Thursday 18 April 2013

PAS mempergunakan Islam demi politik kotor!


Alim Ulama Tolak PAS Yang Jelas Terpesong Islamnya



Selama ini PAS Berjaya menipu rakyat kononnya parti mereka merupakan parti berkonsepkan Islam berdasarkan kepada nama parti tersebut. Selain daripada itu penampilan pemimpin PAS yang kononnya warak dan zuhud juga menyumbang kepada kejayaan penipuan mereka.
Bangkai gajah tidak mungkin dapat ditutup selama-lamanya. Segala tipu daya PAS telah terbongkar satu persatu akibat dari kerakusan kuasa dan ketamakkan pangkat. Nik Aziz yang berumur lebih dari lapan puluh masih lagi bernafsu mengejar pangkat dan kuasa.

Selama ini PAS berbangga kerana mendapat sokongan kuat dari golongan alim ulama sama ada dari kalangan tok guru pondok, para pendakwah, cendekiawan agama dan mereka yang mempunyai latar belakang pengajian agama, kali ini segalanya berubah.

Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pastinya akan menjadi sejarah kerana buat pertama kalinya dalam sejarah PAS akan menyertai PRU tanpa mendapat sokongan kuat dan mantap dari golongan alim ulama.

Golongan alim ulama dan cerdik pandai sudah celik mata. Mereka sedar bahawa PAS sekadar mempergunakan Islam demi politik kotor. Tok guru dan anak muridnya yang pro PAS semakin berkurangan, sedangkan di masa yang sama mereka yang pro UMNO terus berkembang.

Jika dulu para ulama pondok, para ustaz ustazah dan lain-lain cendekiawan Islam sukar sekali untuk dilihat turut sama memeriahkan majlis dan program anjuran UMNO, kini sebahagian besar golongan alim ulama ini pula yang sering membantu UMNO demi menumbangkan PAS di Kelantan.

Kebangkitan golongan alim ulama dan pendakwah Kelantan yang sepakat untuk bangun memprotes PAS dan semakin menjauhi parti berlabel Islam itu menyebabkan PAS hilang tonggak kekuatannya dan impak perubahan yang berlaku itu memang jelas kelihatan di mana-mana hatta di Pengkalan Chepa dan Kubang Kerian yang dulunya terkenal sebagai kubu kuat PAS kini kelihatan seperti kubur untuk PAS.

Golongan yang berpengaruh ini sepakat bersatu menggembleng tenaga masing-masing membantu UMNO melalui tiga NGO utama iaitu Gabungan Sekolah Pondok Kelantan (Minda Pondok), Ustaz Muda Membela Agama & Tanah Air (UMMATI) serta Ikatan cendekiawan Islam Kelantan (ICIK).

Tiga NGO utama ini pula di bantu oleh sekumpulan bekas pemimpin dan penyokong tegar PAS yang bernaung di bawah Selamat Tinggal PAS (STP). Keseluruhan keahlian dalam keempat-empat NGO ini mencecah angka 10,000 orang.

Pada PRU 11 dan PRU 12 yang lalu sebahagian besar daripada mereka ini pernah berkempen dan menggerakkan sokongan dan undi untuk PAS. Kini atas beberapa faktor demi kepentingan agama, bangsa, negeri dan negara, mereka nekad menjauhi PAS sebaliknya kian mesra dan rapat bersama UMNO dan BN.

Selain empat NGO tersebut, terdapat beberapa NGO lain yang mewakili golongan muda mudi Kelantan seperti Gerakan Tukar Kerajaan PAS Kelantan Demi Rakyat (TUKAR) dan Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK) serta PERKASA yang turut memainkan peranannya.

Kempen penerangan dan aktiviti UMNO telah mendapat sambutan hangat rakyat Kelantan. Hadirin yang datang tidak lagi terhad dari kalangan ahli dan penyokong UMNO, sebaliknya turut melibatkan ramai ahli dan penyokong PAS serta golongan non-partisan.

Alim Ulama dan cerdik pandai tidak lagi menyokong PAS ekoran kegagalan PAS dalam menangani isu-isu agama dan permasalahan tempatan serta kekecewaan khalayak terhadap kelemahan urus tadbir pemimpin PAS, selain taring parti itu sendiri yang dilihat kian tumpul bila berdepan dengan terjahan DAP & PKR.

Pelbagai transformasi dan kesungguhan Kerajaan Pusat berterusan membantu rakyat Kelantan turut menyumbang mempercepatkan lagi perubahan positif ini.

Kombinasi semua penggerak utama di atas berjaya membuka lembaran baru dalam sejarah kebangkitan rakyat Kelantan dan ia menjadi titik tolak ke penting arah merealisasikan Gelombang Merah Kelantan Berubah.

Nik Aziz terpaksa menerima hakikat bahawa Kelantan bukan lagi kubu PAS tetapi kini adalah lubang kubur yang besar untuk persemadian pemimpin-pemimpin PAS.

SUMBER - http://www.selangordaily.com

1 comments:

  1. Assalam tuan, mohon jasa baik link kan blog saya di blog tuan. Blog tuan telah saya link kan ke blog saya. bersama kita pastikan BN kekal mentadbir N9 demi anak cucu kita. t.kasih

    http://orangsendayan.blogspot.com/

    ReplyDelete

My Blog List

 
Powered by Blogger