Jadi, tak heran la kenapa Pakatan Pembangkang tu setakat pandai tabur janji yang bukan - bukan. Semuanya dalam usaha nak 'Beli Jiwa'.
Mungkin, ianya dah menjadi norma bagi pemimpin Pakatan Pembangkang ni agaknya. Bila diorang dah kantoi, mula la ambik tindakan nak 'Beli Jiwa' macam ni.
Tapi yang herannya, diorang dok tuduh orang lain yang suka main 'Beli Jiwa' dengan wang ringgit. Walhal, dalam masa yang sama diorang jugak yang buat.
Tinggal lagi bab tu diorang tak nampak ye tak. Yang diorang nampak salah orang lain je. Al Maklum la. Manusia jenis tak sedar diri la katakan. Itu pasal la diorang sampai hari ni masih GAGAL nak tawan hati rakyat sebab rakyat tahu yang mana intan dan yang mana kaca!!!
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR 6 Ogos – Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP), Datuk S. Nallakaruppan mendedahkan beliau telah didatangi ‘orang tengah’ yang kemudian memujuknya supaya memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas segala kritikan dan dakwaan yang telah dibuat oleh beliau selama ini.
Bagaimanapun, Nallakaruppan yang juga bekas sahabat karib ketua pembangkang selama lebih 30 tahun berkata, jika ditawar RM500 juta sekalipun beliau tidak akan berganjak daripada pendirian Anwar tidak layak untuk mengetuai pembangkang apatah lagi menjadi Perdana Menteri.
Katanya, sudah lebih 30 tahun beliau berdosa kepada rakyat Malaysia kerana sanggup bersekongkol dengan menutup sisi gelap Anwar sehingga menyebabkan ramai rakyat tertipu dengan imej Islamik ketua pembangkang itu tetapi kini, berjanji mendedahkan segala salah laku moral pemimpin tersebut demi negara.
“Saya mengesahkan ada ‘orang tengah’ datang memujuk saya.
Dia mahu saya berhenti menentang Anwar khususnya dalam isu berkenaan kerana tahu riwayat politik Anwar akan berakhir jika kes itu dibicarakan. Mereka sedar saya mengetahui segala rahsia sulit Anwar dan memiliki bukti kukuh dalam bentuk video.
“Mereka tidak mahu video itu ditayangkan di mahkamah kerana ia melibatkan dakwaan skandal dengan isteri orang, sebab itu mereka takut. Saya ingin nasihatkan, tak perlu hantar ‘orang tengah’ untuk memujuk kerana jika sekalipun ditawar RM500 juta, saya tidak akan berganjak dengan pendirian saya sebelum ini.
“Saya akan lakukan segala-galanya demi negara kerana cukup sedar Anwar dari segi moral memang tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri. Saya akan menyedarkan rakyat Malaysia bahawa selama ini mereka semua tertipu dengan imej Islamik Anwar,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Sumber: http://semuthitam80.blogspot.com
blog ni sey dah pautkan dalam blog sey. pohon pautkan blog sey jugok yo..www.myhomesoil.blogspot.com terima kasih
ReplyDelete