Ramai yang seakan sedar dengan perubahan sikap dan emosi yang sedang melanda Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim ketika ini. Walau dia masih cuba bersikap tenang terutama di hadapan media dan khalayak umum namun pada hakikatnya, Anwar sedang dilanda sindrom takut untuk berdepan dengan bermacam-macam kemungkinan yang akan melanda khususnya kehilangan sokongan dalam pilihanraya umum yang akan datang.
Masakan tidak, selain berdepan dengan pelbagai isu dan skandal seks yang tidak ada titik noktahnya Anwar gusar dengan perkembangan terkini berhubung sokongan masyarakat yang semakin berkurangan. Contoh paling ketara, sekiranya sebelum ini setiap program yang dihadiri oleh Anwar, paling sedikit jumlah kehadiran pasti mencecah ke angka 5-6 ribu.
Namun mutakhir ini, angka itu menunjukkan jumlah kemerosotan yang ketara dengan anggaran kehadiran hanya sekitar 1-1,500 orang sahaja dalam satu-satu masa. Berbanding program Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak yang melonjak sekitar 10-15 ribu.
Mungkin berdasarkan faktor itu di tambah dengan beberapa faktor lain, Perdana Menteri telah menyatakan dengan jelas dan yakin akan kemampuan BN/Umno untuk meraih 2/3 majoriti dalam pilihanraya umum ke 13 (PRU13).
Malah sebelum ini laporan yang dikeluarkan oleh Economist Intelligence Unit (EIU), sebahagian daripada majalah terkenal berpangkalan di London, The Economist, telah meramalkan BN akan memenangi PRU-13. Ia berdasarkan kepada rekod pencapaiannya yang baik, agenda transformasi Perdana Menteri serta kepimpinan ekonomi beliau yang dilihat semakin berjaya.
Terbaru Financial Times dan Reuters juga turut melaporkan keyakinan mereka, akan kemenangan BN/Umno yang mampu meraih memenangi majoriti 2/3 di dalam di dalam pilihanraya ini. Ia turut disebabkan keyakinan para pelabur asing dengan keupayaan Perdana Menteri dalam memacu dan menjana ekonomi negara.
Contohnya Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri pada bulan April 2009 jelas menunjukkan keupayaan kerajaan merangka dan merealisasikan semua perancangan yang telah disediakan itu.
Program tersebut juga dilihat telah berjaya memacu Malaysia ke arah melahirkan masyarakat yang maju, bersatu-padu dan saksama dengan standard kehidupan yang tinggi untuk semua. Sejajar dengan misi nasional ke arah mencapai Wawasan 2020 – untuk Malaysia mencapai status negara maju sepenuhnya.
Menurut pemerhati antarabangsa juga, keputusan pilihan raya yang akan datang sudah semakin jelas menunjukkan bahawa BN akan menang, berbanding pakatan pembangkang yang hanya mampu membuat 'janji lumayan' untuk mendapatkan kuasa.
Pakatan pembangkang juga dilihat telah memungkiri banyak janjinya sebelum ini, termasuk bantuan kewangan bagi pendidikan pra-sekolah, penuntut universiti, warga emas dan orang kelainan upaya; penjagaan kesihatan percuma bagi mereka yang berumur lebih 65 tahun; cukai hartanah yang lebih rendah dan bantuan untuk pembeli rumah.
Di Selangor sebagai contoh populisme pakatan pimpinan Anwar kekal tidak mempunyai hasil yang praktikal kerana melaksanakan hanya 15% daripada 31 janji pilihan raya yang lalu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
My Blog List
-
-
TENGKU ZAFRUL AKAN PERJELAS SPEKULASI SERTAI PKR DALAM MASA TERDEKAT - TENGKU ZAFRUL AKAN PERJELAS SPEKULASI SERTAI PKR DALAM MASA TERDEKAT : PKR,Politik,Tengku Zafrul,UMNO3 months ago
-
PH 22 BULAN BERKUASA PENIPU CAKAP TIADA LAGI LANTIKAN POLITIK JADI DUTA KHAS ?? - MAHU PERCAYA LAGI KE JANJI DAN CAKAP PARTI PAKATAN HANCING INI ? APA YANG MEREKA CAKAP MEREKA TAK BUAT ... MEREKA ATTACK ZAMAN BN LANTIK AHLI POLI...2 years ago
-
Sidang Media Terakhir Hamid Bador, Peperangan Antara Dr Mahathir Dengan Mahiaddin Atau Hamid Bador Dengan Hamzah Zainuddin? - Sidang media terakhir TS Hamid Bador sebagai Ketua Polis Negara berjaya mendapat perhatian seluruh negara. Mungkin bagi sesetengah pihak yang masih lagi ...3 years ago
-
CILI KASI TARUK! BLOG LAGI BAIK DARI FACEBOOK HARAMI - Lama aku tak update blog, rindu pulak rasanya, memang best platform BLOG, lagi best dari FACEBOOK milik Mark Zuckerberg yang kuat mengampu Donald Trump y...4 years ago
-
#BUBARPARLIMEN MALAYSIA BUKAN DIA PUNYA!!! - Percaturan yang direncanakan sebelum ini GAGAL memenuhi kehendak Mahathir apabila gabungan PAS dan UMNO serta komponen lain dalam Muafakat Nasional menar...5 years ago
-
Just an amusing observation.. - Brightest students in A class, studied Science, became engineers, doctors, architects, building the country etc. Students in B class, studied Commerce, be...5 years ago
-
Manogaran pakai Logo Parti di Pusat Mengundi, boleh dipenjarakan 1 tahun atau denda RM5, 000 - CAMERON HIGHLANDS 26 Jan. - Tindakan telah diambil terhadap calon Pakatan Harapan (PH), M. Manogaran dengan meminta beliau keluar daripada pusat mengundi ...6 years ago
-
10 Air Terjun Terindah Di Dunia Yang Harus Kalian Datangi! - Tuhan menciptakan dunia bersama dengan segala keindahannya. Ada gunung, danau, sungai, dan air terjun. Ada begitu banyak air terjun yang tersedia di dunia....6 years ago
-
#BuktiRM2.6B : DS Najib merompak, menyamun & mencuri berbilion-bilion? - Pendedahan secara terbuka berserta tunjuk bukti dokumen berkaitan isu RM2.6 oleh DS Najib Tun Razak yang sering ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin ...6 years ago
-
-
14 Aku Janji Manifesto BN PRU14 - *14 AKUJANJI KEPADA RAKYAT DALAM MANIFESTO BN PADA PRU 14* *1. Ekonomi Keperluan Rakyat* 》Kerajaan BN komited ke arah membantu rakyat dalam menangani p...6 years ago
-
TU DIAAA !!! #DAP GUNAKAN #PKR DI #SELANGOR DAN #KELANTAN UNTUK HANCURKAN #PAS ??? - Apa sahaja akan dibuat oleh DAP bagi hancurkan terus parti PAS.Sudah ditubuh parti PAN untuk lawan PAS.Tidak cukup dengan itu,PKR pula dipecahkan sesama...7 years ago
-
Selepas viral 24 jam senarai calon BN tidak rasmi yang akan bertanding untuk PRU14 di Kedah - Pergolakan dalaman UMNO dilihat semakin membahang: 1. Ada yang merajuk ketua tidak dicalonkan (printscreen dari group whatsapp UMNO bahagian/cawangan) ...8 years ago
-
SALAM BAHAGIA DAN SELAMAT MEMBACA - As Salam. Ramai yang bertanya sama ada saya masih menulis di blog atau sebaliknya. Saya memberitahu mereka bahawa tumpuan kini adalah kepada tiga cabang m...8 years ago
-
BUAT MALU NEGERI MELAKA:RAFIQ MAMAK KENCING MEDIA!!! - BERITA RAFIQ KENCING MEDIA >>>DI SINI<<< BUDAK RAFIQ NI AKHIRNYA "TUMBUH TELUR" BILA UMUM KELUAR UMNO PETANG TADI. SEPERTI YANG DIJANGKA, DIA AKAN GUNA MED...8 years ago
-
PELACUR UMUM BERTANDING CALON PILIHAN RAYA - Seorang pekerja seks di Peru, Angela Villion Bustamante bertanding dalam pilihan raya umum negara itu pada tahun ini. Pekerja seks selama 30 tahun itu me...9 years ago
-
Luhak-Luhak di Negeri Sembilan - Dipetik dari buku: Sistem Sosial Adat Perpatih Dr. Nordin Selat Buku Utusan Luhak atau sering disebut sebagai *Luak* adalah jajahan sesuatu pentadbiran....9 years ago
-
-
Kecoh..? Datuk Ismail Kijo Dapat Surat Akuan Bersumpah Sebagai Hadiah Perkahwinan...? - *Terlebih dahulu nak wish la Selamat Pengantin Baru buat Ketua Umno Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo.....* *Cayalah Datuk, bini baru muda giler tuu. Mem...10 years ago
-
RAFIZI RAMLI PUNYA TEORI EKONOMI SETARAF JAMBAN PENUH.. - Kata rafizi ikut teori ekonomi pala hotaknya Kalau pakatan perintah Minyak turun dan harga barang pun turun.. http://theflyingkick.blogspot.com/2015/01/raf...10 years ago
-
MEMANG DASAR PEMBELIT! BUSUNG YANG DISIMPAN SI KETUM! - Salam Perjuangan Kalau dah munafik macam tu lah. Nak dakwa Tun Daim konon! Memang dasar pembelit! Baca seterusnya di http://tomyampoktek.blogspot.com/2...10 years ago
-
HARAPAN DAP HURU-HARA KAN ORANG MELAYU BERHASIL..!!! - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang hari ini membuat 25 laporan polis berhubung kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan Eng bahawa oran...10 years ago
-
Senarai Anggota Kabinet Malaysia 2013 - Berikut senarai penuh barisan Kabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya pada 15 Mei 2013 *PERDANA MENTERI * Da...11 years ago
-
WANG EHSAN RM100 : MASIH BELUM ADA PENJELASAN - Selain daripada bangsat Ng Wei Aik, Amir Ghazali dari PKR dan Yusni Mat Piah dari PAS telah membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Mala...14 years ago
-
-
-
-
-
-
Kehadiran mereka diceramah hanya mahu mendengar sahaja, untuk menilaikan kebenaran nya, dan akhir nya rakyat sedar dan faham dengan keadaan yang berlaku, itu tinjau saya sendiri dari peringkat grassroot, tapi berhati hati dengan ahli ahli UMNO sendiri (Musuh dalam selimat)...
ReplyDelete