Pas tidak wajar meneruskan kerjasama dengan DAP memandangkan sikap DAP yang dilihat tidak mesra Islam.
DAP jelas konsisten dari dulu lebih ‘istiqamah’ dari Pas. Dari dulu lagi kita lihat DAP lantang menentang pelaksanaan undang-undang Islam di negara ini.
Yang hairannya kenapa Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan yang kata DAP sudah boleh menerima hudud sedangkan tidak pun sepertimana kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mengatakan DAP tetap menentang pelaksanaan hukum hudud di negara ini biarpun mengakui Islam agama rasmi negara mengikut perlembagaan.
Pada masa yang sama, Pas masih lagi hendak bersekongkol dengan DAP dan masih berada dalam PR. Apa cerita?
Umat Islam negara ini seharusnya sensetif dan melihat keadaan tegang itu sekali gus akan menggugat kedudukan agama sekiranya sokongan diberikan kepada Pas.
Kalaulah ada pun mana-mana pemimpin DAP dilihat seakan-akan bersetuju dengan Pas berhubung hukum hudud, usahlah dipercayai. Itu hanya sandiwara DAP semata-mata.

0 comments:
Post a Comment