Tuesday 31 July 2012


VIDEO: Yau Con Seng, Ketua DHPP Negeri Sembilan berceramah di hadapan 800 ahli PAS ketika Himpunan Hijau Peringkat Negeri Sembilan. Ketika berceramah, kelihatan penyokong PAS membenarkan malah tertawa saat Yau Con Seng melaungkan takbir dan disahut dengan gembira. Selain itu dia juga menafsir ayat Al-Quran dan memberi penerangan kepada ahli PAS.

Saksikan sendiri video di bawah:

read more »

Monday 30 July 2012


Nampaknya Abby Abadi semakin popular apabila dia sering menjadi tumpuan media sejak kebelakangan ini.

Kali ini berbangkit pula isu berkenaan penarikan kontrak sebagai duta tudung.

“Saya terkilan. Saya berniaga. Penglibatan kakak dalam politik sedikit sebanyak memberikan kesan kepada perniagaan saya,” memetik dari laman sosial Twitter milik Abby yang didakwa sebagai kenyataan pemilik Al-Humaira Contemporary, Hani Elia.


Kenyataan yang dikeluarkan oleh Hani itu telah memberitahu kontrak Abby sebagai duta tudung syarikat itu telah terbatal secara rasmi pada 4 Julai lalu.

Bagi penulis, isu pembatalan kontrak itu tidak berkaitan dengan mana-mana parti politik di Malaysia sebaliknya melibatkan sistem pengurusan perniagaan yang telah terjejas.

Jika Abby tidak terlalu lantang serta lebih bersederhana dan matang dalam memperjuangkan Islam dan PAS, mungkin perkara itu tidak mungkin terjadi.

Abby Abadi telah dilantik sebagai duta Al-Humaira Contemporary pada Mei 2012 yang lalu.

Pada masa yang sama, Abby memberi kenyataan balas yang dia menerima takdir itu dengan hati yang terbuka.


Malah, Abby turut memohon maaf kerana terlibat dalam Pakatan Rakyat.

Penulis merasakan tindakan yang diambil oleh pengurusan Al-Humaira Contemperory itu bukanlah disebabkan oleh penglibatan Abby dalam mana-mana parti politik, sebaliknya imej/personaliti serta kredibiliti yang ditunjukkan oleh Abby kepada umum semenjak kebelakangan ini menjadi faktor utama yang memungkinkan kejadian itu.

Pasti ramai yang jelas, apabila menjadi duta, seseorang itu haruslah menampilkan personaliti yang menarik serta positif kepada umum serta tidak dilihat memihak kepada mana-mana pihak.

Sumber: http://mynewshub.my
read more »
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata,Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin tidak perlu menunggu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menentukan jawatan beliau dalam kerajaan.

Menurut Khairy, perlu berani melepaskan jawatan sebagai Timbalan Menteri yang disandang itu tanpa menunggu keputusan Perdana Menteri.

"Apabila sudah letak jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi dan Ketua UMNO Bahagian Beaufort, maka sudah pasti beliau tidak yakin dengan parti.

"Saya rasa kalau betul berani, sudah jelas dan terang mengenai pendapat dan pendirian beliau, maka beliau harus lepaskan jawatan dalam kerajaan dan keluar daripada parti," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan pada sesi dialog Persidangan Pelajar India 1Malaysia di Universiti LimKokWing di sini.

Laporan sebelum ini menyatakan, Lajim melepaskan semua jawatan politiknya sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Beaufort dan juga Ketua UMNO Bahagian Beaufort.

Bagaimanapun Lajim berkata, beliau masih belum membuat keputusan untuk keluar daripada Umno atau melepaskan jawatan Timbalan Menteri.

Tambah Khairy, keputusan Lajim (letak jawatan) tidak akan memberi kesan kepada pengaruh BN di Sabah.

"Saya percaya ia tidak akan beri kesan, kerana saya sudah pergi ke Sabah dan berbincang dengan rakan-rakan Pemuda, Umno dan BN bahawa kita akan tetap kuat.

"Kita tidak akan tenggelam kerana seorang pemimpin seperti yang berlaku pada 1998 di mana pada ketika itu Timbalan Presiden Umno disingkirkan daripada parti, tapi kita masih boleh menang, apatah lagi bila melibatkan seorang Timbalan Menteri," katanya.

Sumber : KLPos
read more »
Inilah mimpi paling mengasyikkan bagi PAS sehingga mereka sanggup mencetak kemeja t yang tertulis perkataan PAS ganti UMNO.

Tetapi semua orang tahu sejauh manakah kemampuan PAS untuk berbuat demikian. PAS bukan seperti UMNO kerana dalam pembangkang, PAS diibarat seperti melukut di tepi gantang demi mencari kuasa.

Ini berbeza dengan UMNO yang menjadi tonggak kekuatan BN tetapi sentiasa menghormati kesepakatan yang dicapai bersama komponen parti itu sejak merdeka.UMNO tidak pernah mahu menjadi 'abang besar' di dalam BN tetapi dalam pakatan pembangkang semua orang tahu siapa 'abang besar' yang PAS dilihat perlu akur.

PAS dalam pakatan pembangkang sebenarnya adalah tidak ke mana. Tiada kekuatan suara, fikrah apatah lagi kekuatan politik untuk menentukan hala tuju pakatan itu. Itulah jatuh nasib PAS dalam Pakatannya, tampak hebat berceramah siang dan malam tetapi ironisnya hanya setakat melukut dalam lingkaran pakatan Pembangkang.

Kesimpulannya, Pas boleh terus bermimpi dan bermimpi untuk menjadi parti utama dalam pakatan pembangkang tetapi ia tidak akan menjadi kenyataan.

read more »
Tindakan Pas yang masih berterusan berlembut dengan Pakatan Rakyat (PR) terutama DAP yang jelas menentang Islam termasuk pelaksanaan hukum hudud di negara ini, harus dipersoalkan.

Pas tidak wajar meneruskan kerjasama dengan DAP memandangkan sikap DAP yang dilihat tidak mesra Islam.

DAP jelas konsisten dari dulu lebih ‘istiqamah’ dari Pas. Dari dulu lagi kita lihat DAP lantang menentang pelaksanaan undang-undang Islam di negara ini.

Yang hairannya kenapa Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan yang kata DAP sudah boleh menerima hudud sedangkan tidak pun sepertimana  kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mengatakan DAP tetap menentang pelaksanaan hukum hudud di negara ini biarpun mengakui Islam agama rasmi negara mengikut perlembagaan. 

Pada masa yang sama, Pas masih lagi hendak bersekongkol dengan DAP dan masih berada dalam PR. Apa cerita?

Umat Islam negara ini seharusnya sensetif dan melihat keadaan tegang itu sekali gus akan menggugat kedudukan agama sekiranya sokongan diberikan kepada Pas.

Kalaulah ada pun mana-mana pemimpin DAP dilihat seakan-akan bersetuju dengan Pas berhubung hukum hudud, usahlah dipercayai. Itu hanya sandiwara DAP semata-mata.
read more »
Sekali baca, mungkin ramai beranggapan kenyataan akhbar Persekutuan Kristian Malaysia pada 18 Julai lalu yang bertajuk “Undilah Dengan Baik, Undi Supaya Negara Malaysia Lebih Cemerlang”, tidak ada yang pelik.

Kenyataan itu merujuk hasrat mana-mana rakyat dalam mana-mana negara untuk mendapatkan pimpinan yang dapat melaksanakan prinsip keadlian, ketelusan serta menghormati hak asasi rakyat.

Barangkali kerana kebebasan itu juga persekutuan berkenaan mengeluarkan pandangan Bishop utama padahal saranan itu tidak dikemukakan oleh penganut atau kesatuan agama lain.

Namun, mustahil persekutuan tersebut sengaja mengeluarkan pandangan tersebut tanpa ada agenda tertentu ketika pilihanraya umum (PRU) ke 13 sudah hampir diambang pintu.

Persoalan ini timbul kerana prinsip akhir disarankan pihak terbabit merujuk kebebasan agama merangkumi kebebasan untuk menganut, mengamal dan menyebar agama tanpa sebarang pembatasan yang tidak wajar dari undang-undang, penegahan atau larangan.

Prinsip ke lapan inilah amat tidak disenangi Presiden Jati, Datuk Dr Hasan Ali yang menganggap ianya tuntutan keterlaluan dan diluar lingkungan perlembagaan yang sudah dipersetujui bersama sebelum Merdeka.

Beliau melihat tuntutan itu bukan sahaja bertentangan semangat perlembagaan malah akan merungkai asas-asas kehidupan 28 juta rakyat Malaysia yang semuanya inginkan keamanan.

Katanya dalam sidang media di Kelab Sultan Sulaiman di ibu negara, Sabtu, tuntutan itu akan membuka ruang tuntutan tidak munasabah dan akhirnya akan menghasilkan kekacauan, huru hara dan ketidakstabilan.

Melihat perkara itu dibuat membabitkan kuasa memilih dalam PRU 13, bekas pemimpin PAS dan ExcO Kerajaan Selangor itu melontar persoalan, “ Adakah Persekutuan Kristian Malaysia menganggap bahawa kerajaan sekarang tidak mampu memenuhi tuntutan mereka,” atau “Adakah yang dimaksudkan bahawa Pakatan Rakyat lebih bersedia untuk melaksanakan tuntutan yang diutarakan persekutuan itu?.”.

Sehubungan itu, beliau yang juga Adun Bebas Gombak Setia menuntut Persekutuan itu memberi penjelasan dan juga mahu tahu sama ada pembangkang bersetuju dengan perkara tersebut.

“Sekiranya itu dipersetujui Pakatan Rakyat, saya ingin mengajukan soalan, adakah PAS juga bersetuju untuk melaksanakan tuntutan tersebut kerana parti itu dalam komponen PR,” tegasnya.

Menjawab soalan, Dr Hasan berkata, adAlah tidak bagus pihak itu menimbulkan perkara itu kerana ianya menyentuh Perlembagaan Persekutuan dan Enakmen Agama Negeri-Negeri. “Jia dua perkara ini dipinda untuk memenuhi prinsip yang dituntut itu, ianya akan menimbulkan persoalan besar. Sepatutnya, beri orang Islam kemudahan seperti diiktiraf perlembagaan,” katanya.

Beliau bertegas menuntut PAS menyatakan pendirian parti itu berhubung perkara tersebut kerana rakyat ingin tahu sama ada parti yang berasaskan Islam itu benar-benar memenuhi matlamatnya.

Sumber: Agenda Daily
read more »

Saturday 28 July 2012

Hasrat PAS yang mahu melaksanakan hukum hudud di negara ini sukar untuk direalisasikan kerana parti itu perlu terlebih dahulu meminda Perlembagaan Persekutuan, kata Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Dr Tan Seng Giaw.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Kepong berkata untuk meminda perlembagaan bukan sesuatu yang mudah kerana ia memerlukan majoriti dua pertiga di Parlimen.

"Nak hudud mesti ada pindaan di Parlimen. Dia (PAS) tahu nak dapat majoriti dua pertiga itu mustahil," katanya.

Malah, katanya sehingga hari ini Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 (Hukum Hudud) yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 1993 juga masih tidak dapat dikuatkuasakan.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan Menteri Besar

Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am PAS pada Rabu lepas yang mengulangi pendirian parti itu untuk memperjuangkan hukum hudud walaupun tidak dipersetujui DAP.

Menurut Tan, isu hudud merupakan satu perkara yang rumit terutama dalam sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat majmuk dan ia tidak sepatutnya dibangkitkan.

"Jangan kita bangkitkan perkara yang boleh menimbulkan porak-peranda terutama kepada perkara yang tak boleh dilaksanakan," katanya.

Mengulas mengenai pendirian DAP itu, bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Dr Chandra Muzaffar berkata pendirian PAS untuk memperjuangkan hukum hudud walaupun tidak mendapat restu DAP menunjukkan kedua-dua parti tersebut banyak perbezaan dan tidak sealiran.

Beliau yang juga Presiden Pergerakan Keadilan Sejagat (Just) berkata kedua-dua parti berkenaan hanya berpakat kerana mereka mempunyai 'musuh' tertentu yang menghalang hasrat untuk merampas kuasa di peringkat persekutuan dan negeri.

"Ini menunjukkan hubungan mereka satu hubungan yang beroportunis kerana mereka nak berkuasa, tak ada sebab lain," katanya.

Dr Chandra juga berkata tindakan PAS yang memberi keutamaan kepada hudud apabila berkuasa menunjukkan seolah-oleh bahawa hukuman tersebut mencerminkan tamadun Islam.

"Ini tak betul kerana yang mencerminkan kegemilangan Islam adalah ilmu pengetahuan dan keadilan," jelasnya. — Bernama
read more »

Thursday 26 July 2012

Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan bergantung kepada prestasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam melaksanakan janji-janjinya kepada rakyat, demikian menurut seorang ahli akademik.

Pengerusi Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Fuad Mohd Jali berkata, Perdana Menteri mahu rakyat menikmati hasil transformasi yang dilaksanakan kerajaan.
read more »

Tuesday 24 July 2012

Slogannya mudah, “Janji DiTepati” tetapi cukup untuk membuatkan Pakatan Rakyat meroyan. Kebanyakan blog dan laman-laman sosial pembangkang telah tanpa segan silunya, meluahkan rasa resah gelisah dengan slogan ini. Marah benar mereka dengannya.

  Tidak semena-mena, slogan yang jujur dan ikhlas ini dikatakan mereka berunsur politik. Tidak dapat difahami, di manakah politiknya dalam menepati janji?
read more »

My Blog List

 
Powered by Blogger