Monday, 30 July 2012

Politik Keterlaluan – Kontrak Abby Sebagai Duta Dibatalkan


Nampaknya Abby Abadi semakin popular apabila dia sering menjadi tumpuan media sejak kebelakangan ini.

Kali ini berbangkit pula isu berkenaan penarikan kontrak sebagai duta tudung.

“Saya terkilan. Saya berniaga. Penglibatan kakak dalam politik sedikit sebanyak memberikan kesan kepada perniagaan saya,” memetik dari laman sosial Twitter milik Abby yang didakwa sebagai kenyataan pemilik Al-Humaira Contemporary, Hani Elia.


Kenyataan yang dikeluarkan oleh Hani itu telah memberitahu kontrak Abby sebagai duta tudung syarikat itu telah terbatal secara rasmi pada 4 Julai lalu.

Bagi penulis, isu pembatalan kontrak itu tidak berkaitan dengan mana-mana parti politik di Malaysia sebaliknya melibatkan sistem pengurusan perniagaan yang telah terjejas.

Jika Abby tidak terlalu lantang serta lebih bersederhana dan matang dalam memperjuangkan Islam dan PAS, mungkin perkara itu tidak mungkin terjadi.

Abby Abadi telah dilantik sebagai duta Al-Humaira Contemporary pada Mei 2012 yang lalu.

Pada masa yang sama, Abby memberi kenyataan balas yang dia menerima takdir itu dengan hati yang terbuka.


Malah, Abby turut memohon maaf kerana terlibat dalam Pakatan Rakyat.

Penulis merasakan tindakan yang diambil oleh pengurusan Al-Humaira Contemperory itu bukanlah disebabkan oleh penglibatan Abby dalam mana-mana parti politik, sebaliknya imej/personaliti serta kredibiliti yang ditunjukkan oleh Abby kepada umum semenjak kebelakangan ini menjadi faktor utama yang memungkinkan kejadian itu.

Pasti ramai yang jelas, apabila menjadi duta, seseorang itu haruslah menampilkan personaliti yang menarik serta positif kepada umum serta tidak dilihat memihak kepada mana-mana pihak.

Sumber: http://mynewshub.my

0 comments:

Post a Comment

My Blog List

 
Powered by Blogger