Showing posts with label BN. Show all posts
Showing posts with label BN. Show all posts

Tuesday, 14 May 2013



Semua pihak perlu menghentikan polemik politik pasca pilihan raya umum yang dilihat boleh menggagalkan usaha ke arah pembangunan negara, kata Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan

Katanya, rakyat telah pun membuat pilihan dan memberi mandat kepada calon atau parti pilihan mereka sama ada di peringkat negeri atau Persekutuan dan seharusnya tidak timbul lagi soal ketidakpuasan hati oleh mana-mana pihak.

"Kita mesti akur keputusan rakyat, menang atau kalah itu adat dalam pertandingan dan jangan pula kita tidak dapat mengakui hakikat bahawa kita kalah dan masih mempersoalkan (keputusan rakyat).

"Sepatutnya sekarang ini rakyat sudah bagi mandat dan kita tubuhkan kerajaan dan kita lupakan soal pilihan raya ini. Cukuplah sudah kita berpolitik satu tahun, dua tahun sehingga tidak boleh buat perkara lain," katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan Pameran Pendidikan sempena sambutan Hari Guru di Kompleks Belia dan Sukan, Paroi (KLIK) di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai ketidakpuasan hati pihak pembangkang terhadap keputusan PRU 5 Mei lalu.

Katanya, sikap pembangkang yang tidak mahu mengakui kekalahan mereka dan mengajak rakyat turut serta sebenarnya membawa negara terus terperangkap dalam polimik berterusan yang tidak membawa apa-apa kebaikan kepada negara.

Sebaliknya, Mohamad berkata, apa yang harus ditumpukan ketika ini adalah mencari jalan meningkatkan ekonomi negara dan menarik kedatangan pelabur bagi mendepani krisis ekonomi dunia yang tidak menentu. - BERNAMA
read more »

Saturday, 11 May 2013


Datuk Seri Utama Hj.Mohamad Hj.Hasan, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar bagi penggal ketiga di depan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Istana Besar Seri Menanti pada 10.56 pagi tadi.

Pada majlis berkenaan, Mohamad menerima watikah pelantikan daripada Tuanku Muhriz dan menandatangani sumpah jawatan yang turut disaksikan oleh
read more »

Tuesday, 7 May 2013

PRU13 N.SEMBILAN: Barisan Nasional menang mudah dan berjaya membentuk kerajaan negeri

Keputusan penuh kerusi DUN 
Negeri Sembilan. >>> KLIK SINI
BN - 22
PAS - 0
DAP - 11
PKR - 3

Keputusan penuh kerusi PARLIMEN 
Negeri Sembilan. >>> KLIK SINI
BN - 5
PAS - 0
DAP - 2
                                                                                          PKR - 1



Senarai kawasan DUN dan PARLIMEN Negeri Sembilan.

DUN : N.01 - Chennah
DUN : N.02 - Pertang
DUN : N.03 - Sungai Lui
DUN : N.04 - Klawang



DUN : N.05 - Serting
DUN : N.06 - Palong
DUN : N.07 - Jeram Padang
DUN : N.08 - Bahau



DUN : N.09 - Lenggeng
DUN : N.10 - Nilai
DUN : N.11 - Lobak
DUN : N.12 - Temiang
DUN : N.13 - Sikamat
DUN : N.14 - Ampangan



DUN : N.15 - Juasseh
DUN : N.16 - Seri Menanti
DUN : N.17 - Senaling
DUN : N.18 - Pilah
DUN : N.19 - Johol



DUN : N.20 - Labu
DUN : N.21 - Bukit Kepayang
DUN : N.22 - Rahang
DUN : N.23 - Mambau
DUN : N.24 - Senawang



DUN : N.25 - Paroi
DUN : N.26 - Chembong
DUN : N.27 - Rantau
DUN : N.28 - Kota



DUN : N.29 - Chuah
DUN : N.30 - Lukut
DUN : N.31 - Bagan Pinang
DUN : N.32 - Linggi
DUN : N.33 - Port Dickson



DUN : N.34 - Gemas
DUN : N.35 - Gemencheh
DUN : N.36 - Repah


read more »

Tuesday, 16 April 2013

Datuk Seri Mohamed Hassan
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12).

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar juga akan mempertahankan kerusi Parlimen Rembau yang dimenanginya pada 2008.
read more »

Tuesday, 9 April 2013

 

Manifesto BN bertemakan "Menepati Janji Membawa Harapan" diakui ramai antara yang terbaik walaupun tidak bersifat populis tapi impak positif pelaksanaannya kelak bakal memberi manfaat besar kepada pelbagai peringkat anggota masyarakat.

17 perkara utama meliputi 150 komitmen penting yang sedang dan akan terus dilaksanakan sebagaimana termaktub dalam Manifesto BN merupakan satu bukti jelas keprihatinan BN dalam menghalusi denyut nadi rakyat.

Inti patinya lebih realistik, lengkap dengan matlamat hala tuju dan merangkumi hampir segenap bidang dari hal agama, ekonomi, keselamatan, pendidikan, perumahan dan sebagainya.

Penambahan insentif BR1M umpamanya dari RM500 kepada RM1,200 untuk ketua keluarga berpendapatan RM3,000 ke bawah ia tidak dilakukan sewenang-wenangnya, sebaliknya setelah diambil kira kajian menyeluruh kesan positifnya dalam merancakkan ekonomi negara.

Ini memberi gambaran jelas betapa penyediaan Manifesto BN dilakukan dengan penuh persediaan dengan mengetepikan soal populariti sebagai sandaran. Fokus Manifesto BN lebih kepada meningkatkan khidmat bakti kepada rakyat setelah mengambil kira keperluan semasa dan akan datang.

Berbeza sekali dengan Manifesto PR yang dilakukan dalam keadaan tergesa-gesa dan perubahan kandungannya dilakukan berkali-kali selepas dilancarkan, seolah-olah tiada keseriusan dan kurangnya komitmen untuk merealisasikannya.

Misalnya janji royalti untuk Kelantan hanya dimasukkan selepas Manifesto PR siap dicetak manakala pelbagai janji penghapusan cukai dan tol pula dilakukan tanpa mengambil pertimbangan soal implikasi kepada kedudukan kewangan negara.

Janji bulan bintang yang dinukilkan dalam Manifesto PR tampak jelas lebih kepada matlamat mengejar populariti tanpa mengukur baju di badan sendiri, tidak realistik kerana terlalu melangit dan penuh fantasi.

Tapi ia tidaklah menghairankan sangat kerana sudah menjadi pegangan PR bahawa manifesto bukannya satu perjanjian, jadi soal realistik atau pun logik bukannya satu perkiraan besar bagi mereka.

Yang penting bagi PR, selagi janji manis itu dirasakan boleh mempopularkan mereka demi meraih undi sokongan selagi itu mereka galak menabur janji.  Ini nyata berbeda dengan BN yang tahu berpijak di bumi nyata dan bijak mengukur baju di badan sendiri.


read more »

Sunday, 7 April 2013

 
“Manifesto Barisan Nasional (BN) bukan hanya sekadar manifesto, tetapi satu dokumen ‘akujanji’ kepada rakyat” 
- Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak.
 



read more »

Friday, 5 April 2013





Dakwaan pembangkang kononnya banyak projek pembangunan di negeri ini terbengkalai dan ‘hilang’ seperti Hospital Rembau tidak berasaskan fakta sebaliknya hanya fitnah semata-mata.

Kata Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri, Datuk Ir. Dr. Roslan Md. Taha berkata, tender projek pembinaan hospital itu sudah dikeluarkan dengan tarikh tutupnya pada 18 April ini.

“Tidak timbul dakwaan projek ini ‘hilang’, malah pembinaan fizikal hospital itu juga akan bermula dalam tempoh tiga tahun selepas proses penutupan tender projek berkenaan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam

Beliau mengulas dakwaan Ketua Penerangan Pas negeri, Nor Azman Mohamad seperti dipetik akhbar pembangkang 2 April lalu yang turut menyentuh mengenai projek pembangunan di negeri ini kononnya terbengkalai dan ‘hilang’ seperti projek Hospital Rembau.

Menurut Roslan, hospital yang bakal dibina di atas tanah seluas 19.4 hektar itu dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) dan dijangka siap dalam tempoh tiga tahun.
























 


Sumber © Utusan Melayu (M) Bhd
read more »

Wednesday, 3 April 2013


Berikut ialah antara pembaharuan dan pencapaian Barisan Nasional di bawah Datuk Seri Najib Tun Razak sepanjang empat tahun berkhidmat sebagai Perdana Menteri keenam Malaysia, sejak dilantik pada 3 April 2009:

read more »

Saturday, 30 March 2013

Ramai yang seakan sedar dengan perubahan sikap dan emosi yang sedang melanda Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim ketika ini. Walau dia masih cuba bersikap tenang terutama di hadapan media dan khalayak umum namun pada hakikatnya, Anwar sedang dilanda sindrom takut untuk berdepan dengan bermacam-macam kemungkinan yang akan melanda khususnya kehilangan sokongan dalam pilihanraya umum yang akan datang.
read more »

Tuesday, 26 March 2013


SEREMBAN - Rata-rata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) berpuas hati amanah yang dipegang selama lima tahun dapat ditunaikan kepada rakyat.

ADUN Serting, Datuk Shamsulkahar Mohd. Deli berkata, beliau amat berpuas hati kerana dapat melaksanakan tugas sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dalam portfolio Pendidikan.
read more »

SEREMBAN: Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai sehingga tengah malam Rabu esok sekiranya beliau mahu menyeru pilihan raya umum ke-13 sebelum penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) yang pertama tamat.

Sama ada beliau akan berusaha untuk membubarkan Dewan Rakyat sebelum itu adalah persoalan lain walaupun pemerhati percaya beliau akan berbuat demikian.
read more »

Saturday, 23 March 2013

SEREMBAN - Pembangkang terus menabur pelbagai janji sehingga ke hari ini walaupun sekadar bercakap 'kosong' sehingga tiada perubahan dan janji yang ditunaikan sejak menguasai Dewan Undangan Negeri (DUN) Lobak dekat sini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, perkara itu dapat dibuktikan apabila tiada sebarang pembangunan mahupun kemajuan dijalankan oleh pembangkang di kawasan berkenaan.

Sebaliknya Mohamad menegaskan, semua pembangunan dan kemajuan bagi DUN Lobak dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lobak pernah berjanji bahawa akan mengadakan pusat khidmat bergerak kerana tidak mahu menyusahkan rakyat dan akan membela isu rakyat tetapi sehingga kini masih tidak ditunaikan.

"Oleh itu, saya tidak mahu tunggu dan lihat lagi, maka saya terus ambil keputusan untuk membantu rakyat dan bawa pembangunan di kawasan Lobak, selepas melihat wakil rakyatnya tidak melaksanakan tanggungjawab," katanya ketika berucap dalam majlis ramah mesra pemimpin bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan rakyat di sini malam tadi.

Lebih 2,000 penduduk kawasan berkenaan hadir dalam program tersebut dan Menteri Besar turut menyampaikan sumbangan kepada beberapa persatuan penduduk bagi membangunkan taman mereka.

Tambah Mohamad, apa yang dilakukan oleh wakil rakyat di kawasan berkenaan hanya mencemuh pemimpin kerajaan dan membuat tuduhan.

''Kerajaan BN adalah kerajaan yang prihatin dan tidak pernah mengabaikan nasib rakyat walaupun berada di kawasan pembangkang, yang mana semua rakyat merasa setiap pembangunan yang dibawa oleh kerajaan.

"Kejayaan hari ini juga hasil daripada perpaduan antara kaum yang diamalkan selama 56 tahun kita merdeka," katanya.

Jelasnya, apabila kita semua bersatu, kerajaan dapat meneruskan agenda pembangunan dan membantu rakyat, malah pelabur juga berminat untuk melabur di negara kita.

''Saya mahu mengingatkan agar rakyat tidak terus terpengaruh dengan janji yang ditaburkan oleh pembangkang, kerana apa yang dilakukan adalah untuk kepentingan diri," katanya.

Sumber © Utusan Melayu (M) Bhd
read more »

Friday, 22 March 2013


SEREMBAN - Barisan Nasional (BN) dilihat mampu memenangi sekurang-kurangnya 25 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Negeri Sembilan pada pilihan raya umum ke-13, sekali gus mengekalkan kedudukan sebagai parti pemerintah di negeri ini.

Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, ramalan itu berdasarkan usaha dan pembangunan yang dilaksanakan kerajaan negeri BN yang telah banyak memberi faedah kepada rakyat.

"Saya yakin daripada 36 kerusi DUN (di Negeri Sembilan), kerajaan negeri mesti menang dan mendapat (memenangi) sekurang-kurangnya 25 kerusi," katanya semasa berucap pada Program Mesra Pemimpin Bersama Rakyat dan Kenali Jiran di perkarangan Rumah Pangsa Tun Dr. Ismail di sini hari ini.

Rais yang juga Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan berkata, justeru itu, bagi memastikan masa depan yang lebih baik, rakyat pada PRU-13 perlu memilih calon yang dapat bekerjasama dengan kerajaan negeri supaya segala masalah dapat diselesaikan dengan mudah.

"Kalau kita lihat, apa yang telah dilakukan oleh Ahli Parlimen dan ADUN di kawasan (diwakili pembangkang)? Mereka tidak bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan, justeru banyak masalah rakyat seperti longkang tersumbat, tangki bocor dan sebagainya tidak dapat diselesaikan," katanya.

Rais berkata, rakyat juga tidak boleh mengundi calon yang hanya memperjuangkan nasib sesetengah kaum sahaja sebaliknya memilih calon yang mampu memperjuangkan nasib seluruh masyarakat.

Selain itu, katanya, rakyat perlu sedar bahawa pembangkang sememangnya kerap mengajak menukar kerajaan, namun ia hanya cakap kosong yang tidak cukup untuk menjamin masa depan rakyat jika mereka memerintah.


RAIS Yatim beramah mesra bersama penduduk sempena Program Mesra Pemimpin Bersama Rakyat, Kenali Jiran di pekarangan Rumah Pangsa Tun Dr. Ismail, Lobak dekat Seremban hari ini.


- BERNAMA
read more »

Thursday, 14 March 2013


Sikap biadab dan provokasi keterlaluan penyokong pembangkang pada ceramah Pas yang melontarkan telur ke arah penceramah Barisan Nasional (BN) di pentas berasingan kira-kira 20 meter dari situ, mencetuskan suasana tegang dalam kejadian di Felcra Ayer Hitam di sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.15 malam itu, ketegangan itu bermula apabila lebih kurang 15 penyokong Pas bertindak membaling telur ke arah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungi Lui, Datuk Zainal Abidin Ahmad di pentas ceramah BN.

Selain terkena lengan zainal, ia juga terkena badan Presiden Pertubuhan Gerakan Memartabat Perjuangan Negara (GMPN), Mejar (B) Razali Zakaria yang turut sama berada di situ.

Ekoran kebiadaban dan provokasi keterlaluan penyokong-penyokong Pas itu, para penyokong BN pula membalas dengan membaling botol mineral dan objek lain.

Akibatnya, pihak polis terpaksa memanggil pasukan dari Unit Tindakan Ringan (LSF) untuk mententeramkan keadaan di lokasi tersebut.

Kira-kira 30 minit kemudian, polis telah mengarahkan ceramah di kedua-dua pentas tersebut dihentikan dan semua penyokong diminta bersurai.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jempol, Supritendan Hamzah Alias berkata:

"Saya minta kedua-dua ceramah ini dihentikan serta-merta. Penyokong Pas diminta bersurai terlebih dahulu dan tinggalkan lokasi. Saya minta semua bersurai untuk elak kekecohan berterusan," tegasnya.

Ceramah anjuran Pas di sini sepatutnya dihadiri oleh Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua. Bagaimanapun kelibatnya tidak kelihatan sehingga ceramah itu diarah dihentikan.


Sumber © Utusan Melayu (M) Bhd
read more »

Sunday, 24 February 2013

SEREMBAN - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sebagai Perdana Menteri beliau tidak akan menjual maruah kerajaan, menjanjikan sesuatu yang tidak mungkin ditunaikan. Katanya beliau tidak akan korbankan masa depan rakyat dan negara kerana hendakkan undi dalam pilihan raya.

"Kita mesti ada prinsip dalam perjuangan, dalam hidup kita mesti ada prinsip sebab itulah pilihan raya umum bukanlah tentang siapa akan menang tapi destini negara kita...masa depan penentuannya akan kita tentukan tak lama lagi.
read more »

Saturday, 16 February 2013


JEMPOL - Sebanyak RM800,000 telah diperuntukkan untuk mengatasi beberapa masalah rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram Padang, dekat sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang, Datuk V. S. Mogan berkata, peruntukan itu telah diluluskan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika membuat lawatan ke daerah Jempol pada Januari lalu.

Beliau yang juga Ahli Exco kerajaan negeri berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM500,000 telah diperuntukkan untuk membina tebing bagi mengatasi masalah tanah runtuh di Sungai Muar berhampiran pekan lama Rompin, dekat sini.

"Masalah ini telah berlarutan hampir dua tahun menyebabkan penduduk mulai bimbang keselamatan mereka. Tebing itu akan dibina menggunakan konkrit dan ia akan dijalankan pada bulan Mac ini," katanya ketika ditemui kelmarin.

Menurutnya, terdapat 10 unit rumah kedai berhampiran kawasan itu yang jaraknya hanya lebih kurang tiga meter sahaja dari tebing berkenaan.

"Tanah di tepi sungai itu semakin terhakis akibat musim hujan dan kita bimbang dengan kedudukan bangunan kedai tersebut. Saya amat berterima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri kerana membantu penduduk menyelesaikan masalah ini," ujarnya.

Mogan menjelaskan, sebanyak RM300,000 akan digunakan untuk membina pembentung dan meluruskan laluan air sungai di Taman Saujana, dekat sini.

"Laluan lama telah dibina pada tahun 2005 yang tidak sistematik lagi. Jadi kita akan luruskan laluan ini dan ia akan dijalankan dalam masa terdekat," katanya.

Beliau menambah, peruntukan untuk kawasan itu bertambah setiap tahun dengan RM96,750 pada 2008 meningkat kepada RM203,790 pada (2009, RM331,580 (2010), RM342,650 (2011) dan RM367,000 pada tahun lalu.

Katanya, pihaknya akan melancarkan sebuah buku yang bertajuk Agenda DUN Jeram Padang untuk diedarkan kepada penduduk dalam jangka masa terdekat.

"Buku ini dilancarkan untuk memaklumkan kepada penduduk mengenai pembangunan di kawasan ini sepanjang saya berkhidmat sebagai wakil rakyat di kawasan mereka.

"Buku 24 muka surat ini mengandungi gambar dan maklumat tentang pencapaian DUN dari tahun 2008 sehingga 2012. Kita mahu penduduk tahu bahawa segala janji yang saya lafazkan telah ditunaikan dan ia bukanlah sekadar janji kosong," ujarnya.

Beliau memberitahu, pihaknya sentiasa mengambil berat soal kebajikan rakyat dan memberi perhatian serius terhadap amalan mendengar masalah rakyat.

Malah menerusi program MyKasih, katanya, seramai 362 orang telah menerima bantuan barang keperluan bernilai RM80 setiap seorang yang diberi pada setiap bulan bagi tempoh satu tahun.

V. S. Mogan (kiri) bersama beberapa penduduk meninjau kawasan yang mengalami masalah tebing runtuh di Sungai Muar berhampiran pekan lama Rompin, Jempol, Negeri Sembilan, kelmarin.
- Utusan / SAJIDA ASARULAH KHAN
Sumber © Utusan Melayu (M) Bhd 
read more »

Saturday, 22 September 2012


SEREMBAN - Lebih 7,000 peluang pekerjaan bakal diisi sepanjang Karnival Kerjaya Pemuda Barisan Nasional (BN) 2012 peringkat Negeri Sembilan selama dua hari mulai 29 Sept di Dataran Senawang dekat sini.
   
Pengerusi penganjur karnival itu, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata program dari pukul 10 pagi hingga 5 petang itu bertujuan membantu golongan belia mengisi jawatan yang ditawarkan oleh lebih 70 majikan dari sektor awam dan swasta.
   
"Program dua hari itu menawarkan perkhidmatan percuma bagi membolehkan pencari kerja memilih dan memohon kerja yang sesuai," katanya.
   
Katanya semua tawaran kerja pada karnival itu berdasarkan kepada kekosongan jawatan dan perlu melalui proses temuduga.
       
Program itu terbuka kepada golongan siswazah, penganggur dan lepasan sekolah, katanya. 

- Bernama
read more »

My Blog List

 
Powered by Blogger