Kenyataan itu merujuk hasrat mana-mana rakyat dalam mana-mana negara untuk mendapatkan pimpinan yang dapat melaksanakan prinsip keadlian, ketelusan serta menghormati hak asasi rakyat.
Barangkali kerana kebebasan itu juga persekutuan berkenaan mengeluarkan pandangan Bishop utama padahal saranan itu tidak dikemukakan oleh penganut atau kesatuan agama lain.
Namun, mustahil persekutuan tersebut sengaja mengeluarkan pandangan tersebut tanpa ada agenda tertentu ketika pilihanraya umum (PRU) ke 13 sudah hampir diambang pintu.
Persoalan ini timbul kerana prinsip akhir disarankan pihak terbabit merujuk kebebasan agama merangkumi kebebasan untuk menganut, mengamal dan menyebar agama tanpa sebarang pembatasan yang tidak wajar dari undang-undang, penegahan atau larangan.
Prinsip ke lapan inilah amat tidak disenangi Presiden Jati, Datuk Dr Hasan Ali yang menganggap ianya tuntutan keterlaluan dan diluar lingkungan perlembagaan yang sudah dipersetujui bersama sebelum Merdeka.
Beliau melihat tuntutan itu bukan sahaja bertentangan semangat perlembagaan malah akan merungkai asas-asas kehidupan 28 juta rakyat Malaysia yang semuanya inginkan keamanan.
Katanya dalam sidang media di Kelab Sultan Sulaiman di ibu negara, Sabtu, tuntutan itu akan membuka ruang tuntutan tidak munasabah dan akhirnya akan menghasilkan kekacauan, huru hara dan ketidakstabilan.
Melihat perkara itu dibuat membabitkan kuasa memilih dalam PRU 13, bekas pemimpin PAS dan ExcO Kerajaan Selangor itu melontar persoalan, “ Adakah Persekutuan Kristian Malaysia menganggap bahawa kerajaan sekarang tidak mampu memenuhi tuntutan mereka,” atau “Adakah yang dimaksudkan bahawa Pakatan Rakyat lebih bersedia untuk melaksanakan tuntutan yang diutarakan persekutuan itu?.”.
Sehubungan itu, beliau yang juga Adun Bebas Gombak Setia menuntut Persekutuan itu memberi penjelasan dan juga mahu tahu sama ada pembangkang bersetuju dengan perkara tersebut.
“Sekiranya itu dipersetujui Pakatan Rakyat, saya ingin mengajukan soalan, adakah PAS juga bersetuju untuk melaksanakan tuntutan tersebut kerana parti itu dalam komponen PR,” tegasnya.
Menjawab soalan, Dr Hasan berkata, adAlah tidak bagus pihak itu menimbulkan perkara itu kerana ianya menyentuh Perlembagaan Persekutuan dan Enakmen Agama Negeri-Negeri. “Jia dua perkara ini dipinda untuk memenuhi prinsip yang dituntut itu, ianya akan menimbulkan persoalan besar. Sepatutnya, beri orang Islam kemudahan seperti diiktiraf perlembagaan,” katanya.
Beliau bertegas menuntut PAS menyatakan pendirian parti itu berhubung perkara tersebut kerana rakyat ingin tahu sama ada parti yang berasaskan Islam itu benar-benar memenuhi matlamatnya.
Sumber: Agenda Daily
0 comments:
Post a Comment