Friday 5 April 2013

Hospital Rembau bukan sepertimana dakwaan pembangkang.





Dakwaan pembangkang kononnya banyak projek pembangunan di negeri ini terbengkalai dan ‘hilang’ seperti Hospital Rembau tidak berasaskan fakta sebaliknya hanya fitnah semata-mata.

Kata Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri, Datuk Ir. Dr. Roslan Md. Taha berkata, tender projek pembinaan hospital itu sudah dikeluarkan dengan tarikh tutupnya pada 18 April ini.

“Tidak timbul dakwaan projek ini ‘hilang’, malah pembinaan fizikal hospital itu juga akan bermula dalam tempoh tiga tahun selepas proses penutupan tender projek berkenaan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam

Beliau mengulas dakwaan Ketua Penerangan Pas negeri, Nor Azman Mohamad seperti dipetik akhbar pembangkang 2 April lalu yang turut menyentuh mengenai projek pembangunan di negeri ini kononnya terbengkalai dan ‘hilang’ seperti projek Hospital Rembau.

Menurut Roslan, hospital yang bakal dibina di atas tanah seluas 19.4 hektar itu dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) dan dijangka siap dalam tempoh tiga tahun.
























 


Sumber © Utusan Melayu (M) Bhd

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Janji kerajaan pada PRU12, baru sekarang buka tender?? wkwkwkwkwk.. Dah lepas PRU13, macam kura-kura..

    ReplyDelete

My Blog List

 
Powered by Blogger