Analisis PRU-13
PARTI Keadilan Rakyat (PKR) sebenarnya sudah boleh dianggap kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) ini di Negeri Sembilan.
Ini kerana, akar umbi sudah mula menolak calon apabila nama yang dicadangkan dicantas oleh pucuk pimpinan mereka dan lebih parah lagi apabila Pengerusi PKR negeri, Datuk Kamarul Baharin Abbas mengumumkan hari ini yang beliau akan mempertahankan semula kerusi Parlimen Telok Kemang.
Tidak cukup dengan itu, permintaan pimpinan Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri dan Cabang PKR Seremban, yang mahukan muka baharu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ampangan dan Sikamat tidak dipedulikan apabila Kamarul Baharin.
Lebih memburukkan lagi keadaan apabila Kamarul Baharin telah meletakkan dirinya sendiri bertanding di Ampangan.
Dalam hal ini, penyandang PKR di DUN Ampangan, Rashid Latiff langsung dipinggirkan daripada senarai terbaharu calon PKR negeri ini.
Manakala DUN Sikamat dikekalkan semula kepada penyandang lalu, Aminuddin Harun.
Jelaslah, AMK Telok Kemang akan bertindak memprotes kehadiran semula Kamarul Baharin di parlimen itu selepas menyaksikan pimpinan PKR terus mencantas cadangan mereka untuk menempatkan Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau chegubard di Telok Kemang.
Jelas motif kuasa dalam pemilihan calon yang dibuat kepimpinan PKR pusat serta pandangan Kamarul Baharin itu adalah cara mudah mereka memberi kemenangan awal kepada Barisan Nasional (BN) melalui penolakan akar umbi, penyokong dan yang bukan ahli parti.
Malah untuk mengumumkan calon PKR pada PRU-13 ini pun mereka semakin kalut dan petang ini sahaja, dua salinan surat jemputan media dikeluarkan oleh Setiausaha Kerja PKR negeri, masing-masing pada pukul 3 petang dan 4 petang ini.
Maka dalam hal ini, peluang BN untuk menang di kerusi yang ditanding PKR amat cerah apatah lagi penyandang PKR dahulu, tidak melaksanakan kerja untuk rakyat serta gagal menunaikan janji mereka.
Ini disahkan melalui satu kajian yang dibuat sendiri oleh Timbalan Ketua AMK Telok Kemang, M. Shamugam, apabila maklum balas rakyat terhadap kerja yang dilakukan Kamarul Baharin di parlimen tersebut membimbangkan.
Pendek kata, kelibat Kamarul Baharin yang jarang kelihatan di Telok Kemang, dan kini mahu beraksi pula di Ampangan satu petanda yang PKR kini diambang kejatuhan.
Berikutan pengumuman Kamarul Baharin itu, ia sekali gus menafikan kemahuan chegubard pada tahun 2008 ketika bertanding dalam PRU-12 di Parlimen Rembau, di mana menyebut, ke mana sahaja ada Khairy Jamaludin (BN), saya akan ikut."
Ini kerana, tempat chegubard itu diambil oleh Radzali A. Ghani yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kecil Guaman PKR negeri.
Biar apapun angka dan peratusan yang dikeluarkan pembangkang pada saat akhir ini berkaitan sokongan rakyat terhadap mereka, akar umbi sedang berkira-kira pula untuk menyatakan peratusan yang menolak calon PKR pada PRU-13 ini.
Dahulu bolehlah mereka berbangga dengan angka, tetapi hari ini tidak lagi kerana angka yang menolak mereka itu semakin ramai.
Percayalah selepas pengumuman calon PKR hari ini, mereka sedang berhadapan kehancuran di 13 kerusi DUN dan tiga kerusi Parlimen dalam PRU-13 ini dan ruang pertelagahan sesama mereka sedang berlaku sekarang.
Sumber © Utusan Melayu (M) Bhd
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
My Blog List
-
-
-
Perubahan apa Bang Non? - Bulan lepas China tutup lgbt centre yang terakhir di negara itu yang selama ini menjadi rumah selamat untuk geng pelangi..dan perkahwinan sesama jenis te...1 year ago
-
PH 22 BULAN BERKUASA PENIPU CAKAP TIADA LAGI LANTIKAN POLITIK JADI DUTA KHAS ?? - MAHU PERCAYA LAGI KE JANJI DAN CAKAP PARTI PAKATAN HANCING INI ? APA YANG MEREKA CAKAP MEREKA TAK BUAT ... MEREKA ATTACK ZAMAN BN LANTIK AHLI POLI...2 years ago
-
Sidang Media Terakhir Hamid Bador, Peperangan Antara Dr Mahathir Dengan Mahiaddin Atau Hamid Bador Dengan Hamzah Zainuddin? - Sidang media terakhir TS Hamid Bador sebagai Ketua Polis Negara berjaya mendapat perhatian seluruh negara. Mungkin bagi sesetengah pihak yang masih lagi ...3 years ago
-
CILI KASI TARUK! BLOG LAGI BAIK DARI FACEBOOK HARAMI - Lama aku tak update blog, rindu pulak rasanya, memang best platform BLOG, lagi best dari FACEBOOK milik Mark Zuckerberg yang kuat mengampu Donald Trump y...4 years ago
-
BILA PEROMPAK MENGADU DIA DIROMPAK!!! - Bunyi macam tak masuk akal. Tapi hakikatnya, itulah yang sedang berlaku di Sabah pada ketika ini. Shafiee dakwa Musa Aman sedang merampas hak rakyat Saba...4 years ago
-
#PAU2019 : TEKS UCAPAN NURUL AMAL, NAIB KETUA PUTERI UMNO MALAYSIA - TEKS UCAPAN SAUDARI NURUL AMAL BINTI DATO’ MOHAMAD FAUZI, NAIB KETUA PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA SEMPENA SESI PENANGGUHAN PERHIMPUNAN AGUNG PERGERAK...4 years ago
-
Pukul K.O. Untuk Bank Negara Malaysia, Bank Tempatan - Tan Sri Prof Dr (Munsyi) Muslim Yacob - Pukul K.O. Untuk Bank Negara Malaysia, Bank Tempatan - Presiden Mahkamah Timbang Tara (MATE), Tan Sri Prof Dr (Munsyi) Muslim Yacob5 years ago
-
#JUARA4JDT : Pertahan 'SUMBANGSIH' Jgn Lupa, Jgn Gila.. Ok!!! - *AYOOHHH!!! JOHOR.* *Gemakan Stadium Kitaaaa!!!* Pada malam ini, *'Juara 5 Kali Berturut-Turut'* iaitu tentunya sekali pasukan kebanggan kita... Team JDT...5 years ago
-
10 Air Terjun Terindah Di Dunia Yang Harus Kalian Datangi! - Tuhan menciptakan dunia bersama dengan segala keindahannya. Ada gunung, danau, sungai, dan air terjun. Ada begitu banyak air terjun yang tersedia di dunia....6 years ago
-
#DosaDosaMahathir - Siri 5 - Siapa Yang Terus Kaya? #SinsOfMahathir - Bagaimana dengan Mahathir? masih menikmati saat indah melihat anaknya Tersenarai sebagai ke 28 terkaya di Malaysia. Mukhriz Mahathir pemilik Opcom Holding...6 years ago
-
HOT! Akhirnya Pendedak KANTOI DITANGKAP Dalam Cubaan Merasuah ahli PPBM! - Menerima pakai Sidang Media yg dilakukan oleh Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir dan Tuan Hanif Khatri selaku Peguam PPBM, kini kita boleh sahkan 100% SPR...6 years ago
-
KISAH ADUN DAP KOMUNIS YANG BOLO!!! - Sekali lagi dan untuk sekian kalinya, DAP Melaka memalukan diri sendiri. ADUN DAP Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong secara melulu dan jelas berniat jahat melemp...7 years ago
-
TU DIAAA !! RM32 BILLION SAH HILANG DI BAWAH HIDUNG #TUNMAHATHIR ??? - 7 April 2015,Mahathir mengakui berlaku kehilangan wang negara ketika beliau menjawat jawatan perdana menteri, namun menegaskan rakyat dan dunia tahu baga...7 years ago
-
PENGISLAHAN RADIKALISME DAN EKSTREMISME - *Bahagian A: Pengenalan* 1. Saya bercakap hari ini bukan sahaja sebagai seorang Muslim sejati, tetapi juga sebagai rakyat Malaysia dan mewakili umat Isl...8 years ago
-
PELACUR UMUM BERTANDING CALON PILIHAN RAYA - Seorang pekerja seks di Peru, Angela Villion Bustamante bertanding dalam pilihan raya umum negara itu pada tahun ini. Pekerja seks selama 30 tahun itu me...8 years ago
-
Malaysia Luncurkan Buku Kamus Bahasa Minang - REPUBLIKA.CO.ID, PADANG PANJANG -- Penasehat Sosio Budaya Kerajaan Malaysia Tan Sri Dato Seri Utama Dr.Rais Yatim luncurkan Buku Kamus Bahasa Minangkabau...9 years ago
-
-
Kecoh..? Datuk Ismail Kijo Dapat Surat Akuan Bersumpah Sebagai Hadiah Perkahwinan...? - *Terlebih dahulu nak wish la Selamat Pengantin Baru buat Ketua Umno Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo.....* *Cayalah Datuk, bini baru muda giler tuu. Mem...9 years ago
-
JANGAN KENA TIPU LAH DGN PROPA DAP. - http://thekl-chronicle.blogspot.com/2015/01/dapmalaysia-cuba-menipu-rakyat.html?m=19 years ago
-
MEMANG DASAR PEMBELIT! BUSUNG YANG DISIMPAN SI KETUM! - Salam Perjuangan Kalau dah munafik macam tu lah. Nak dakwa Tun Daim konon! Memang dasar pembelit! Baca seterusnya di http://tomyampoktek.blogspot.com/2...9 years ago
-
HARAPAN DAP HURU-HARA KAN ORANG MELAYU BERHASIL..!!! - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang hari ini membuat 25 laporan polis berhubung kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan Eng bahawa oran...9 years ago
-
Senarai Anggota Kabinet Malaysia 2013 - Berikut senarai penuh barisan Kabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya pada 15 Mei 2013 *PERDANA MENTERI * Da...11 years ago
-
WANG EHSAN RM100 : MASIH BELUM ADA PENJELASAN - Selain daripada bangsat Ng Wei Aik, Amir Ghazali dari PKR dan Yusni Mat Piah dari PAS telah membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Mala...14 years ago
-
-
-
-
-
-
0 comments:
Post a Comment