Friday 31 August 2012

Siapa agaknya yang ajar mereka buat begini.Ini adalah antara gelagat budak-budak Bersih yang berhimpun sekitar Dataran Merdeka Khamis malam menyertai himpunan ‘Janji Demokrasi’.

Mereka fikir boleh buat apa saja sesuka hati hingga bulan dan bintang pada bendera negara, Jalur Gemilang ditukar ke warna kuning dan dikibarkan di celah himpunan itu.

Tak cukup itu warna bendera ditukar ke merah putih…macam bendera Republik Singapura dan Indonesia

Apakah ini bendera Republik Bersih Malaysia atau bendera negara jika pembangkang berkuasa?

Apakah mereka merancang hendak jadikan negara ini sebuah republik?

Juga tersebar risalah mengenai pertukaran bendera negara.

Mungkin pihak penganjur gabungan 47 NGO yang pro-Bersih boleh tolong jawab tentang perbuatan yang over dan biadap ini.

Ramai orang biasa di situ yang melihat gelagat ini terkial-kial budak-budak ini kedengaran mencemuhnya.


Geng gabungan 47 NGO itu yang membawa ungkapan sama seperti Bersih menuntut pilihanraya adil kemudiannya disertai oleh puak Selamatkan Jalan Sultan yang mula berhimpun di Jalan Hang Jebat dekat Stadium Negara jam 8 malam.

Puak yang menuntut kerajaan menghentikan pengambilan tanah untuk projek MRT kemudiannya berarak ke jalan dekat stesen lama bas Klang.Mereka bersurai jam 9.30 malam untuk ke Dataran Merdeka.

Polis hanya berkawal memastikan lalulintas berjalan lancar dan tidak mengambil sekarang tindakan terhadap mereka yang berhimpun di kedua tempat.

Kawasan padang Dataran Merdeka telah ditutup kepada orang ramai kerana persiapan perbarisan Hari Merdeka pagi Jumaat.

Pada sebelah petangnya polis telah menyatakan perhimpuan Janji Demokrasi adalah haram kerana penganjur tidak memberi notis 10 hari seperti yang ditetapkan oleh Akta Perhimpunan Aman.

Namun penganjur berdegil hendak teruskan juga himpunan itu.

Kini ramai ternanti-nanti apa pula alasan hendak digunakan oleh puak Bersih ini untuk balon polis yang ‘berlembut’ terhadap himpunan haram mereka.

Puak ini diketahui umum cuba berselindung disebalik kehadiran orangramai yang kebiasaanya berpusu-pusu ke Dataran Merdeka untuk meraikan countdown ambang Merdeka.

Pihak penganjur cuba ‘ coverline’ menyalahkan pihak berkuasa sekat mereka turut meraikan ambang Merdeka sedang kehadiran mereka adalah satu perhimpunan yang terancang.

Kecuali Timbalan Presiden PAS ,Mat Sabu,orang kanan PKR Tian Chua dan Fuziah Salleh tiada pembesar pembangkang lain yang hadir di himpunan itu.

Seperti mereka rancang,Datuk A Samad Said telah mendeklamasi sajak di depan bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mengadap ke Dataran Merdeka.

Himpunan itu mula bersurai sekitar jam 12.30 malam.

Tiada insiden tidak diingini berlaku. (Agendadaily.com)




read more »

Thursday 30 August 2012


Rancangan rahsia puak pembangkang untuk kelirukan rakyat dengan cara tektik kempen menipu digunakan untuk merampas kerajaan, terbongkar setelah rakaman suara taklimat rahsianya tersebar. Siap buat penerangan untuk menyerang dengan gaya cara ceramah menggunakan kaedah perkataan "Rasuah & Rompak" untuk mengaitkan individu tertentu.


Taklimat strategi rahsia PKR untuk kucar kacirkan negara semasa Kongres Nasional PKR 2011 di Johor. Taklimat disampaikan oleh YB. Sim Tze Tzin, ADUN Pantai Jerjak.
read more »

Wednesday 29 August 2012


Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mempersoalkan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad ( Tun M ) yang mengenali syaitan berbanding malaikat. Katanya, umat Islam diperkenalkan kedua-duanya sekali, iaitu syaitan dan malaikat.

Beliau menyifatkan kenyataan Tun M itu sebagai bahaya sambil mengingatkan umat Islam supaya mengenali kedua-duanya agar tidak terpesong dengan bisikan syaitan.

" Kenyataan sedemikian memang bahaya,” ujarnya ketika diminta mengulas kenyataan Tun M yang mendakwa baik menyokong syaitan yang dikenali daripada malaikat yang tidak dikenali dua hari lalu.

"Syaitan ni, punyalah pandai belitnya dia, sampaikan Nabi Adam yang dah duduk dalam syurgapun terpaksa dihalau keluar kerana kejayaan godaan syaitan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis meraikan pelajar Yayasan Islam Kelantan yang bakal melanjutkan pengajian masing-masing ke Timur Tengah dan Majlis Aidilfitri di Markaz Ulama PAS (Madu), dekat sini tengah hari tadi.

Wahhh! Kenapa? Dulu jahil agaknya Pok Nik ye... Sekarang nak tunjuk bijak pulak ke?? Banyak pandai becakap pulak dah ni... WN9 masih ingat lagi kenyataan yang pernah di buatnya dulu. Apa kisahnya pulak? Ni, saksikan video dibawah:


“Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahlah DAP, Syaitan pun saya boleh terima,” – YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat, Mursyidul Am PAS dan Menteri Besar Kelantan, 23 Januari 1999.

Nah...Bukan hanya nak mengenali syaitan, malah pertolongan syaitan sanggup nak diterima. Semata-mata nak tunjuk angkuh sombongnya untuk menolak UMNO... Orang tua nyanyuk ni sampai sanggup nak berkerjasama dengan syaitan. Kononnya syaitan ni lebih mulia dan baik daripada orang Islam yang menjadi ahli UMNO... Apa cerita?
Kembali kepada kenyataan Tun M tempohari, mengatakan ‘banyak yang akan musnah jika PR memerintah’ dan ‘lebih baik syaitan yang kita kenal dari bidadari yang kita tidak kenal’. dalam bahasa Inggeris.

Moh kita perdengarkan semula kenyataan beliau pada video ini...


Namun perkataan 'Angel' yang di maksudkan Tun M tidak dapat di pastikan kerana Angel dalam bahasa Malaysia ianya merujuk kepada Bidadari atau pun Malaikat.

Yang sebenarnya kenyataan Tun M tu merupakan kiasan semata-mata, tetapi ianya telah di putar belit oleh sesetengah pihak terutama puak pembangkang yang sentiasa tidak melepaskan peluang untuk memperburukan Tun M.

Apa pun yang WN9 dapat faham antara maksud kiasan yang di buat Tun Dr Mahathir adalah , "Lebih baik UMNO yang di tuduh Pakatan Haram sebagai zalim seperti syaitan, tetapi banyak membantu rakyat... Dari Pakatan Haram yang mengakui mereka lebih baik macam bidadari tetapi tidak langsung dapat membuktikan kebaikan mereka itu" . 

Jadi, tak usahlah Pok Nik nak sebar sana sini yang kenyataan tersebut telah menunjukkan Tun M tu terpesong... Ingat lah kembali dengan apa yang pernah di katakan Pok Nik terhadap UMNO sebelum ini!

Apa yang berlaku sekarang ni pun... PAS dah berkerjasama pun dengan DAP. Banyak dah ke pertolongan DAP terhadap PAS? Amacam, tak terasa makan diri ke??? Huhhh!!! Sendiri mau ingat laaa ye!










read more »

Friday 24 August 2012


Peringatan seorang Negarawan bertaraf dunia, Tun Dr. Mahathir mengenai Pakatan Rakyat (PR) wajar diberi perhatian serius. Kata beliau, ‘banyak yang akan musnah jika PR memerintah’ dan ‘lebih baik syaitan yang kita kenal dari bidadari yang kita tidak kenal’.

Walaupun mungkin ada yang memusuhi Tun Dr. Mahathir tetapi tidak seorang pun dari musuh-musuhnya yang dapat menafikan jasa-jasa dan kejayaan beliau melonjakkan negara serta kehidupan rakyat dengan begitu pantas, bergaya serta cemerlang sekali. Oleh itu, peringatan yang beliau berikan di atas tidak wajar dipandang sinis kerana ia bukannya peringatan kosong, tetapi berdasarkan pengalaman, pengetahuan dan pengalaman beliau dalam mengurus-tadbir negara selama 22 tahun.

Beliau pastinya cukup arif mengenai ‘aspirasi’ pemimpin tertinggi PR, Anwar Ibrahim setelah terlibat secara langsung mengekang percubaan Anwar membankrapkan negara pada tahun 1997/98 dengan menurut saranan IMF. Ini menjadikan Tun Dr. Mahathir sebagai penyelamat negara dan rakyat sekali gus musuh utama barat.

Hari ini, PR menjanjikan negara kebajikan dengan pendidikan percuma untuk semua, tiada tol, menurunkan harga minyak, pendapatan minimum sehingga RM4000 setiap rumah, menghapuskan cukai dan berbagai-bagai janji manis lagi.

Namun, realitinya bagi memberikan sesuatu secara percuma, kerajaan perlu terlebih dahulu mempunyai dana. Dan jika kos tertentu terhadap rakyat turut dihapuskan, maka bagaimana kerajaan akan dapat mengumpul dana tersebut agar dapat memberikan sesuatu yang lain secara percuma kepada rakyat?

Tidak mustahil bahawa PR berniat untuk mengambil pinjaman atau berhutang dari luar, yang mana gagal dilakukan oleh Anwar ketika krisis kewangan 1997/98 dahulu bagi menunaikan segala janji-janji manis tersebut. Jika ini dilakukan, maka negara akan terbeban dengan hutang yang semakin bertambah saban tahun kerana tidak mempunyai dana dan pendapatan yang cukup untuk membayarnya akibat penghapusan tol, cukai, kos pendidikan dan lain-lain, di samping meningkatkan subsidi kepada rakyat.

Keadaan ini pasti lama kelamaan akan mencetuskan kemarahan rakyat, seterusnya ketidakstabilan dalam negera.

Kita sedia maklum bahawa meletakkan negara di dalam keadaan lemah dari segi ekonomi adalah langkah pertama untuk membantu rakan-rakannya neo-con Anwar untuk menakluk negara ini. Apabila sudah ditakluk, maka lebih mudahlah undang-undang yang berlandaskan pemikiran liberal dan plural dipaksa ke atas negara Islam ini. Inilah agenda halus yang tersembunyi di sebalik segala janji manis PR.

Walaupun PR kelihatan bagai bidadari yang membawa janji-janji manis dari syurga tetapi hakikatnya, apa yang dijanjikan tidak menepati realiti dunia.

Sebaliknya, BN mungkin tidak kelihatan seperti bidadari dan mungkin dianggap kejam kerana mengenakan cukai, tol dan kos pendidikan tetapi BN berpijak di bumi yang nyata.

Realitinya, di bumi ini, sesebuah kerajaan perlu mengenakan kos tertentu terhadap rakyat untuk menjana ekonomi negara serta membantu rakyat secara meluas dan dalam jangka masa yang panjang. Wang tidak turun dari langit dan tidak bertambah dengan sendirinya. Jika kita berhutang dengan negara luar, ia perlu dibayar atau kita akan tersepit sehingga akhirnya hancur berkecai. Inflasi dan trend peningkatan harga pasaran dunia menjadikan perkataan ‘percuma’ adalah sesuatu yang mustahil dan bakal memakan diri sendiri.

Justeru, sepertimana pesan Tun Dr. Mahathir, usahlah kita percaya pada manusia yang menyamar sebagai bidadari yang turun dari syurga kerana kita bukannya berada di syurga, tetapi di dunia yang nyata. Maka, berpijaklah di bumi nyata, dan berfikirlah dengan sebaik-baiknya sebelum menyerahkan nasib kita kepada PR. Apa yang PR janjikan walaupun kelihatan seperti syurga tetapi realitinya ia bakal membawa kita ke neraka.
read more »

Friday 17 August 2012

Sudah hampir sebulan umat Islam berpuasa berlapar dahaga bagi memenuhi tuntutan Rukun Islam yang ketiga itu, kini hanya tinggal beberapa hari lagi menjelangnya 1 Syawal yang sudah tidak sabar kita semua nantikan.

Sebagaimana biasa tiap kali menjelang hariraya Aidilfitri, ramai anak Kelantan di perantauan akan bersesak-sesak pulang ke kampung halaman masing-masing dengan wajah ceria kerana berpeluang bertemu sanak saudara.

Barangkali bagi anak Kelantan yang mencari rezeki di negeri orang, ada sesetengahnya yang masih menyokong PAS belum pun menyedari bahawa inilah Aidilfitri terakhir yang dapat mereka sambut tatkala Kelantan masih lagi dikuasai PAS.

Selepas Aidilfitri 2012 ini, detik baru untuk rakyat Kelantan akan kembali bersinar sebaik sahaja visel ditiupkan menandakan bermulanya PRU 13.

Alang-alang sudah banyak kesedaran timbul di kalangan rakyatnya diikuti penghijrahan sokongan pengundi atas pagar yang semakin mendekati UMNO, disamping dukungan kuat ramai pemimpin PAS yang mahu
berganding bahu membina Kelantan Baru, tidak syak lagi Aidilfitri ini amat bermakna sekali.

Lebih kurang 22 tahun Kelantan dibayangi kelemahan urus tadbir negeri gara-gara sikap tidak cakna Menteri Besarnya yang lebih banyakn bercakap berbanding kerja buat, kini tibalah masanya untuk melakukan
perubahan total.

Mengikut beberapa kajian, analisis dan simulasi terkini berkaitan kecenderongan para pengundi di Kelantan, kesemuanya positif meletakkan BN khususnya UMNO berada di posisi yang selesa untuk menang di 25
hingga 29 kerusi DUN.

Jumlah kerusi itu termasuk semua 7 DUN yang sedang berada dalam genggaman sekarang yang mana turut berpeluang menambah undi sokongan dan majoriti kemenangan.

Sebelum ini, kedudukan BN cuma selesa di 23 kerusi sahaja bagaimanapun beberapa perkembangan menarik akhir-akhir ini di negeri Serambi Mekah ini nampaknya telah meningkatkan lagi peluang untuk BN dalam PRU kelak.

Beberapa isu yang dekat di hati rakyat ternampak jelas semakin mengharu-birukan kepala pemimpin PAS negeri umpamanya membabitkan isu bekalan air bersih yang kerap terputus-putus di banyak kawasan
termasuklah kejadian yang terbaru di KB Mall seminggu dua lepas.

Penyertaan beberapa NGO yang aktif memperjuangkan penyelesaian isu air bukan sahaja berjaya menambah kesedaran di kalangan ramai rakyat negeri ini malah kesannya kian ramai yang mula berani mempertikaikan kelemahan urus tadbir kerajaan Nik Aziz yang agak tidak efisien.

Isu royalti minyak yang sebelum ini dianggap senjata penting PAS pula semakin tumpul sebaliknya mencengkam pula leher PAS hinggakan menimbulkan desakan dalaman menuntut pemimpin kanan PAS, Husam Musa supaya lebih banyak diam untuk mengelakkan PAS teruk dihentam atas
kebodohan sendiri.

Manakala isu ladang rakyat yang hingga kini masih menghantui pendudk di Selatan Kelantan pula bukan sahaja bakal menyebabkan gelombang kebangkitan rakyat menolak PAS dan Nik Aziz semakin kuat mengasak, malah tidak mustahil kekuatannya bakal melampaui rekod yang pernah dicatatkan semasa PRU 11 tahun 2004 yang menyaksikan PAS hampir mati kelemasan di negeri tersebut.

Sementelah lagi ditambah dengan bonus keaktifan bekas Naib Presiden PAS, Dr Hasan Ali yang kerap berkunjung ke negeri Cik Siti Wan Kembang melalui roadshownya yang sentiasa menarik perhatian ramai penduduk negeri itu, kesannya kini sudahpun cukup menyebabkan ramai pemimpin PAS terpaksa mula mengira hari-hari akhir sambil mencongak wang pencen persaraan.

Gabungan semua isu tersebut ditambah dengan kajian data, analisis serta peranan beberapa faktor lain yang diketahui seringkali menentukan turun naik undi sesebuah parti di Kelantan, maka tidaklah keterlaluan untuk kita nasihatkan para penyokong PAS di perantauan yang masih menyokong PAS supaya raikanlah Aidilfitri ini dengan hati yang tenang dan tidaklah terlalu gundah gelana dalam jiwa.

Cukuplah 22 tahun PAS bermaharajalela menjahanamkan masa depan negeri ini seakan sengaja disia-siakan begitu sahaja dek kerana terlampau kemaruk mengejar komisyen balak dan laba untung hasil usaha alibaba
gadai tanah negeri tapi hasilnya pula mengalir pada Cina DAP dan Cina Singapura.

Tak usahlah dicemari Aidilfitri ini dengan sendu tangis mengenangkan bakal perginya tak kembali sebuah parti yang selama lebih dua dekad diberi peluang mentadbir Kelantan ini, hanya air liur dan janji manis
sahaja yang mampu ditaburi.
read more »

Tuesday 14 August 2012

Pimpinan PAS diarah tutup mulut daripada memberikan sebarang komen berhubung isu hukum hudud kata Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Mazlan Aliman.

Katanya perkara itu diputuskan dalam mesyuarat bulanan PAS Pusat yang diadakan di ibu negara semalam. Turut diputuskan hanya Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang boleh menjawab isu hudud tersebut.



Kita sudah buat keputusan di peringkat parti, hari ini kita sudah putuskan, isu-isu berkaitan hudud, akan dijawab oleh Datuk Seri Presiden. Presiden yang akan jawab,” katanya dalam temubual khas bersama Antarapos.

Pengerusi kebangsaan DAP Karpal Singh seperti dilaporkan Malaysiakini berkata pimpinan PAS sewajarnya tidak membangkitkan isu hudud yang didakwanya bercanggah dengan undang-undang dan perlembagaan persekutuan.

Karpal berkata beliau tidak menyerang PAS, sebaliknya menjawab berdasarkan keperluan, “seperti apa yang mereka katakan mesti diberikan jawapan balas.”

Menurutnya, jika Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih Putrajaya dan PAS masih terus mendesak untuk melaksanakan undang-undang hudud, Karpal berkata “pendirian DAP mengenai perkara itu adalah konsisten dan kami sangat jelas mengenainya”.

“Kami akan mengambil mereka (PAS) demi kepentingan negara,” katanya.

Karpal berkata walaupun PR menang dengan majoriti dua pertiga, namun tidak ada pihak yang boleh mengisytiharkan negara ini sebagai sebuah negara Islam.

Katanya, pendiriannya itu tidak pernah berubah sejak sekian lama malah akan terus mempertahankan pegangan tersebut.

Semalam, Berita Harian melaporkan Karpal meminta Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas ‘menyekolahkan semula’ kepada pemimpin PAS mengenai isu negara Islam dan menjelaskan kepada mereka mengapa hukum hudud tidak boleh dilaksanakan di negara ini.

Katanya Salleh sepatutnya memberikan penerangan itu kerana dia adalah individu yang mengeluarkan keputusan bersejarah pada 1988 bahawa Malaysia negara sekular.

Karpal berkata, dia kesal kerana isu negara Islam dibangkitkan ketika ini dengan PAS terus mendakwa akan terus memperjuangkan agenda berkenaan. Katanya, kenyataan itu terus dikeluarkan walaupun Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah menyatakan PAS tidak lagi memperjuangkan negara Islam, sebaliknya negara berkebajikan.

“Pendirian yang diambil PAS bukan saja tidak mematuhi Perlembagaan, tetapi juga melanggar keputusan Mahkamah Agung yang diputuskan Salleh, yang kini ahli PAS,” katanya.

Kenyataan Karpal berkenaan Malaysia Negara Sekular itu disanggah oleh Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) yang meminta Pengerusi DAP membuktikan bahawa terdapat perkataan sekular di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Pengerusinya Aminuddin Yahaya berkata Karpal membuat kenyataan yang mengelirukan rakyat Malaysia dengan mengatakan Tun Salleh Abas memutuskan Malaysia adalah negara sekular dalam kes Che’ Omar Che’ Soh.

Sedangkan, katanya, Salleh dalam kes tersebut hanya berpendapat undang-undang yang dilaksanakan di negara ini pada waktu itu (1988) adalah undang-undang sekular.

“Sedangkan pada hakikatnya Tun Salleh dalam kes tersebut hanya berpendapat undang-undang yang dilaksanakan negara ini pada waktu itu, tahun 1988, adalah undang-undang sekular. Tun Salleh tidak sama sekali memutuskan Malaysia Negara Sekular,” katanya selepas sidang media di pejabat Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), semalam.

Menurut PEMBELA tindakan Karpal mengistytihar Malaysia Negara Sekular untuk menjustifikasi tuntutan hak kebebasan dari pengaruh kawalan prinsip Islam termasuk hak orientasi seks, hak kebebasan menghina agama Islam, hak kebebasan untuk murtad, hak kebebasan seks, hak kebebasan untuk menyelewengkan agama Islam dan hak untuk bebas dari pengaruh Syariah.

Sedangkan menurut PEMBELA, Perlembagaan Persekutuan Islam dalam Perkara 3 Fasal (1) memartabatkan – Islam is the religion of the Federation iaitu ‘Agama Negara’, bukan sekadar Agama Rasmi untuk tujuan upacara (ceremonial purposes) sahaja.

“Perlembagaan Perseketuan mewajibkan Pemerintah dan rakyat keseluruhannya memelihara kesucian dan kedaulatan Agama Islam – melalui Perkara 37 – dengan mewajibkan Ketua Utama Negara- Yang di-Pertuan Agong untuk bersumpah atas nama suci Allah bagi memelihara agama Islam pada semua masa.

“Semua cabang Pemerintahan Negara – Eksekutif, Legislatif dan Kehakiman terikat dengan sumpah Yang di-Pertuan Agong untuk memastikan kesucian dan kedaulatan Agama Islam setiap masa,”katanya.

Hadir sama dalam sidang media PEMBELA itu adalah Presiden ISMA Abdullah Zaik Abd Rahman; Presiden Pertubuhan Muafakat Ismail Mina; Naib Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia Azril Mohd Amin dan Timbalan Presiden JATI Datuk Aidit Ghazali.
read more »

Monday 13 August 2012



Apa macam sekarang Datuk Seri Anwar Ibrahim? penulis pujaan beliau, yang pernah disifatkannya sebagai 'berani dan menyengat' Raja Petra Kamaruddin dakwa Anwar arah seorang tauke Cina bayar penyiasat persendirian P. Balasubramaniam untuk kekal bersama pembangkang dan memburuk-burukkan Perdana Menteri.

Raja Petra dalam tulis terbaru d
iblognya Malaysia-today.net dakwa pendedahan Balasubramaniam yang menuduh Datuk Seri Najib Tun Razak terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu dirancang pihak tertentu termasuk beberapa pemimpin pembangkang.

Dalam pendedahan yang dilaporkan Utusan Malaysia itu,  Raja Petra turut menyebut pembabitan beberapa pemimpin pembangkang dan peguam yang terlibat dalam merancang untuk menghasilkan akuan bersumpah berkenaan termasuk M. Puravalen yang didakwa mempunyai hubungan rapat dengan ahli perniagaan, Datuk Seri Kalimullah Masheerul Hassan.

Raja Petra mengakui semua kenyataan yang dibuat Balasubramaniam pada sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR memang telah dirancang lebih awal agar penyiasat persendirian itu tidak tersalah cakap.Pada masa sama Raja Petra mengakui Balasubramaniam dibayar untuk membuat akuan bersumpah tersebut dan dakwa beliau, perkara itu memang diketahui Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya bertemu Balasubramaniam 2 Julai 2008 iaitu sehari selepas beliau membuat akuan bersumpah. Pertemuan itu berlaku selepas saya dihubungi Sivarasa yang meminta saya pergi ke rumah seorang peguam bagi membincangkan kes pembunuhan Altantuya.

“Kami berbincang bagaimana perkara ini perlu ditangani dan apa yang Balasubramaniam perlu cakap semasa sidang akhbar yang akan dibuat keesokan hari di Ibu Pejabat PKR,” dakwanya sebagaimana dipetik dari malaysia-today.net.

Pada 1 Julai 2008, Balasubramaniam mengejutkan negara apabila mengeluarkan
akuan bersumpah mengaitkan Perdana Menteri dalam pembunuhan tersebut tetapi selang dua hari kemudian penyiasat persendirian itu membatalkan akuan bersumpah berkenaan.

Dalam pada itu, Raja Petra mendakwa Anwar telah mengarahkan seorang tauke Cina membayar kepada Balasubramaniam sebanyak RM20,000 sebulan bagi memastikan penyiasat persendirian tersebut terus menyokong pembangkang.

Katanya, langkah itu diambil selepas Balasubramaniam dikatakan sedang melakukan rundingan rahsia bagi membolehkan beliau mendapat bayaran RM5 juta menyebabkan Anwar bimbang jika penyiasat persendirian tersebut membongkar rahsia mereka.Dalam pada itu, Sivarasa dan Balasubramaniam gagal dihubungi malam ini untuk mengesahkan dakwaan Raja Petra tersebut
-agendadaily
read more »

Friday 10 August 2012

Saban tahun menjelang sambutan kemerdekaan negara kita, akan ada saja kenyataan dan komen negatif seperti disengajakan akan terpancul keluar, rata-ratanya datang dari kalangan politikus parti pembangkang.

Semacam ada gerakan subversif yang mahu menyemai kebencian dan menyemarakkan semangat anti patriotisme dikalangan rakyat sedang dijalankan oleh segelintir poli'tikus' pembaiki labu air.

Biasanya gerakan mereka bermula dengan polemik mempertikaikan rekabentuk bendera kebangsaan, Jalur Gemilang yang acapkali cuba dikaitkan dengan bendera Amerika Syarikat hanya semata-mata beberapa warnanya sama.

Sedangkan sebuah negara lain di Afrika iaitu Liberia, benderanya juga seakan sama seperti bendera Amerika namun tidak pernah ianya menjadi polemik sehingga menyebabkan hilang rasa hormat rakyat terhadap panji kemerdekaan negara mereka.

Malah Iran yang sentiasa seringkali dipuja puji oleh pembangkang khususnya PAS juga memiliki rekabentuk bendera yang hampir sama seperti India, cuma berbeza dari segi warna merah dan oren serta kedudukan atas bawah warna hijau, tidak pula pernah pemimpin pembangkang di negara tersebut menjadikannya pertikaian.

Demikian jua dengan Syiria, Iraq dan Yemen, jalur merah putih dan hitam melintangnya sama yang berbeza cuma kedudukan objek ditengah lajur putih sahaja pun tidak sesekali rakyat pernah tersilap mengibarkan bendera, malah tidak juga hilang kecintaan mereka pada ibu pertiwi.

Begitu juga dengan jiran kita Indonesia dan Singapura, sekalipun bendera mereka memiliki jalur warna merah putih sama seperti Poland, pantang sekali untuk mereka menghina panji negara masing-masing apatah lagi untuk merasa segan untuk mengibarkannya.

Tapi di Malaysia yang tercinta ini, kita memiliki terlampau ramai politikus yang didukung oleh segelintir rakyat yang tiada semangat kecintaan pada negara yang begitu gemar memperlekehkan simbol kebesaran negara sendiri.

Dalam pada mereka seringkali membandingkan bendera kita dengan bendera Amerika sambil memperlekehkan maruah kemerdekaan negara, di masa yang sama mereka jugalah yang acapkali mendabik dada memuji sistem demokrasi Amerika dan meminta kerajaan mencontohi kebebasan politik ala Amerika. Kontradiks.

Jika pada tahun lepas (2011) pertikaian terhadap bendera negara kita hangat diperkatakan gara-gara kenyataan anti patriotisme oleh M.Manoharan, tahun ini politikus yang sama mempertikaikan pula pengorbanan jaguh badminton yang berpenat lelah cuba mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.

Tidak lupa juga kontroversi ceramah Mat Sabu pada tahun 2011 yang secara terbuka pernah mengheret isu Jalur Gemilang dan lagu Negaraku diikuti sanjungannya pada Mat Indera komunis yang baginya adalah pejuang kemerdekaan sebenar berbanding pahlawan negara yang menjadi mangsa kekejaman Mat Indera di Bukit Kepong.

Seperti sengaja mahu merancakkan lagi gerakan anti patriotisme, dalam tahun ini pula seorang lagi politikus dari PAS, Nizar Jamaluddin turut berkongsi nada sama-sama mengambil bahagian melabelkan penghinaan terhadap bendera negara sebagai jalur malang.

Baru beberapa ketika berlalu, kartunis pro pembangkang yang bernama Zunar pula tanpa sedikit pun rasa bersalah telah dengan angkuh dan sombong melakarkan karikatur yang memperlekehkan panji kemerdekaan negara.

Dan seperti biasa, para penyokong pembangkang akan berusaha sedaya upaya cuba menjustifikasikan penghinaan tersebut sebagai satu kewajaran, sedangkan selama ini merekalah yang bersungguh benar mahu merampas tampuk kekuasaan negara yang berpanjikan Jalur Gemilang yang mereka hina itu.

Langsung tak terdetik barangkali di nurani masing-masing betapa polemik yang mereka timbulkan hasil kenyataan anti kenegaraan itu berkait langsung dengan maruah anak bangsa dan tanahair.

Melihat pada susun atur dan corak serangan terbuka terhadap simbol, lambang dan sejarah kemerdekaan negara, pastinya tidak sukar untuk kita membuat satu andaian sememangnya wujud gerakan anti patriotisme dikalangan politikus pembangkang.

Tentu saja tujuan mereka mahu seboleh mungkin mengikis semangat patriotisme dikalangan hamba rakyat, bila ianya berjaya dilakukan barangkali mudah untuk pembangkang mencucuk jarum kebencian bagi mencapai angan-angan mereka untuk merampas pemerintahan negara ini.

Tatkala ramai pemimpin politik di negara lain bertungkus lumus melakukan amal bakti dan menabur jasa demi cinta mereka pada negara sekalipun masing-masing berbeza fahaman politik, di negara kita sebaliknya berlaku.

Politikus pembangkang Malaysia kelihatan semakin selesa menjalankan gerakan anti kenegaraan samada secara sedar atau tidak, menjurus kepada kepentingan sempit tanpa mengira impaknya bakal memudahkan musuh luar mengambil yang bakal menjahanamkan tanahair tercinta.

Oleh itu, semua rakyat Malaysia yang masih menyimpan perasaan cintakan ibu pertiwi, bangunlah segera mempertahankan maruah tanahair ini dari terus dinodai oleh politikus haprak yang rendah nilai patriotismenya.

Tanah bertuah ini baik buruknya, lebih atau kurangnya waima ditimpa hujan batu sekalipun sepatutnya kita sama-sama terus mempertahankan maruahnya kerana disinilah bumi yang kita pijak dan selamanya akan kita junjung.


read more »

Thursday 9 August 2012

Dua pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) menyokong penuh kenyataan Pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa'amah tentang hukum haram bagi umat Islam menyokong DAP yang secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud.

Malah sesetengah berpandangan, umat Islam juga ditegah menyokong mana-mana pihak yang menjalinkan kerjasama dengan DAP kerana ianya itu akan turut membawa kemenangan kepada parti itu pada pilihan raya umum.

Pendapat itu dikongsi Setiausaha Pertubuhan Suara Inspirasi Malaysia, Norsammudin Abd Kadir yang menyifatkan wajib bagi umat Islam di negara ini menolak parti dominasi Cina itu menjelang pilihan raya umum akan datang kerana dilihat menolak hukum Islam secara terbuka.

"Bagi pendapat saya bahawa memang sepatutnya kita menolak DAP kerana DAP telah menolak hukum Islam (tubuh negara Islam dan laksana hukum hudud) secara terang-terangan.

"Saya menganggap perkara ini benar bahawa kita kena menolak DAP. Pertama kita kena tahu DAP menolak perpaduan secara terang-terang tentang hak orang Melayu itu sendiri," jelasnya kepada pemberita.
Ditanya mengenai pendakwah dan ulama terlibat dengan parti politik di negara ini, beliau menegaskan tidak bersetuju mereka terlibat secara langsung dalam politik.

"Sebenarnya saya tidak bersetuju ulama masuk dalam politik kerana dalam Islam itu sendiri dah ada politik dan Islam itu sendiri dah tercipta politik, jadi saya rasa para ulama boleh menasihati pemimpin mereka, itu pendapat saya," ujarnya.

Difahamkan, Pengasas Pondok Geting itu berkata, agenda perjuangan DAP berbeza dengan MCA dan MIC dalam Barisan Nasional (BN) yang digolongkan sebagai bukan kafir harbi iaitu tidak membawa kemudaratan kepada kedudukan Islam dan umat Islam.

"Perjuangan DAP tidak terima Perlembagaan negara, mereka mahu sama rata Islam dan bukan Islam, kuil dan masjid juga mahu sama rata. Wajib orang Islam dalam PAS, Umno dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menolak DAP yang mencari jalan hendak menguasai negara melalui undi pada pilihan raya," memetik laporan muka hadapan Utusan Malaysia semalam.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Barisan 33 Malaysia, Ahmad Azmani Hisham menganggap kenyataan pengasas tersebut seolah-olah membongkarkan pekung didada PAS yang sebelum ini pernah mengeluarkan fatwa menyokong Umno adalah haram kerana bersekongkol dengan bukan Islam.

"Sebenarnya benda ini sudah lama PAS sendiri sudah mengeluarkan fatwa bahawa haram bersekongkol dengan bukan Islam, mengapa hukum itu hanya kepada Umno sahaja tidak kepada PAS.

"Jadi saya amat bersetuju dengan apa yang yang dikatakan oleh pengasas pondok kerana ini adalah benda yang benar dan Allah S.W.T telah balikkan semula kepada mereka," katanya secara sinis.

Ditanya mengenai penglibatan ulama dan pendakwah dalam parti politik, menurutnya, ia merupakan perkara biasa kerana sejak dahulu lagi ulama telah berkecimpung dalam politik sejak dahulu lagi.

"Ulama ini pun saya rasa dah lama berkecimpung dalam politik seperti yang kita tahu dan sedia maklum asas kepada politik sendiri pada tahun 1920-an diasaskan oleh ulama "dagang Islam" kemudian seterusnya "hibus muslimin" dan berterusan kepada Umno.

"Jadi saya rasa itu bukanlah satu masalah kerana dalam Umno sendiri kita pernah ada sayap ulama dan Insyallah kita akan menubuhkan semula sayap ulama dalam Umno, Insyallah," tegasnya.

read more »

Wednesday 8 August 2012

Tindakan kerajaan mendakwa Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan bekas kerani Public Bank di bawah Akta Institusi Perbankan dan Kewangan 1989 (BAFIA) berhubung pendedahan butiran transaksi akaun milik Pengarah National Fidlot Corporation (NFC), Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail adalah amat tepat sekali dan kena pada masanya.

Sudah sekian lama perkakas dan lain-lain pemimpin pembangkang telah diperalatkan oleh Anwar Ibrahim untuk menabur fitnah dan mereka cipta pelbagai cerita karut marut terhadap kerajaan dan institusi awam.

Tujuannya adalah satu iaitu untuk menumbangkan sebuah kerajaan yang sah dipilih rakyat melalui proses pilihan raya.

Dalam keadaan tangan bergari, kedua-dua Rafizi serta balacinya, Johari tersenyum dalam sedu apabila cuba menonjolkan imej yang menyakinkan bahawa tindakan mereka adalah ‘demi rakyat’.

Sebenarnya mereka telah dipergunakan sepenuhnya oleh Anwar untuk matlamat politiknya mahu menjadi Perdana Menteri.

Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim dengan bangganya mengumumkan kerajaan negeri akan menanggung segala kos guaman Rafizi dalam kes ini daripada geran Selangorku.

Sekali lagi Pakatan Rakyat mengguna wang rakyat untuk agenda politik mereka kerana umum tahu bahawa Rafizi tidak lagi menjadi kakitangan kerajaan negeri setelah meletak jawatan sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor.

Bagaimana pula dengan Johari, siapa pula akan menanggung kos guamannya?

Setelah dipergunakan, nampaknya Johari akan dipinggirkan begitu sahaja oleh pembangkang, seperti kata pepatah habis madu sepah dibuang.

Keseoranganlah ia dalam memikirkan sara hidup anak dan isteri setelah kehilangan pekerjaan.

Setelah NFC, Rafizi kini beralih kepada isu pemberian kontrak projek penyambungan LRT Ampang kepada Konsortium George Kent.

Dalam hal ini beliau juga dengan bangganya menunjukkan kepada umum kononnya surat sulit Syarikat Prasana Negara Berhad mengenai penilaian para pembida proek tersebut.

Atas informasi itu sahaja Rafizi membuat tuduhan berat bahawa Perdana Menteri sendiri terbabit dalam penganugerahan kontrak tersebut.

Tindakan itu juga adalah atas arahan Anwar dengan sasarannya bukan George Kent tetapi Perdana Menteri.

Anwar mahu menanam perasaan benci rakyat kepada Datuk Seri Najib Tun Razak kerana di dakwa terlibat dalam pelbagai jenayah rasuah tetapi jika dikaji satu persatu fitnah yang dilemparkan, tidak ada satu bukti pun dikemukakan oleh pembangkang untuk menyokong dakwaan mereka.

Begitu juga dalam fitnah kes kapal selam Scorpene.

Isu yang dibawa oleh satu lagi perkakas Anwar, Suaram, ialah dakwaan rasuah dalam urusan pembelian dua kapal selam itu tetapi fokusnya adalah kepada pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Malah pembangkang tidak langsung mempunyai moral dan integriti walau sedikit pun dengan menuduh isu itu juga melibatkan penjualan rahsia ketenteraan negara.

Mereka cuba menjadi hero tetapi hakikatnya merekalah yang selama ini yang mendedahkan rahsia negara kepada pihak asing serta mencaci pemimpin dan memburuk-buruk imej negara.

Kini terserlah dengan fakta-fakta dan keterangan yang jelas dari kerajaan bahawa semua yang didakwa Suaram adalah pembohongan jelas semata-mata yang bermotifkan politik kotor.

Di sini juga tujuan pembangkang bukan untuk menegakkan keadilan dan mencari kebenaran tetapi menyerang Perdana Menteri untuk melemahkan kepimpinannya.

Begitu juga dengan dakwaan anak Anwar, Nurul Izzah yang membuat dakwaan palsu dalam blognya berhubung projek Network Centric Operations (NCO) yang sedang dibangunkan oleh Sapura Secured Technologies Sdn Bhd untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Tindakan Nurul Izzah juga bukan mensasarkan syarikat bumiputera tersebut tetapi matlamatnya adalah meruntuhkan kredibiliti Kementerian Pertahanan yang bertanggungjawab terhadap dasar-dasar keselamatan negara.

Senario yang sama boleh dilihat apabila Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail membuat dakwaan bahawa pihak polis gagal mengurangkan kadar jenayah.

Dengan memberi satu atau dua contoh, beliau membuat kesimpulan jumlah kes jenayah semakin meningkat disebabkan sebahagian besar peruntukan Program Transformasi Kerajaan dibelanjakan untuk perhubungan awam daripada menangani permasalahan jenayah.

Walaupun kerajaan telah mengemukakan data yang sahih menunjukkan kadar jenayah telah menurun, namun pembangkang terus memberi persepsi negatif terhadap pihak polis.

Jika Pakatan Rakyat sanggup menipu, berbohong, memfitnah, mentohmah, mereka-reka cerita palsu apa agaknya senario negara jika mereka memerintah? Fikir-fikirkanlah dengan akal yang sihat.

Sumber: http://www.mykmu.net
read more »

Tuesday 7 August 2012

Bagi Anuwar, harga diri seseorang tu hanya mampu dibeli dengan duit agaknya. Sebab itu dia tak berhenti - henti nak menawarkan wang ringgit kepada mereka.

Jadi, tak heran la kenapa Pakatan Pembangkang tu setakat pandai tabur janji yang bukan - bukan. Semuanya dalam usaha nak 'Beli Jiwa'.
read more »

My Blog List

 
Powered by Blogger