Sunday, 18 November 2012

PAS dan doa jahanamnya...


KALAU sudah terbawa-bawa pendekatan ekstrem, hal yang mengarut dan bercanggah dengan Islam pun boleh dilakukan.

Sebab itu, tidak terkejut dengan doa Pas yang meminta Allah SWT agar menjahanamkan Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

Doa itu dibacakan selepas solat hajat sempena Muktamar Pas di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam kelmarin.

Sepatutnya doa itu ditumpukan kepada membina perpaduan ummah, lebih-lebih lagi umat Islam yang baru menyambut Maal Hijrah. Alangkah baiknya juga jika perhimpunan itu mengambil kesempatan mendoakan keselamatan rakyat Palestin yang kini menghadapi serangan besar-besaran tentera Israel.

Atau berdoa bagi menangani isu-isu kritikal yang mengancam umat Islam seperti penyebaran meluas fahaman pluralisme, liberalisme dan gejala lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang menjadi-jadi.

Pada WN9 juga, doa Pas itu sekali lagi mencerminkan cara berpolitik parti tersebut yang merugikan umat Islam. Parti dan kaum lain berpolitik tetapi tidak sampai menyalahgunakan agama.

DAP tidak pernah berdoa untuk menjahanamkan MCA dan Gerakan. Sebenarnya tiada parti politik berlabel Islam di dunia yang bertindak seperti itu melainkan Pas.

Ramai yang masih ingat bagaimana pemimpin Pas mengeluarkan fatwa mengkafirkan sesama orang Islam. Seperti yang dijangka Presiden Pas, Hadi Awang mempertahankan doa tersebut.





Renung-renungkan lah yo...





0 comments:

Post a Comment

My Blog List

 
Powered by Blogger