Thursday 4 April 2013

PRU13: Penyanyi lagu 'Janji Manismu' diumumkan calon Parlimen Jempol.

 
Kecelaruan PAS dalam meletakkan calon-calonnya dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) semakin ketara apabila tidak sedar parti itu mengumumkan lebih daripada satu nama bagi satu kerusi Parlimen yang bakal ditandingi.

Terbaru, bagi kerusi Parlimen Jempol di Negeri Sembilan, terdapat dua calon yang telah diumumkan oleh kepimpinan parti itu, hanya dalam tempoh selang beberapa hari.


Ahad lalu, nama Ketua Dewan Pemuda Pas Jempol, Mohd. Fairuz Mohd. Isa diumumkan sebagai calon Pas bagi kerusi Parlimen Jempol.

Ia dinyatakan sendiri oleh Pesuruhjaya Pas II Negeri Sembilan, Abd. Rahman Ramli kepada media dalam satu program di Felda Raja Alias Empat di sini, yang turut dihadiri Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.

Malam tadi pula, nama penyanyi 'Janji Manismu', Aishah atau nama sebenarnya, Wan Aishah Wan Ariffin pula diumumkan sebagai calon Pas bagi kerusi Parlimen yang sama.

Beliau yang lebih dikenali sebagai ‘Mat Sabu’ mengumumkan perkara tersebut pada ceramah anjuran PAS Bukit Bintang di Gombak.

Sebaliknya, Aishah atau nama penuhnya Wan Aishah Wan Ariffin yang dipetik sebagai berkata, beliau masih belum bersedia untuk bertanding pada pilihan raya kali ini.

“Berderau darah saya. Tetapi ini keputusan PAS Pusat. Walaupun ikut kata hati saya, tunggulah sepenggal dua lagi (untuk bertanding),” katanya kepada Antarapos.

Yang pelik dan menghairankan, pengumuman itu itu dibuat sendiri oleh Mohamad Sabu di Markas Pas, Taman Melewar, Kuala Lumpur. Sedangkan, beliau turut hadir pada program di mana Abd. Rahman menyatakan kepada media bahawa Mohd. Fairuz adalah calon Pas bagi kerusi Parlimen tersebut.

Sementara itu, Mohd. Fairuz, iaitu calon pertama yang diumumkan oleh Pas sebagai calon kerusi Parlimen Jempol, ketika diminta mengulas perkembangan itu hanya menjawab "no comment" dan "tidak tahu apa-apa".

"No comment, saya tak tahu apa-apa, tunggulah keputusan Presiden Pas (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) yang akan umumkan,'' katanya ketika dihubungi.

Pengumuman nama dua calon oleh Pas bagi kerusi Parlimen Jempol, Negeri Sembilan hanya menampakkan bahawa Pas negeri dan Pusat tidak sehaluan dalam pemilihan calon bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Psssttt!!! Dia ingat letak artis boleh menang agak ahhh....




0 comments:

Post a Comment

My Blog List

 
Powered by Blogger