Showing posts with label PEMBANGKANG. Show all posts
Showing posts with label PEMBANGKANG. Show all posts

Tuesday, 14 May 2013



Semua pihak perlu menghentikan polemik politik pasca pilihan raya umum yang dilihat boleh menggagalkan usaha ke arah pembangunan negara, kata Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan

Katanya, rakyat telah pun membuat pilihan dan memberi mandat kepada calon atau parti pilihan mereka sama ada di peringkat negeri atau Persekutuan dan seharusnya tidak timbul lagi soal ketidakpuasan hati oleh mana-mana pihak.

"Kita mesti akur keputusan rakyat, menang atau kalah itu adat dalam pertandingan dan jangan pula kita tidak dapat mengakui hakikat bahawa kita kalah dan masih mempersoalkan (keputusan rakyat).

"Sepatutnya sekarang ini rakyat sudah bagi mandat dan kita tubuhkan kerajaan dan kita lupakan soal pilihan raya ini. Cukuplah sudah kita berpolitik satu tahun, dua tahun sehingga tidak boleh buat perkara lain," katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan Pameran Pendidikan sempena sambutan Hari Guru di Kompleks Belia dan Sukan, Paroi (KLIK) di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai ketidakpuasan hati pihak pembangkang terhadap keputusan PRU 5 Mei lalu.

Katanya, sikap pembangkang yang tidak mahu mengakui kekalahan mereka dan mengajak rakyat turut serta sebenarnya membawa negara terus terperangkap dalam polimik berterusan yang tidak membawa apa-apa kebaikan kepada negara.

Sebaliknya, Mohamad berkata, apa yang harus ditumpukan ketika ini adalah mencari jalan meningkatkan ekonomi negara dan menarik kedatangan pelabur bagi mendepani krisis ekonomi dunia yang tidak menentu. - BERNAMA
read more »

Saturday, 11 May 2013


Datuk Seri Utama Hj.Mohamad Hj.Hasan, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar bagi penggal ketiga di depan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Istana Besar Seri Menanti pada 10.56 pagi tadi.

Pada majlis berkenaan, Mohamad menerima watikah pelantikan daripada Tuanku Muhriz dan menandatangani sumpah jawatan yang turut disaksikan oleh
read more »

Tuesday, 7 May 2013

PRU13 N.SEMBILAN: Barisan Nasional menang mudah dan berjaya membentuk kerajaan negeri

Keputusan penuh kerusi DUN 
Negeri Sembilan. >>> KLIK SINI
BN - 22
PAS - 0
DAP - 11
PKR - 3

Keputusan penuh kerusi PARLIMEN 
Negeri Sembilan. >>> KLIK SINI
BN - 5
PAS - 0
DAP - 2
                                                                                          PKR - 1



Senarai kawasan DUN dan PARLIMEN Negeri Sembilan.

DUN : N.01 - Chennah
DUN : N.02 - Pertang
DUN : N.03 - Sungai Lui
DUN : N.04 - Klawang



DUN : N.05 - Serting
DUN : N.06 - Palong
DUN : N.07 - Jeram Padang
DUN : N.08 - Bahau



DUN : N.09 - Lenggeng
DUN : N.10 - Nilai
DUN : N.11 - Lobak
DUN : N.12 - Temiang
DUN : N.13 - Sikamat
DUN : N.14 - Ampangan



DUN : N.15 - Juasseh
DUN : N.16 - Seri Menanti
DUN : N.17 - Senaling
DUN : N.18 - Pilah
DUN : N.19 - Johol



DUN : N.20 - Labu
DUN : N.21 - Bukit Kepayang
DUN : N.22 - Rahang
DUN : N.23 - Mambau
DUN : N.24 - Senawang



DUN : N.25 - Paroi
DUN : N.26 - Chembong
DUN : N.27 - Rantau
DUN : N.28 - Kota



DUN : N.29 - Chuah
DUN : N.30 - Lukut
DUN : N.31 - Bagan Pinang
DUN : N.32 - Linggi
DUN : N.33 - Port Dickson



DUN : N.34 - Gemas
DUN : N.35 - Gemencheh
DUN : N.36 - Repah


read more »

Wednesday, 1 May 2013

Taktik Terdesak PR Percubaan PR untuk merampas kuasa melalui pemberontakan sudah menjadi pengetahuan umum.

Siri Himpunan Reformasi dahulu dan sehinggalah siri demonstrasi BERSIH adalah antara percubaan-percubaan merampas kuasa yang tidak menjadi.

Hari ini, PR telah pun mempelajari sesuatu dari siri kegagalan di atas iaitu merampas kuasa melalui
read more »

Sunday, 28 April 2013


Membongkar Pelan Huru-hara PR

Perancangan Pakatan Rakyat untuk mencetuskan huru-hara pada PRU-13 telah pun terdedah luas. Malah, strategi-strategi serangan dan mematah isu juga sudah diketahui umum.

Antaranya, membawa masuk pelanduk dua serupa dengan Anwar dari Thailand dan melancarkan keganasan seperti mengebom bilik gerakan dan sebagainya.

Namun, itu hanyalah permulaan. Kita tahu bahawa pelan kemuncak mereka ialah mencetuskan pemberontakan yang besar. Ia akan dimulakan dengan kekecohan di beberapa tempat pada hari pengundian -->
read more »

Thursday, 25 April 2013





Bagaimana Isteri Nik Aziz Memperoleh Kekayaan

Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam alasan pembelaannya menyatakan namanya hanya digunakan sebagai pemegang amanah ke atas hak milik tanah seluas 1.76 hektar di Bandar Baru Tunjong bagi pihak Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

14 lot tanah di atas nama Mursyidul Am PAS itu nilainya dianggarkan sekitar RM4 juta dan sekiranya status tanah ditukar dari tanah pertanian kepada komersial ia mampu mencecah nilai RM10 juta. Bukan kecil anak punya angka, memang cukup lumayan.

Itu baru melibatkan jajahan Kota Bharu. Sebelum ini, khalayak pernah digemparkan dengan pemilikan tanah oleh Nik Aziz melibatkan tanah lot di kawasan Lojing, Gua Musang yang termasuk dalam projek Ladang Rakyat.

Ia pernah didedahkan pada penghujung November 2012 yang lepas namun sampai saat ini belum juga ada respons sepatutnya dari MB Kelantan itu. Ada kemungkinan agaknya alasan sebagai ‘pemegang amanah’ akan digunakan juga jika isu itu menjadi hangat, tak mustahil.

Katakanlah alasan yang diguna pakai oleh Nik Aziz itu betul walau pun wujud keraguannya, kita nak tahu apa pula alasan Nik Aziz bila melihat nama isterinya Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak turut tercatat atas geran tanah sebagai pemilik untuk 13 lot tanah.

Di campur bersekali dengan 14 lot tanah atas nama Nik Aziz, keseluruhannya ada 27 lot tanah yang dimiliki atas nama MB Kelantan dan isterinya.

Persoalannya, adakah Datin Tuan Sabariah pun boleh diklasifikasikan sebagai pemegang amanah juga sama seperti suaminya? Bab ini sampai sekarang Nik Aziz kelu lidah tak mampu menjawabnya.

Hak milik tanah atas nama isterinya itu bertumpu di sekitar Kota Bharu termasuklah 2 lot daripada tanah itu terletak di Pulau Melaka yang telah dipajakkan selama 40 tahun kepada Petronas untuk digunakan sebagai stesen minyak.

Selain itu, Tuan Sabariah juga memiliki hak ke atas dua unit rumah kedai di Taman Koperasi Tanjung Chat yang nilainya ratusan ribu ringgit, namun hingga sekarang juga Nik Aziz gagal memberi penjelasan munasabah bagaimana kekayaan itu diperoleh isterinya.

Keseluruhan nilai hartanah itu mencecah angka jutaan ringgit. Pastinya semua ini tidak datang bergolek dan ia memerlukan penjelasan lanjut yang serba kukuh. Apa pun alasannya kelak, tetap perlu ada siasatan lanjut bagi mengenal pasti dari mana sumber kekayaan isterinya

read more »

Tuesday, 23 April 2013

Malam tadi, giliran PKR & DAP pula menerima nasib serupa di tanggung PAS semalam ketika berkempen di Negeri Sembilan. KLIK SINI

Ternyata rakyat sudah bosan dengan sikap pemimpin pakatan pembangkang yang begitu gemar menabur janji dan memburukkan orang lain berbanding bercerita tentang kebaikan yang boleh ditawarkan,
read more »

Sunday, 21 April 2013

PAS menerima tamparan awal pada hari pertama kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) apabila ceramah calonnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lenggeng, Zulkefly Mohammad Omar sepi dengan hanya dihadiri 10 orang penyokong di Kampung Pantai dekat sini malam tadi.
read more »

Friday, 19 April 2013

 
Analisis PRU-13

PARTI Keadilan Rakyat (PKR) sebenarnya sudah boleh dianggap kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) ini di Negeri Sembilan.

Ini kerana, akar umbi sudah mula menolak calon apabila nama yang dicadangkan dicantas oleh pucuk pimpinan mereka dan lebih parah lagi apabila Pengerusi PKR negeri, Datuk Kamarul Baharin Abbas mengumumkan hari ini yang beliau akan mempertahankan semula kerusi Parlimen Telok Kemang.
read more »

Thursday, 18 April 2013


Alim Ulama Tolak PAS Yang Jelas Terpesong Islamnya



Selama ini PAS Berjaya menipu rakyat kononnya parti mereka merupakan parti berkonsepkan Islam berdasarkan kepada nama parti tersebut. Selain daripada itu penampilan pemimpin PAS yang kononnya warak dan zuhud juga menyumbang kepada kejayaan penipuan mereka.
read more »

Sunday, 14 April 2013

Spekulasi berhubung masalah dalaman dalam kalangan pakatan pembangkang di negeri ini semakin kuat apabila calon-calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi tiga kerusi Parlimen yang sepatutnya diumumkan telah ditangguhkan oleh penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Cuba menutup masalah dalaman yang berlaku dalam PKR negeri, Anwar menjelaskan penentuan calon itu terpaksa ditangguhkan atas permintaan pemimpin tertinggi pakatan pembangkang.
read more »

Friday, 12 April 2013

 Manusia dipegang pada janji. Manusia yang tidak menepati janji adalah manusia munafik. Ulama yang tidak menepati janji dan dengan sengaja menipu semata-mata untuk kepentingan diri dan puaknya, adalah Ulama jahat sepertimana yang diperingatkan oleh AlQuran.

Sedar atau tidak, Nik Aziz dan Hadi Awang adalah antara Ulama munafik yang memungkiri janji.
read more »

Wednesday, 10 April 2013


Derma Untuk Lahad Datu @ PRU?

Meskipun PAS tidak menyatakan dengan jelas pendirian mereka dalam Isu Lahad Datu, pemimpin PAS terutamanya daripada Dewan Pemuda PAS telah melancarkan kutipan derma bagi Lahad datu.
read more »

Saturday, 6 April 2013

Sumber : Panglima Naning

GAMBAR JENTERA DAP SEDANG BERKEMPEN DI SEBUAH KAWASAN DI ALOR SETAR. INI BUKTI DAP SANGAT SANGAT BERKUASA DI KEDAH. INI JUGA BUKTI DAP TETAP DENGAN PENDIRIANNYA UNTUK MENOLAK HUDUD YANG MAHU DIBUAT PAS. 

Dimana pun mereka ni serupa saja gayanya!!!

Yang peliknya, PAS masih lagi seronok bersekongkol dengan puak DAPig ni.... Tak dak akai ka?




 
read more »

Friday, 5 April 2013





Dakwaan pembangkang kononnya banyak projek pembangunan di negeri ini terbengkalai dan ‘hilang’ seperti Hospital Rembau tidak berasaskan fakta sebaliknya hanya fitnah semata-mata.

Kata Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri, Datuk Ir. Dr. Roslan Md. Taha berkata, tender projek pembinaan hospital itu sudah dikeluarkan dengan tarikh tutupnya pada 18 April ini.

“Tidak timbul dakwaan projek ini ‘hilang’, malah pembinaan fizikal hospital itu juga akan bermula dalam tempoh tiga tahun selepas proses penutupan tender projek berkenaan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam

Beliau mengulas dakwaan Ketua Penerangan Pas negeri, Nor Azman Mohamad seperti dipetik akhbar pembangkang 2 April lalu yang turut menyentuh mengenai projek pembangunan di negeri ini kononnya terbengkalai dan ‘hilang’ seperti projek Hospital Rembau.

Menurut Roslan, hospital yang bakal dibina di atas tanah seluas 19.4 hektar itu dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) dan dijangka siap dalam tempoh tiga tahun.
























 


Sumber © Utusan Melayu (M) Bhd
read more »

Thursday, 4 April 2013

 
Kecelaruan PAS dalam meletakkan calon-calonnya dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) semakin ketara apabila tidak sedar parti itu mengumumkan lebih daripada satu nama bagi satu kerusi Parlimen yang bakal ditandingi.

Terbaru, bagi kerusi Parlimen Jempol di Negeri Sembilan, terdapat dua calon yang telah diumumkan oleh kepimpinan parti itu, hanya dalam tempoh selang beberapa hari.
read more »

Tuesday, 2 April 2013

PKR lancar papan iklan

MELIHAT poster yang menggandingkan dua Ahli Parlimen, Azmin Ali (PKR-Gombak) dan Zuraidah Kamaruddin (PKR-Ampang), dengan slogan 'Harga Minyak Turun', ramai hanya mampu tersenyum sinis kerana teringat kata-kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim - Manifesto Bukan Janji.
read more »

Tuesday, 26 March 2013


SEREMBAN: Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai sehingga tengah malam Rabu esok sekiranya beliau mahu menyeru pilihan raya umum ke-13 sebelum penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) yang pertama tamat.

Sama ada beliau akan berusaha untuk membubarkan Dewan Rakyat sebelum itu adalah persoalan lain walaupun pemerhati percaya beliau akan berbuat demikian.
read more »

Friday, 22 March 2013


Pembangkang di negara ini tidak pernah terlintas di hati mereka untuk membela nasib rakyat jelata.

Mereka suka membuat janji-janji yang lebih manis daripada gula dan madu, dan apabila mereka berjaya mempengaruhi rakyat lalu diberi kepercayaan untuk memerintah, pembangkang selalu pula gagal menggotakan janji.

Rakyat kecewa tetapi lebih mengecewakan tempoh lima tahun memerintah yang diamanahkan disalahgunakan untuk mengukuhkan kuasa politik, menimbun kekayaan peribadi, keluarga dan kroni.

Negeri yanbg ditadbir ketinggalan ke belakang dari segi pembangunan sosio-ekonomi kerana pembangkang sibuk berceramah ke sana ke sini siang dan malam tanpa menyedari tugas utama mereka ialah kepada rakyat bukannya mendendangkan lagu politik tanpa henti.

Itulah fungsi sebenar pembangkang yang inginkan kuasa tetapi tidak tahu apa yang hendak dilakukan dengan kuasa yang ada di tangan kecuali menggunakan untuk kepentingan diri dan parti.

Bukti pemimpin pembangkang tidak serius menjaga kebajikan pengundi ialah kegemaran mereka untuk melompat dari satu kawasan ke satu kawasan bagi kepentingan politik mereka bukannya rakyat.

Khabarnya di Permatang Pauh, Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim tidak tentu arah seperti cacing kepanasan kerana beliau mendapat tahu kerusi tradisinya tidak lagi selamat pada Pilihan Raya Umumn ke 13 nanti.

Walaupun sudah menyandang sebagai ahli parlimen di Permatang Pauh sejak 1982 (kecuali dari tahun 1999-2008), Anwar sudah lagi peduli pengundi di kawasan itu yang setia bersamanya.

Yang lebih penting bagi Anwar ialah menyelamatkan karier politiknya bukan membela rakyat yang menyokong.

Alasan bodoh yang diberikan oleh seorang yang bergelar Ketua Pembangkang untuk menjustifikasi tindakan untuk bertanding samada di Perak atau Selangor adalah atas permintaan rakyat di kawasan terbabit!

Begitu juga dengan Penasihat Parlimen Dap, Lim Kit Siang yang bakal meninggalkan kerusi Ipoh Timur dan mahu bertanding di Gelang Patah, Johor pula.

Kit Siang lebih banyak melompat daripada Anwar bermula dari kawasan parlimen Bandar Melaka pada tahun 1969 kemudian berhijrah ke Kota Melaka pula lepas sepenggal.

Dari Melaka beliau bertanding pula di kerusi Petaling Jaya pada 1978 dan empat tahun kemudian balik ke Kota Melaka.

Oleh kerana terlalu yakin Pulau Pinang jatuh ke tangan Dap, Kit Siang lari ke Parlimen Tanjong pada 1986 dan akhirnya apabila partinya tewas dengan teruk, terus meloncat ke Ipoh Timur pada 2004.

Melihat kepada kronologi penghijrahan pemimpin pembangkang yang kerap bertukar kerusi, terbuktilah mereka hanya menjadikan rakyat sebagai batu loncatan untuk memajukan diri sendiri dalam politik.

Ini berlainan pula dengan wakil-wakil rakyat UMNO dan Barisan Nasional yang kekal di kawasan masing-masing dan berkhidmat kepada rakyat tanpa henti sehinggalah mereka meninggal dunia atau bersara daripada politik atau tidak dicalonkan lagi.

Hakikatnya ahli-ahli parlimen dan dewan undangan negeri BN bukannya seperti katak-katak pembangkang yang suka melompat ke sana ke sini asalkan ada kolam yang enak untuk mereka berenang.

Dalam pas ada juga pemimpin yang seperti kera melompat dari satu dahan ke satu dahan yang lain seperti Mat Sabu.

Pad mulanya beliau memenangi kerusi parlimen Nilam Puri, Kelantan walaupun berasal dari Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

Dari Nilam Puri, Mat Sabu lari pula meninggalkan pengundinya di situ ke Kubang Kerian pada tahun 1999.

Kemudian beliau melompat pula ke kerusi Kuala Kedah dan menang tetapi seperti tupai yang pandai melompat akhirnya kecundang juga apabila bertukar angin ke kerusi Kuala Terengganu pada PRU ke 12.

Kini bekas wakil rakyat yang pernah ditangkap khalwat dengan isteri orang itu mahu balik ke Kedah atau bertanding di Selangor pula.

Semua pemimpin pembangkang sudah tahu kerusi yang mereka tandingi dahulu sudah tidak selamat dengan kebangkitan sokongan rakyat terhadap BN yang amat mengkagumkan.

Sebab itu mereka kini bercemperai lari lintang pukang mencari kawasan selamat untuk berlindung daripada taufan BN yang bakal meranapkan pembangkang.

Malah Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayob yang kini mewakili parlimen Kubang Kerian sudah siap sedia untuk berhijrah ke Johor pula.

Kesimpulannya pemimpin pembangkang seperti Anwar, Kit Siang, Mat sabu dan Salahuddin hanya pentingkan periuk nasi politik mereka sahaja dan tidak peduli samada nasib pengundi atau rakyat di kawasan yang mereka wakili terbela atau tidak.

Bagi pembangkang yang penting, survival politik perlu diutamakan dan kepentingan peribadi wajib didahulukan.
read more »

Tuesday, 19 March 2013


KETIKA Datuk Seri Najib Tun Razak menuju ke dewan jamuan di Sekolah Menengah Tanah Merah 1, Tanah Merah Kelantan pada Jumaat lalu selepas selesai memberikan ucapan dalam Majlis Bekwoh Bersama Perdana Menteri, secara kebetulan ribut dan hujan lebat melanda.

Kejadian itu diambil kesempatan oleh penyokong-penyokong pakatan pembangkang untuk menabur fitnah dengan menyatakan ia bala daripada Allah SWT.

Hakikatnya, apa yang berlaku hanyalah secara kebetulan kerana suasana cuaca yang sama melanda seluruh negara termasuk di negeri-negeri dikuasai pembangkang seperti Pulau Pinang, Kedah dan Selangor.

Tetapi itu bukanlah fakta yang mahu didengari oleh puak-puak pembangkang, bagi mereka kalau sesuatu perkara yang berlaku kepada Barisan Nasional (BN) dan UMNO itu bala Allah, kalau berlaku kepada puak-puak mereka itu ujian Allah.

Namun kita boleh faham kenapa penyokong pakatan pembangkang begitu marah dengan majlis yang mencatatkan jumlah kehadiran tertinggi dalam sejarah lawatan Perdana Menteri ke Kelantan tersebut.

Selain jumlah kehadiran mencecah 50,000 orang, Perdana Menteri ketika berucap pada majlis anjuran UMNO Bahagian Tanah Merah itu juga, menyenaraikan tujuh dosa besar pakatan pembangkang kepada seluruh rakyat Malaysia.

Berikut penulis senaraikan tujuh dosa besar yang dinyatakan oleh Najib dan hujah yang memungkinkan penyokong pembangkang terpaksa menabur fitnah bagi mengelakkan rakyat menyokong kenyataan Perdana Menteri.

n Dosa pertama yang dilakukan ialah para pemimpin pembangkang terutama Pas telah gagal mempertahankan kesucian agama Islam daripada dihina kerana sangat mengimpikan Putrajaya. Pas tidak mempertahankan kalimah Allah.

- Pas tidak boleh menafikan hakikat ini kerana cadangan supaya membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah datang daripada sekutu mereka, DAP.

Apa yang berlaku biar pun Majlis Syura Ulama Pas menolak cadangan itu tetapi kegopohan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menandatangani persetujuan dengan pakatan pembangkang telah menyebabkan parti itu tersepit. Sehingga ke hari ini tidak ada pendirian rasmi daripada Pas, keputusan mana yang dipatuhi sama ada yang dibuat oleh Majlis Syura Ulama atau Abdul Hadi.

Tindakan Pas itu boleh mendatangkan dosa kerana ia membuka laluan kepada perbuatan mencemarkan kalimah Allah seperti mana pernah dihujahkan oleh Timbalan Mursyidul Am, Datuk Haron Din.

n Dosa kedua, dakwaan pemberian tanah kepada pemimpin DAP.

- Isu ini tidak dijawab dengan jelas oleh kerajaan Pas Kelantan biar pun didesak oleh pelbagai pihak.

n Dosa ketiga ialah apabila hutan di Kedah dan di Gua Musang, Kelantan dibotakkan untuk diambil balaknya.

- Perbuatan yang dianggap memusnahkan alam sekitar bagi memberikan pendapatan kepada kerajaan di kedua-dua negeri itu bukanlah isu baru. Tetapi biar pun diasak supaya menghentikan pembalakan rakus tersebut, namun tiada tindakan tegas diambil oleh kerajaan Pas di Kelantan dan Kedah.

Tindakan ini dilarang oleh Islam kerana kerakusan memusnahkan bukit bukau akan mengakibatkan pasak bumi terancam dan sekali gus boleh mengundang bencana alam seperti banjir. Keadaan ini sudah dialami oleh penduduk-penduduk di kawasan-kawasan terlibat.

n Dosa keempat keceluparan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua dalam isu pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu.

- Walaupun perbuatan Tian Chua itu mengguris perasaan dan membangkitkan kemarahan seluruh rakyat Malaysia, namun tiada tindakan tegas diambil oleh PKR. Malahan DAP dan Pas juga tidak memberi tekanan supaya Naib Presiden PKR itu dikenakan tindakan.

Pas juga hanya mendiamkan diri apabila pemimpin-pemimpin PKR terus membuat kenyataan memperlekehkan kerajaan dalam menangani isu pencerobohan itu.

Apa yang kita saksikan, untuk meredakan kemarahan rakyat kepada pakatan pembangkang yang mempolitikkan isu itu, Pas dilihat bercelaru dalam pendiriannya apabila menubuhkan Tabung Perajurit Lahad Datu melalui Dewan Pemuda Pas tetapi dalam masa tidak mendesak sekutu mereka supaya melihat pencerobohan itu adalah soal kedaulatan dan keselamatan negara.

n Dosa kelima yang dilakukan pembangkang ialah tidak menunaikan janji mereka dalam manifesto pilihan raya umum 2008 di negeri-negeri yang telah ditadbir pakatan pembangkang.

- Ini bukan tuduhan tetapi satu fakta yang sama sekali tidak boleh dinafikan oleh pakatan pembangkang. Demi hendak meraih undi pada pilihan raya umum lalu, mereka telah menaburkan pelbagai janji bagi meraih undi tetapi apabila kuasa sudah dimiliki alasan yang diberikan, "itu bukan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri" dan alasan paling klasik, "manifesto bukan satu perjanjian".

Sebagai sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam sudah tentulah pemimpin Pas lebih faham apa hukumnya orang yang memungkiri janji dalam Islam.

n Dosa keenam, apabila Pas menipu rakyat dalam soal tahaluf siyasi serta kegagalan parti itu mengekalkan matlamatnya menubuhkan negara Islam.

- Pas tidak boleh menafikan fakta ini kerana parti itu sendiri sudah mengubah haluan perjuangannya daripada negara Islam kepada negara kebajikan.

Pas melakukan tindakan itu semata-mata kerana hendak memastikan matlamat menubuhkan negara Islam itu tidak menjadi halangan dalam kerjasama dalam pakatan pembangkang khususnya dengan DAP.

Ia memandangkan DAP menentang keras dan sentiasa konsisten sejak dulu lagi tidak menerima perjuangan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud oleh Pas.

n Dosa ketujuh yang digariskan oleh Perdana Menteri ialah mempermainkan matlamat kononnya negara Islam, lepas itu negara kebajikan, apabila dekat pilihan raya timbul pula hudud tetapi apabila terbit manifesto, hilang negara Islam hilang hudud.

- Ini satu lagi fakta yang tidak boleh dinafikan oleh Pas. Semua orang tahu bagaimana Pas bukanlah dominan dalam pakatan pembangkang. Pelaksanaan hukum hudud yang sering dimainkan oleh parti itu menjelang pilihan raya hanyalah semata-mata untuk meraih sokongan umat Islam dan memberi isyarat kononnya Pas tidak meninggalkan perjuangan Islam.

Tetapi dalam masa yang sama, umat Islam juga amat memahami betapa selagi Pas berada dalam pakatan pembangkang selagi itulah, perjuangan Islam oleh itu parti itu hanyalah sekadar modal menghadapi pilihan raya.

Berdasarkan apa yang disenaraikan adalah jelas tujuh dosa besar atau kesalahan pakatan pembangkang itu seperti mana dinyatakan oleh Perdana Menteri bukanlah satu fitnah atau tohmahan sebaliknya ia adalah fakta.

Pakatan pembangkang mungkin boleh berhujah apa sahaja, namun senario politik selepas pilihan raya umum 2008 jelas membuktikan bahawa pakatan pembangkang bak kata Perdana Menteri, "…Perlu dihukum dan tidak layak mentadbir negara ini selepas Pilihan Raya Umum Ke-13."


- Utusan
read more »

My Blog List

 
Powered by Blogger