Menteri Besar, Dato' Seri Utama Hj.Mohamad Hj.Hasan berkata, semua itu membuang masa dan adalah lebih baik waktu itu digunakan untuk duduk di rumah atau masjid dan surau dengan melakukan ibadat dan kebaikan.
"Orang yang berceramah ini, dia bercakap kononnya atas dasar agama, tetapi bila mereka menghina, seolah-olah mereka tidak ada agama.
"Bila menghina seseorang, mereka bercakap seolah-olah mereka langsung tidak ada apa-apa pegangan. Jadi, janganlah dengar cakap orang yang tidak tentu arah ini," katanya di Jijan, Nilai, dekat sini baru-baru ini.
Tegas Mohamad, rakyat sepatutnya menilai apa yang telah dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN) sehingga negara telah mencapai kemerdekaan ke-55.
"Sudah 55 tahun negara ini ditadbir BN, mana mungkin satu pun tidak betul. Seolah-olah kita langsung tidak berguna. Cara menuduh, menghina dan bercakap itu seolah-olah pemimpin BN langsung tidak berakal dan tidak tahu bekerja," tegasnya.
Pada masa sama, beliau turut meminta rakyat tidak terpengaruh dengan apa yang disampaikan pemimpin pembangkang di dalam ceramah mereka kerana mereka lebih suka melihat perpecahan berlaku di negara ini.
"Ini cakap orang yang mempunyai maksud tersirat dan mahu memecahbelahkan rakyat. Mereka mahu lihat orang Melayu berpecah, begitu juga Cina dan India. Bila sudah berpecah, kita akan hancur dan negara akan tergadai," tegasnya.
Sumber: Utusan Online
0 comments:
Post a Comment