan sebagaimana kritikan dan kebimbangan sebahagian besar ahli-ahlinya. Khalid kemudiannya menuduh ahli-ahli yang terlibat itu sebagai golongan tidak berpuas hati atau kecewa serta merupakan bekas ahli PAS, sekali gus menolak 11 resolusi yang dicapai dalam wacana tersebut sebagai tidak mewakili akar umbi.

Nampaknya, kenyataan Khalid tersebut langsung tidak membantu PAS dalam memulihkan keyakinan di kalangan akar umbi, tetapi menyebabkan parti tersebut terperosok lebih jauh ke dalam konflik rohaniahnya yang sedia parah.

Norman Toha, iaitu bekas Setiausaha PAS Selangor yang merupakan antara yang hadir ke wacana tersebut menjelaskan bahawa majoriti peserta wacana adalah ahli dan penyokong PAS dari serata negeri di Malaysia. Mereka hadir kerana ingin mempertahankan perjuangan asal parti untuk menegakkan Islam dan melaksanakan hudud. Mereka hadir untuk meluahkan kekecewaan dan pandangan akar umbi terhadap pemimpin PAS berkenaan kerjasama dengan DAP dan PKR yang jelas merugikan PAS.

Mereka juga bimbang dengan kelemahan PAS dalam menghadapi tekanan liberalisme dan pluraslisme yang dibawa kedua parti sekutunya.

Segala pandangan akar umbi ini juga ditolak mentah-mentah dengan penuh penghinaan oleh Khalid Samad. Kononnya, tiada masalah di dalam PAS, kononnya PAS masih memperjuangkan Islam, kononnya PAS adalah parti dominan dalam Pakatan Rakyat.

Namun, akar umbi PAS tahu siapa Khalid Samad iaitu antara dalang menutup masalah murtad yang meruncing di Selangor. Khalid Samad sentiasa ke hadapan untuk menyelamatkan dan mengukuhkan hubungan PAS dan DAP apabila tercetus pertelingkahan. Kata orang, jin yang bernama Khalid Samad ini, satu kakinya di dalam PAS, satu kaki di dalam DAP tetapi kepalanya kekal berada bersama Anwar.

Yang dijaga Khalid adalah DAP kerana parti itulah yang bakal memberi kerusi terbanyak kepada PR. Yang disanjung Khalid adalah Anwar Ibrahim kerana beliaulah Perdana Menteri yang bakal mengubah struktur sosial dan agama di Malaysia dan memberikannya jawatan.

Tetapi, yang diperanjing-kurapkan adalah pemimpin dan ahli PAS yang mampu menggagalkan cita-citanya.

Kita simpati melihat ahli-ahli PAS dan pemimpin PAS yang diperlakukan sebegitu hina tetapi, kita tidak dapat menyalahkan Khalid jika menghina mereka.

Mana tidaknya, jika sudah tahu yang jalan yang dibawa itu adalah salah, kenapa masih terus menjadi penumpang? Kenapa masih terus tersorong-sorong pipi kepada PKR? Kenapa masih melangut mengharapkan belaian kasih DAP? Kenapa masih terus merayu, merengek mengharapkan pemimpin-pemimpin PAS yang dirasuk itu pulih kembali?

Jika pemimpin-pemimpin yang kononnya alim ulama bertaraf wali juga begitu mudah dirasuk sehingga lupa diri dan tersilap jalan, maka apakah hukumnya jika ahli yang sedar membiarkan diri terus dipimpin oleh mereka?

Bukankah tahap kesetiaan juga harus ada hadnya? Jika setia membuta tuli sehingga sanggup ke lubang tahi, maka salahkah jika Khalid Samad menganggap akar umbi PAS semuanya bagai anjing-kurap sahaja? Khalid Samad berani berbuat demikian kerana beliau tahu, apa pun yang dikatakannya dan ke mana pun PAS dibawa oleh sekutunya, penyokong-penyokong dan ahli PAS akan tetap setia.

Hatta, walaupun jika mereka dipimpin ke neraka, ahli PAS akan sanggup bertegang leher dengan sesiapa sahaja yang mempersoalkannya, sambil menegaskan bahawa itulah sebenarnya syurga.
read more »

Wednesday 7 November 2012

Kalau ada pertandingan siapa paling banyak mencabar, ia pasti sudah dimenangi oleh Anwar Ibrahim. Sikap Anwar yang suka mencabar sudah menjadi satu lawak basi bagi rakyat Malaysia.

Asal ada peluang, beliau akan mencabar dan sasarannya pastilah Perdana Menteri kerana percaya itu saja tarafnya. Namun begitu, beliau tidak pula ingin mencabar atau menyahut cabaran Nallakarupan, Umie Hafilda atau Ezam Md Nor yang menjadi kunci segala pertuduhan ke atasnya.

Antara cabaran Anwar terhadap Dato’ Seri Najib ialah debat isu PTPTN, debat bajet, debat isu Melayu, dan yang terbaru ialah beliau mencabar agar Dato’ Seri Najib bertanding di Marang iaitu kawasan Presiden PAS, Hadi Awang.

Persoalannya, apa ke jadahnya Dato’ Seri Najib hendak bertanding di Marang?

Sedangkan beliau adalah orang Pekan, dan telah lama berbakti di Pekan. Lainlah seperti pemimpin pembangkang yang ikut suka hati bertanding di mana saja kerana mereka percaya rakyat memilih pemimpin berdasarkan kekerapan ceramah dan kefasihan berpidato dan bukannya berdasarkan khidmat, bakti serta kebolehan bekerja.

Jika ini tidak benar, tidak mungkin Hadi Awang tiba-tiba membuat kenyataan ingin bertanding di Pekan. Sekali lagi, apa ke jadahnya, Hadi nak bertanding di Pekan?

Atas dasar apa beliau ingin bertanding di kawasan orang? Apakah jasa beliau kepada rakyat Pekan, sedangkan di Marang juga beliau tidak ada jasa?

Setelah sekian lama, kita semakin arif tentang taktik dan perangai Anwar iaitu beliau akan mencabar seseorang atas perkara yang tidak masuk akal, remeh atau tidak logik yang mana ia pasti akan ditolak. Taktik ini tidak lain tidak bukan ialah untuk menunjuk hebat tanpa perlu berbuat apa-apa.

Selain itu, beliau juga akan menggunakan isu cabaran ini apabila sudah benar-benar ketandusan isu dan namanya hampir tenggelam. Mungkin beliau benar-benar berpegang kepada prinsip selebriti iaitu lebih baik menimbulkan publisiti murah daripada tiada publisiti langsung.

Namun, dalam isu mencabar Dato’ Seri Najib bertanding di Marang ini, tindakan ini bukan lagi dilihat sebagai satu publisiti murah, tetapi bodoh. Kelihatan seolah-olah Anwar bercakap hanya kerana ingin mengambil perhatian orang ramai walaupun sebenarnya tiada apa untuk dicakapkan.

Strategi saling menukar tempat bertanding ini juga kononnya untuk memperlihatkan yang Hadi Awang bukan diktator. Walhal, Hadi Awang bukan diktator sudah pun diketahui ramai.

Justeru, jika beliau merasa yang beliau perlu membuktikannya, tentulah pelik sekali. Sedangkan semua orang tahu yang beliau hanyalah pak turut kepada DAP dan juga Anwar Ibrahim, iaitu diktator yang sebenar-benarnya.

Hadi juga pasti tahu yang beliau akan malu jika kalah di Marang, tetapi tidak akan malu jika kalah di Pekan. Mungkinkah ini cara untuk mengelak dari malu atau cara halus pihak tertentu untuk menamatkan terus riwayat politik beliau?

Apapun, Hadi Awang bukanlah watak signifikan di dalam Pakatan Rakyat. Hadi tidak punya karisma dan kaliber sebagai pemimpin. Malah, dalam mesyuarat, Hadi hanya memberi ucapan pembukaan sebelum melepaskan tanggungjawab pengerusi kepada orang lain. Maka, kita tertanya-tanya, apakah permainan Anwar dalam isu ini?

Siapakah sebenarnya sasarannya? Najib atau Hadi? Atau sekadar melepaskan ‘gian’ untuk bercakap walaupun tiada isu? Ataupun kerana terdesak ingin mengalih asakan media mengenai fahaman liberalisasinya yang berbangkit akibat keceluparan mulut anaknya, Nurul Izzah yang membenarkan umat Islam murtad?
read more »

Monday 5 November 2012


Pakatan Pembangkang nampaknya belum mahu beralah apabila masih aktif memainkan propaganda angka dan nombor sambil mendakwa kekuatan yang mereka miliki amat menggerunkan pemimpin BN.

Dalam perkembangan terbaru, Sabtu lepas para pemimpin PR telah mengerahkan para penyokong dan jentera-jentera pilihanrayanya berhimpun di Seremban, Negeri Sembilan dalam usaha mereka menonjolkan kekuatan jentera mereka untuk menggertak BN Negeri Sembilan.

Seperti biasa ahli dan penyokong PAS dari seluruh negera terutama dari Kelantan, Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan, Perak serta beberapa negeri lain di kerah menghadirkan diri.

PKR dan DAP juga turut sama mengeluarkan arahan kepada ahli mereka, bagaimanapun hanya terhad kepada mereka yang tinggal sekitar Lembah Klang dan Negeri Sembilan sahaja. Mengikut beberapa portal dan blog pro pembangkang lebihkurang 30,000 hadirin telah memenuhi majlis tersebut terutama semasa program pada malamnya, ramai yang berpayung dan ramai juga yang kesejukan ditimpa hujan.

Dengan tema Himpunan Kebangkitan Rakyat, pada awalnya PR menjangkakan 50,000 orang akan memenuhi setiap ruang padang yang seluas lebih kurang sebesar sebuah padang bola sepak di Taman Seremban Jaya itu. Itu jangkaan mereka beberapa hari sebelum program berlangsung.

Namun kehadiran yang diumumkan oleh kebanyakan portal dan blog pembangkang ialah 30,000 orang. Kebiasaannya jika angka jangkaan gagal ditepati maka ia dikatakan gagal atau kurang berjaya, tak begitu? Ramai penyokong PR yang sedar angka sasaran gagal digapai, namun ego sendiri dan malu alah sendiri terpaksa disembunyikan maklumlah setakat ini rekod kehadiran lebih 100k orang di Stadium Bukit Jalil dalam majlis anjuran UMNO belum lagi mampu di atasi.

Hakikatnya, sama ada 30,000 orang atau 50,000 orang kehadiran di atas padang becak pada malam itu sebenarnya melampau lojik akal. Satu meter persegi tidak mungkin mampu menampung 10 orang manusia yang berdiri sambil berpayung, tak gitu?

Padang yang sebesar lebih kurang sebuah padang bolasepak itu, hakikatnya cuma mampu menampung sekitar 10,000 orang sahaja atau dalam keadaan terlalu padat mungkin angka akan mencecah 13,000 hingga 15,000 orang.

Bila diambil kira ruang yang digunakan untuk pentas dan gerai-gerai orang berniaga, maka ruang kosong untuk hadirin di tengah-tengahnya akan makin mengecil.

Angka paling tepatpun hanya sekitar 7,000 hingga 8,000 orang sahaja yang hadir pada malam Himpunan Kebangkitan Rakyat di Seremban Sabtu lepas. Kalau nak bagi besarkan sikit angka, maka kita kira sekalilah jiran-jiran tetangga yang mendengar dari rumah-rumah dan kedai berdekatan, maka angka itu kita genapkan jadi 10,000 orang sahaja.

Tapi biasalah, sudah tabie semulajadi PR untuk memperbesarkan angka dan nombor, nawaitu yang penting bagi mereka ialah untuk menunjukkan mereka tetap kuat sekalipun terpaksa mengangkut penyokong.

Soal terpaksa berhabis duit untuk menampung perbelanjaan menyewa hotel bujet dan wang pengangkutan tidak pernah menjadi persoalan, tapi ia akan menjadi isu besar kiranya BN yang melakukannya. Dwi standard itu biasalah.

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu ketika mengulas program anjuran PR di Seremban itu gah menyatakan 'kejayaan' majlis Himpunan Kebangkitan Rakyat tersebut bakal membolehkan PR menguasai Negeri Sembilan.

Dengan yakin Mat Sabu mengumumkan bahawa semasa PRU 13 kelak menjelang jam 7 malam hari mengundi kelak akan diketahui bahawa Wisma Negeri sudah ditawan oleh PR. Over confident betul. Mat Sabu lupa, dalam menentukan jatuh bangun sesebuah kerajaan negeri hanya pengundi anak negeri berkenaan sahaja yang layak membuat keputusan.

Penyokong DAP, PKR dan PAS yang diangkut dari Kelantan, Perak, Terengganu misalnya hanya sekadar dapat meramaikan majlis tapi tidak layak untuk mengambil bahagian menentukan kerajaan negeri lain, kecualilah kalau PR sebenarnya telah secara terancang memindahkan para pengundinya ke kawasan-kawasan atau negeri lain.

Atau sebenarnya, keyakinan Mat Sabu itu disebabkan sudah ramai pengundi PR dipindahkan ke kawasan-kawasan BN, sebagaimana pernah dilakukan oleh PAS Kedah, PAS Kelantan dan PKR Selangor yang aktif memindah pengundinya ke DUN dan Parlimen milik BN?

Apapun, tak salah untuk Mat Sabu terus berangan, namun percayalah tak selamanya majoriti rakyat akan lena diulit mimpi dan harapan palsu dari PR kerana bila tiba masa mengundi nanti, sebahagian besarnya tetap akan mendahulukan kepentingan agama, bangsa dan negara mengatasi propaganda pemimpin PR.
read more »

Friday 2 November 2012


Jangan cetuskan huru hara dan suasana kurang senang dalam kalangan orang ramai ekoran daripada penganjuran Himpunan Kebangkitan Rakyat di Senawang Sabtu ini.

Desakan itu disuarakan 15 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini yang membantah rancangan pembangkang untuk mengadakan perhimpunan besar-besaran yang dijadualkan berlangsung di Taman Seremban Jaya di sini.

Setiausaha Agung Gabungan NGO Malaysia, Mohd. Arafat Muhammd yang mewakili kumpulan tersebut berkata, mereka bimbang perhimpunan tersebut boleh mencetuskan huru-hara di kawasan berkenaan berikutan tiada kebenaran pihak polis.

 "Semua tahu perhimpunan tersebut tidak mendapat kebenaran polis dan menjadi tanggungjawab kami sebagai rakyat menghalang perhimpunan haram ini.

 "Kami tidak mahu negeri beradat yang aman ini bertukar menjadi huru-hara dengan politik jalanan yang diamalkan pembangkang," katanya di sini semalam.
read more »

My Blog List

 
Powered by Blogger