Manusia dipegang pada janji. Manusia yang tidak menepati janji adalah manusia munafik. Ulama yang tidak menepati janji dan dengan sengaja menipu semata-mata untuk kepentingan diri dan puaknya, adalah Ulama jahat sepertimana yang diperingatkan oleh AlQuran.
Sedar atau tidak, Nik Aziz dan Hadi Awang adalah antara Ulama munafik yang memungkiri janji.
Ingatkah bagaimana Nik Aziz menghentam bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir sebagai gila kuasa dan diktator serta mencabar beliau bersara? Kata Nik Aziz ketika itu, jika Tun Mahathir sanggup bersara, maka beliau juga akan bersara.
Sebaik keadaan negara kembali pulih dan berada di landasan yang tepat, maka Tun Mahathir pun bersara.
Tetapi, sejurus selepas itu, apabila ditanya kepada Nik Aziz, Nik Aziz pula ‘berikrar’ akan memegang jawatan sampai mati.
Malah, sehingga hari ini Menteri Besar Kelantan yang gagal itu tetap bertegas akan terus mempertahankan jawatan.
Begitu juga dengan Presiden PAS si Hadi Awang. Ketika Amanat Hadi kembali menghantui dirinya tahun lepas, beliau juga membuat kenyataan tidak akan bertanding lagi. Kenyataan tersebut berbunyi merendah diri dan tawaduk.
Namun, semua itu hanya sementara sahaja rupanya. Apabila orang-orang kelilingnya memberi isyarat seolah-olah beliau masih diperlukan, dengan pantas Hadi menyambutnya dan membuat kenyataan akan terus mempertahankan kerusinya.
Tindakan kedua-dua pemimpin bergelar Ulama ini bukan sahaja menunjukkan kemunafikan yang jelas, tetapi ia turut menjejaskan parti mereka yang mereka ‘anuti’. Jelas, mereka bukan lagi berjuang kerana parti tetapi diri sendiri.
Akibat dari ketamakan kuasa, PAS Terengganu, atau Marang, khasnya, kini berpecah. Ramai pemimpin-pemimpin pelapis kecewa kerana mereka telah memasang cita-cita untuk menggantikan Hadi Awang apabila beliau mengumumkan tidak akan bertanding lagi.
Nampaknya, cita-cita mereka terpaksa ditangguhkan lagi kerana Hadi Awang masih belum puas berkuasa, malah berangan-angan lebih tinggi untuk menjadi Perdana Menteri.
Di Kelantan juga, keadaan yang hampir sama berlaku apabila Nik Aziz enggan berundur sedangkan beliau kini sudah menjadi liabiliti bagi negeri dan juga parti. Namun, sikap PAS yang taksub kepada gelaran ‘ulama’ dan penampilan ‘jubah dan serban’ serta cakap-cakap yang berbunyi ‘Islam’, telah menidakkan akar umbi PAS dari menentang Nik Aziz secara nyata mahupun mengakui kelemahannya mentadbir.
Pendek kata, biarpun tindakan dan perbuatan Nik Aziz hitam dan dilihat hitam, namun mulut penyokong-penyokongnya tetap akan menyatakan ia putih.
Hakikat yang perlu diterima oleh semua ahli PAS ialah tiada siapa yang boleh menyimpan cita-cita untuk menjadi Presiden atau Mursyidul Am PAS atau Menteri Besar Kelantan, selagi kedua-dua ‘ulama’ itu masih hidup.
Nik Aziz tahu bahawa tanpa jawatan, beliau hanyalah seorang orang tua nyanyuk yang tidak punya signifikan apa-apa di dalam dunia ini. Tiada apa sumbangannya kepada rakyat Kelantan, mahupun umat Islam keseluruhan selain dari memecahbelahkan dan membawa kesesatan semata-mata.
Hadi Awang pula tentu sekali tidak sanggup mengenepikan peluang untuk menjadi Perdana Menteri. Beliau begitu yakin dan teruja sekali apabila Haron Din mengambil langkah besar-besaran untuk menolak Anwar. Hadi, diketahui sebagai ‘next in line’ bagi jawatan tersebut, sekiranya Anwar tidak diterima ramai.
Justeru, atas dasar inilah Hadi memutuskan untuk terus bertanding kerana merasakan kerusi Putrajaya sudah tidak jauh lagi. Beliau tidak sanggup berundur sebelum berjuang.
Apapun, yang pasti, perjuangan mereka berdua bukanlah kerana Islam dan sekiranya kedua-dua makhluk munafik lagi gila kuasa ini menang, maka ia bukan bermakna kemenangan Islam, tetapi kemusnahan keseluruhan struktur ummah, negara dan juga agama.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
My Blog List
-
-
TENGKU ZAFRUL AKAN PERJELAS SPEKULASI SERTAI PKR DALAM MASA TERDEKAT - TENGKU ZAFRUL AKAN PERJELAS SPEKULASI SERTAI PKR DALAM MASA TERDEKAT : PKR,Politik,Tengku Zafrul,UMNO6 months ago
-
PH 22 BULAN BERKUASA PENIPU CAKAP TIADA LAGI LANTIKAN POLITIK JADI DUTA KHAS ?? - MAHU PERCAYA LAGI KE JANJI DAN CAKAP PARTI PAKATAN HANCING INI ? APA YANG MEREKA CAKAP MEREKA TAK BUAT ... MEREKA ATTACK ZAMAN BN LANTIK AHLI POLI...2 years ago
-
Sidang Media Terakhir Hamid Bador, Peperangan Antara Dr Mahathir Dengan Mahiaddin Atau Hamid Bador Dengan Hamzah Zainuddin? - Sidang media terakhir TS Hamid Bador sebagai Ketua Polis Negara berjaya mendapat perhatian seluruh negara. Mungkin bagi sesetengah pihak yang masih lagi ...4 years ago
-
CILI KASI TARUK! BLOG LAGI BAIK DARI FACEBOOK HARAMI - Lama aku tak update blog, rindu pulak rasanya, memang best platform BLOG, lagi best dari FACEBOOK milik Mark Zuckerberg yang kuat mengampu Donald Trump y...4 years ago
-
#BUBARPARLIMEN MALAYSIA BUKAN DIA PUNYA!!! - Percaturan yang direncanakan sebelum ini GAGAL memenuhi kehendak Mahathir apabila gabungan PAS dan UMNO serta komponen lain dalam Muafakat Nasional menar...5 years ago
-
Just an amusing observation.. - Brightest students in A class, studied Science, became engineers, doctors, architects, building the country etc. Students in B class, studied Commerce, be...5 years ago
-
Manogaran pakai Logo Parti di Pusat Mengundi, boleh dipenjarakan 1 tahun atau denda RM5, 000 - CAMERON HIGHLANDS 26 Jan. - Tindakan telah diambil terhadap calon Pakatan Harapan (PH), M. Manogaran dengan meminta beliau keluar daripada pusat mengundi ...6 years ago
-
10 Air Terjun Terindah Di Dunia Yang Harus Kalian Datangi! - Tuhan menciptakan dunia bersama dengan segala keindahannya. Ada gunung, danau, sungai, dan air terjun. Ada begitu banyak air terjun yang tersedia di dunia....6 years ago
-
#BuktiRM2.6B : DS Najib merompak, menyamun & mencuri berbilion-bilion? - Pendedahan secara terbuka berserta tunjuk bukti dokumen berkaitan isu RM2.6 oleh DS Najib Tun Razak yang sering ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin ...6 years ago
-
-
14 Aku Janji Manifesto BN PRU14 - *14 AKUJANJI KEPADA RAKYAT DALAM MANIFESTO BN PADA PRU 14* *1. Ekonomi Keperluan Rakyat* 》Kerajaan BN komited ke arah membantu rakyat dalam menangani p...7 years ago
-
TU DIAAA !!! #DAP GUNAKAN #PKR DI #SELANGOR DAN #KELANTAN UNTUK HANCURKAN #PAS ??? - Apa sahaja akan dibuat oleh DAP bagi hancurkan terus parti PAS.Sudah ditubuh parti PAN untuk lawan PAS.Tidak cukup dengan itu,PKR pula dipecahkan sesama...7 years ago
-
Selepas viral 24 jam senarai calon BN tidak rasmi yang akan bertanding untuk PRU14 di Kedah - Pergolakan dalaman UMNO dilihat semakin membahang: 1. Ada yang merajuk ketua tidak dicalonkan (printscreen dari group whatsapp UMNO bahagian/cawangan) ...8 years ago
-
SALAM BAHAGIA DAN SELAMAT MEMBACA - As Salam. Ramai yang bertanya sama ada saya masih menulis di blog atau sebaliknya. Saya memberitahu mereka bahawa tumpuan kini adalah kepada tiga cabang m...8 years ago
-
BUAT MALU NEGERI MELAKA:RAFIQ MAMAK KENCING MEDIA!!! - BERITA RAFIQ KENCING MEDIA >>>DI SINI<<< BUDAK RAFIQ NI AKHIRNYA "TUMBUH TELUR" BILA UMUM KELUAR UMNO PETANG TADI. SEPERTI YANG DIJANGKA, DIA AKAN GUNA MED...8 years ago
-
PELACUR UMUM BERTANDING CALON PILIHAN RAYA - Seorang pekerja seks di Peru, Angela Villion Bustamante bertanding dalam pilihan raya umum negara itu pada tahun ini. Pekerja seks selama 30 tahun itu me...9 years ago
-
Luhak-Luhak di Negeri Sembilan - Dipetik dari buku: Sistem Sosial Adat Perpatih Dr. Nordin Selat Buku Utusan Luhak atau sering disebut sebagai *Luak* adalah jajahan sesuatu pentadbiran....9 years ago
-
-
Kecoh..? Datuk Ismail Kijo Dapat Surat Akuan Bersumpah Sebagai Hadiah Perkahwinan...? - *Terlebih dahulu nak wish la Selamat Pengantin Baru buat Ketua Umno Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo.....* *Cayalah Datuk, bini baru muda giler tuu. Mem...10 years ago
-
RAFIZI RAMLI PUNYA TEORI EKONOMI SETARAF JAMBAN PENUH.. - Kata rafizi ikut teori ekonomi pala hotaknya Kalau pakatan perintah Minyak turun dan harga barang pun turun.. http://theflyingkick.blogspot.com/2015/01/raf...10 years ago
-
MEMANG DASAR PEMBELIT! BUSUNG YANG DISIMPAN SI KETUM! - Salam Perjuangan Kalau dah munafik macam tu lah. Nak dakwa Tun Daim konon! Memang dasar pembelit! Baca seterusnya di http://tomyampoktek.blogspot.com/2...10 years ago
-
HARAPAN DAP HURU-HARA KAN ORANG MELAYU BERHASIL..!!! - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang hari ini membuat 25 laporan polis berhubung kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan Eng bahawa oran...10 years ago
-
Senarai Anggota Kabinet Malaysia 2013 - Berikut senarai penuh barisan Kabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya pada 15 Mei 2013 *PERDANA MENTERI * Da...12 years ago
-
WANG EHSAN RM100 : MASIH BELUM ADA PENJELASAN - Selain daripada bangsat Ng Wei Aik, Amir Ghazali dari PKR dan Yusni Mat Piah dari PAS telah membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Mala...14 years ago
-
-
-
-
-
-
0 comments:
Post a Comment