Tuesday, 31 July 2012

Masyaallah. PAS Menghalalkan Perbuatan Mempersendakan Ayat-ayat Al-Quran

01:04Unknown
VIDEO: Yau Con Seng, Ketua DHPP Negeri Sembilan berceramah di hadapan 800 ahli PAS ketika Himpunan Hijau Peringkat Negeri Sembilan. Ketika berceramah, kelihatan penyokong PAS membenarkan malah tertawa saat Yau Con Seng melaungkan takbir dan disahut dengan gembira. Selain itu dia juga menafsir ayat Al-Quran dan memberi penerangan kepada ahli PAS. Saksikan sendiri video di bawah: ...
read more »

Monday, 30 July 2012

Politik Keterlaluan – Kontrak Abby Sebagai Duta Dibatalkan

18:20Unknown
Nampaknya Abby Abadi semakin popular apabila dia sering menjadi tumpuan media sejak kebelakangan ini. Kali ini berbangkit pula isu berkenaan penarikan kontrak sebagai duta tudung. “Saya terkilan. Saya berniaga. Penglibatan kakak dalam politik sedikit sebanyak memberikan kesan kepada perniagaan saya,” memetik dari laman sosial Twitter milik Abby yang didakwa sebagai kenyataan pemilik Al-Humaira Contemporary, Hani Elia. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Hani itu telah memberitahu kontrak Abby sebagai duta tudung syarikat itu telah terbatal secara rasmi pada 4 Julai lalu. Bagi penulis, isu pembatalan kontrak itu tidak berkaitan dengan mana-mana parti politik di Malaysia sebaliknya melibatkan...
read more »

Tak Perlu Tunggu PM Tentukan - Khairy

15:39Unknown
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata,Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin tidak perlu menunggu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menentukan jawatan beliau dalam kerajaan. Menurut Khairy, perlu berani melepaskan jawatan sebagai Timbalan Menteri yang disandang itu tanpa menunggu keputusan Perdana Menteri. "Apabila sudah letak jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi dan Ketua UMNO Bahagian Beaufort, maka sudah pasti beliau tidak yakin dengan parti. "Saya rasa kalau betul berani, sudah jelas dan terang mengenai pendapat dan pendirian beliau, maka beliau harus lepaskan jawatan dalam kerajaan dan keluar daripada parti," katanya kepada...
read more »

Melangit hasrat PAS nak menggantikan UMNO!

13:15Unknown
Inilah mimpi paling mengasyikkan bagi PAS sehingga mereka sanggup mencetak kemeja t yang tertulis perkataan PAS ganti UMNO. Tetapi semua orang tahu sejauh manakah kemampuan PAS untuk berbuat demikian. PAS bukan seperti UMNO kerana dalam pembangkang, PAS diibarat seperti melukut di tepi gantang demi mencari kuasa. Ini berbeza dengan UMNO yang menjadi tonggak kekuatan BN tetapi sentiasa menghormati kesepakatan yang dicapai bersama komponen parti itu sejak merdeka.UMNO tidak pernah mahu menjadi 'abang besar' di dalam BN tetapi dalam pakatan pembangkang semua orang tahu siapa 'abang besar' yang PAS dilihat perlu akur. PAS dalam pakatan pembangkang sebenarnya adalah tidak ke mana. Tiada kekuatan...
read more »

Aduiii! Lembutnya PAS pada DAP...

10:41Unknown
Tindakan Pas yang masih berterusan berlembut dengan Pakatan Rakyat (PR) terutama DAP yang jelas menentang Islam termasuk pelaksanaan hukum hudud di negara ini, harus dipersoalkan.Pas tidak wajar meneruskan kerjasama dengan DAP memandangkan sikap DAP yang dilihat tidak mesra Islam.DAP jelas konsisten dari dulu lebih ‘istiqamah’ dari Pas. Dari dulu lagi kita lihat DAP lantang menentang pelaksanaan undang-undang Islam di negara ini.Yang hairannya kenapa Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan yang kata DAP sudah boleh menerima hudud sedangkan tidak pun sepertimana  kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mengatakan DAP tetap menentang pelaksanaan hukum hudud di negara ini biarpun mengakui Islam...
read more »

Tuntutan Persekutua​n Kristian... PAS bersetuju?

00:20Unknown
Sekali baca, mungkin ramai beranggapan kenyataan akhbar Persekutuan Kristian Malaysia pada 18 Julai lalu yang bertajuk “Undilah Dengan Baik, Undi Supaya Negara Malaysia Lebih Cemerlang”, tidak ada yang pelik.Kenyataan itu merujuk hasrat mana-mana rakyat dalam mana-mana negara untuk mendapatkan pimpinan yang dapat melaksanakan prinsip keadlian, ketelusan serta menghormati hak asasi rakyat.Barangkali kerana kebebasan itu juga persekutuan berkenaan mengeluarkan pandangan Bishop utama padahal saranan itu tidak dikemukakan oleh penganut atau kesatuan agama lain.Namun, mustahil persekutuan tersebut sengaja mengeluarkan pandangan tersebut tanpa ada agenda tertentu ketika pilihanraya umum (PRU) ke...
read more »

Saturday, 28 July 2012

Pas mustahil dapat laksanakan Hudud di Malaysia.. - DAP

18:21Unknown
Hasrat PAS yang mahu melaksanakan hukum hudud di negara ini sukar untuk direalisasikan kerana parti itu perlu terlebih dahulu meminda Perlembagaan Persekutuan, kata Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Dr Tan Seng Giaw. Beliau yang juga Anggota Parlimen Kepong berkata untuk meminda perlembagaan bukan sesuatu yang mudah kerana ia memerlukan majoriti dua pertiga di Parlimen. "Nak hudud mesti ada pindaan di Parlimen. Dia (PAS) tahu nak dapat majoriti dua pertiga itu mustahil," katanya. Malah, katanya sehingga hari ini Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 (Hukum Hudud) yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 1993 juga masih tidak dapat dikuatkuasakan. Beliau...
read more »

Thursday, 26 July 2012

Parlimen dibubar Okt, PRU13 Nov?

01:20Unknown
Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan bergantung kepada prestasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam melaksanakan janji-janjinya kepada rakyat, demikian menurut seorang ahli akademik. Pengerusi Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Fuad Mohd Jali berkata, Perdana Menteri mahu rakyat menikmati hasil transformasi yang dilaksanakan kerajaa...
read more »

Tuesday, 24 July 2012

Pembangkang kepanasan dengan tema Hari Kebangsaan tahun ini.

23:07Unknown
Slogannya mudah, “Janji DiTepati” tetapi cukup untuk membuatkan Pakatan Rakyat meroyan. Kebanyakan blog dan laman-laman sosial pembangkang telah tanpa segan silunya, meluahkan rasa resah gelisah dengan slogan ini. Marah benar mereka dengannya.   Tidak semena-mena, slogan yang jujur dan ikhlas ini dikatakan mereka berunsur politik. Tidak dapat difahami, di manakah politiknya dalam menepati janji?...
read more »

My Blog List

 
Powered by Blogger