Monday 30 July 2012

Tak Perlu Tunggu PM Tentukan - Khairy

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata,Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin tidak perlu menunggu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menentukan jawatan beliau dalam kerajaan.

Menurut Khairy, perlu berani melepaskan jawatan sebagai Timbalan Menteri yang disandang itu tanpa menunggu keputusan Perdana Menteri.

"Apabila sudah letak jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi dan Ketua UMNO Bahagian Beaufort, maka sudah pasti beliau tidak yakin dengan parti.

"Saya rasa kalau betul berani, sudah jelas dan terang mengenai pendapat dan pendirian beliau, maka beliau harus lepaskan jawatan dalam kerajaan dan keluar daripada parti," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan pada sesi dialog Persidangan Pelajar India 1Malaysia di Universiti LimKokWing di sini.

Laporan sebelum ini menyatakan, Lajim melepaskan semua jawatan politiknya sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Beaufort dan juga Ketua UMNO Bahagian Beaufort.

Bagaimanapun Lajim berkata, beliau masih belum membuat keputusan untuk keluar daripada Umno atau melepaskan jawatan Timbalan Menteri.

Tambah Khairy, keputusan Lajim (letak jawatan) tidak akan memberi kesan kepada pengaruh BN di Sabah.

"Saya percaya ia tidak akan beri kesan, kerana saya sudah pergi ke Sabah dan berbincang dengan rakan-rakan Pemuda, Umno dan BN bahawa kita akan tetap kuat.

"Kita tidak akan tenggelam kerana seorang pemimpin seperti yang berlaku pada 1998 di mana pada ketika itu Timbalan Presiden Umno disingkirkan daripada parti, tapi kita masih boleh menang, apatah lagi bila melibatkan seorang Timbalan Menteri," katanya.

Sumber : KLPos

0 comments:

Post a Comment

My Blog List

 
Powered by Blogger